Khamis, Jun 17, 2010

Hormati lembu sebagaimana kamu menghormati mak kamu

Alah cutenya Noh Omar pakai topi!
Taklah masam dan nampak menyombong. Manis pulak...

Kisahnya ada satu masaalah akan timbul.

Masaalah ini kalau tidak ditangani, boleh menjejaskan bekalan makanan negara. Kegagalan boleh jejaskan jawatan dalam kabinet. Sebut jawatan, cepatlah mana-mana Menteri kerja.

Masaalah yang bakal timbul ini diketahui dari perbualan antara ayam dan lembu di sebuah ladang ternakan:

Ayam: Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!

Lembu: Kenapa kau kata macam tu?

Ayam: Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!

Lembu: Hah! Buat apa pulak?

Ayam: Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti. Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku, macamana aku nak dapat anak!

Lembu: Alah! Kau punya masaalah kecil aja!

Ayam: Maksud kau?

Lembu: Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!

Ayam: (Terdiam)
Bayangkan masaalahnya kalau lembu mogok tak mahu keluarkan susu.

Ada betul juga, kebanyakan manusia yang hidup di Malaysia membesar dengan susu lembu lebih dari susu ibu.

Mak kita sebenar adalah lembu. Tak batal air sembahyang tersentuh lembu berlainan jantina.

Noh Omar boleh lakukan sesuatu dari keadaan menjadi kritikal seperti langkah yang dibuat Ismail Sabri. Dia boleh mula memanggil lembu sebagai mak.

Insya Allah, Dato Najib kekalkan dalam kabinet.

13 ulasan:

bRAVEhEART berkata...

Kah kah kah! Sakitlah perut aku kerana kau Sin, Mak! Mak! Huhu

uRag dRrulug berkata...

hamendeh jenis lawok nyeq ong neh, saki perot akuq rok!

lord ried berkata...

ALOO BEWAK PEJUANG MELAYU........

MELAYU ADALAH SATU BANGSA YANG TERMELIA DI DONIA. TADAK BANGSA LEIN YANG LEBIH MELIA DARI BANGSA MELAYU. DAH DITAKDIQKAN BANGSA MELAYU PILIHAN ALLAH.

SAPA2 YANG MENGHINA BANGSA MELAYU BULIH JADI MURTAD. ALLAH TAK SUKA MANA HAMBA DIA DOK HINA BANGSA MELAYU.


SAPA2 YANG HINA ISLAM, BULIH PAHALA. SABIK TU LA TUN MAHDIAQ DOK HABAQ NABI SIMPAN JANGGUT SABIK MASATU TADAK GILLETTE. BETUI JUGAK KATA MAHDIAQ SABIK ORANG ARAB MASA TU, BULU PELIAQ DEPA PON SAMPAI MELERET KELUAQ JUBAH PANJANGNYA SABIK TADAK PEKAKAS NAK POTONG BULU PELIAQ TU.

BANGSA MANA BULIH CELENG NGAN BANGSA MELAYU.....SAPA BULIH WAT JALUQ GEMILANG TERBESAQ DI DONIA YANG TOK MAT TEMPEK KAT BANGUNAN ANGKASA PURI TU.

MAKNUSIA, KALU DEPA MENGAKU MELAYU, MISTI KENA RASIS NGAN MELAYU. SAMPAI DALAM SUMA SEGI MELAYU TAKLEH DILUPAKAN.

TAHU KA...SABIK APA MELAYU TU SANGAT MELIA, TAK LEIN DAN TAK BUKAN SABIK PARTI BEWAK LA. PARTI BEWAK NI DEPA TAK KIGHA ASALKAN MELAYU BULIH DOK ATAIH DAGHI BANGSA LEIN. ORANG YAHUDI HABAQ BANGSA YAHUDI ADALAH BANGSA PILIHAN ALLAH. PARTI BEWAK DOK HABAQ MELAYU LEBIH MELIA. BIAQ LA DEPA SAMA2 BEWAK DOK BALAH NAK MEMELIAKAN BANGSA MASING2.

" ORANG YANG MELIA DI SISI ALLAH BUKAN ARAB DAN BUKAN ARAB TETAPI ORANG YANG BERTAQWA" - AYAT

KALU LA NABI MUHAMMAD NI ORANG MELAYU.......FUUUHHHHHHH BERTAMBAH MELIA LA MELAYU. MELAYU AKAN LEBIH DIMELIAKAN OLEH BANGSA2 LEIN SAMPAI SANGGUP BASUH BEGHAK ORANG MELAYU.

* ABANG MELAYU JUGAK....TAPI JENIH TAK SEMELIA MELAYU PARTI BEWAK.

he he he
gurau ngan melayu termelia di donia.

Awanama berkata...

Yang jadi lembu tu si husin laaa...dia ngaku yg dia minum susu lembu...sebab tu bodoh tahap lembuuu. kalo mcm ni takyah tulis lerr...memalikan jer...lembuuuu

Awanama berkata...

Tuan Husin,

Happy Father's Day.

Wake UP! berkata...

Aku faham. Noh Omar tu anak lembu. Tahap pemikiran pun macam lembu.

Mooooooooooooooooooooooooooo.

Muahahahahaha

Mat Cendana berkata...

Laa, ada ka patut, Husin kata Noh ni `cute'! HAHAHA! Macam `bayi', ye... takpe, asal bukan macam `bayi yang pakai serban tajam tu' Muahaha!

Awanama berkata...

buang mase la sin layan budak2 telor tiga suku kat atas tu..

baik ko carik video eli dalam acara 'makan ais krim' lagi best & sensasi..anwar cakap ade, ko jgn nak memandai kata takde lakkk..ok abang usin, i tungguu, byeee


Adik Usin

Awanama berkata...

macam lawak senario je la usin.

next please.

Sinful berkata...

Ah? Noh Omar "cute"? Mmm, definasi "cute" Sin Lempoyang ni memang satu macam. Sukma Darmawan "cute", skang Noh Omar pun "cute". Tapi mungkin gak Noh Omar "cute". Kalau orang b____ cam lembu memang selalunya "cute". Kalau pandai sangat, susah nak jadi "cute".

jelitawan01 berkata...

eeeeeeeee sib baik aku minum susu ori coz mak aku tak kejer...jadi susu ori belambak..siap sedekah kat anak jiran lagi..tak pasai2 ank jiran jadi muhrim.ensem tapi tak leh kawin..apersal mak dia tak bagi lembu betina jadi mak dia..??? takdir betol lah...subhannallah

Awanama berkata...

Noh Omar macam koboi kematian kuda
aje....

jebat berkata...

Dear Husin,

Tunggu punya tuggu tak ada post baru hari ini. SELAMAT HARI BAPA
WAHAI HUSSIN AL LEMPOYANG.