Rabu, Jun 09, 2010

Zahid fahamkah apa yang dikatakan?


Kenyataan berikut yang digariskan sungguh menarik:
Warga Tentera Perlu Berani Lakukan Transformasi, Kata Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Kementerian Pertahanan menyarankan agar warganya lebih berani melakukan transformasi agar perkhidmatan yang disalurkan kepada rakyat lebih efektif, kata menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata langkah itu perlu supaya seiring dalam melahirkan warga kerja yang berkualiti dan tidak gentar berhadapan dengan sebarang perubahan yang dilaksanakan oleh kerajaan.

"Mengharungi proses transformasi ini, menuntut anggota perkhidmatan awam untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif.

"Saya menyeru anda semua untuk membuka minda, berfikir diluar kotak pemikiran sedia ada dan lari dari budaya biasa sama ada dalam pelaksanaan kerja mahupun dalam menjalani kehidupan harian," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian anugerah khidmat cemerlang Kementerian Pertahanan, hari Selasa.

Ahmad Zahid berkata sebagai organisasi pertahanan negara, warga kementerian seharusnya membina dan memperkukuhkan keyakinan rakyat terhadap aspek kestabilan, keamanan serta keselamatan bagi membantu negara ke arah mencapai aspirasi Wawasan 2020.

Baca seterusnya sini.
Fening lalat ana cuba fahamkan apa yang Menteri Pertahanan kita, Dato dr Ahmad Zahid Hamidi berkata. Dia bercakap seolah-olah dia berada di Kementeriaan Pelancongan atau Kementeriaan lain.

Apakah perkhidmatan warga pertahanan kepada rakyat? Mana ada?

Warga pertahanan memberi "perkhidmatan" pada musuh, komunis dan lain-lain. "Perkhidmatan" warga pertahanan tidak pernah memuaskan mereka-mereka yang diberi "perkhidmatan" kerana ada yang cedera, ada yang mati, ada yang kena tangkap sebagai tawanan, dan lain-lain.

Rakyat yang mendapat manafaat dari perlindungan dari perkhidmatan warga pertahanan pun tidak merasai perkhidmatan yang diberikan kerana mereka ambil mudah keamanan yang dikecapi.

Hai ... entahlah Zahid. Macam mana yang nak dibuka minda, berfikir diluar kotak pemikiran sedia ada dan lari dari budaya biasa?

Kerja dan budaya askar mana boleh buat begitu?Mereka kena berdisiplin, patuh pada arahan, dan cekap menjalankan arahan.

Fening fening ....

31 ulasan:

Awanama berkata...

ni mesti kes sebat bulat2 ucapan ntah sapa2..kemudian main baca je..tu lah menteri UMNO

Pak Guard UPM berkata...

Usin

Ni lah bahana nya bila upah orang lain tolong siapkan doctorate Mass comm / PR dia masa kat UPM dulu.

Padahal masa tu dia tengah kena cold storage dalam UMNO - ada banyakkkk masa nak buat sendiri doctorate dia.

Tapi duit dia lebih banyak dari masa dia daaa

Wake UP! berkata...

Zahid. Bagi orang yang sedar engkau tu orang Anwar Ibrahim.

Bagi orang yang tak sedar, tak tahu engkau tu cuba nak sabotaj keselamatan negara.

IDF troops praised by Netanyahu.

Awanama berkata...

Apakebenda nak beli 3 bot sampai Rm2.5 BILLION!

Dia ni ular (opss buaya)...jangan sdr semua tak tau

kiri sapu, kanan kebas

atau lipat, bawah sebat

Dr Mahathir perintah, dia sembah
Pak tidor naik, dia junjung
Najib pinky boss, dia jilat

Zahid= buaya bin lalang

Hang Sebat berkata...

Kalau tentera berfikir di luar kotak , tentu dia tak mahu mempertaruhkan nyawanya hanya untuk beberapa ringgit. Si Zahid ni memang tak tahu apa yang dia cakap sebab bukan dia yang menulis teks ucapannya. Semangat kesetiaan kepada negaralah yang menyebabkan mereka ini berani menyabung nyawa untuk negara. Bukan hanya kerana wang ringgit. Sebab itu tak ramai bukan Bumiputera yang masuk tentera kecuali cabang sokongan saperti perubatan dan kejuruteraan sebagai pegawai tinggi.

Awanama berkata...

aku masih terniang niang lagi dengar ucapan di perjumpaan pemuda umno

"Kalau saya naik jadi PM, seminit lepas tu KJ akan saya angkat jadi menteri"

Awanama berkata...

Zain kena ikut latihan PSTD dulu tanpa apa-apa keistimewaan. Lepas tu baru boleh cakap. Ikut macam KJ..le!!!!

Awanama berkata...

Umno needs more men like Shahrir. He’s exactly the sort of leader that Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak should call upon to help transform the party and modernise Malaysia.

Unfortunately, extremist groups like Perkasa are beginning to dominate Umno’s policymaking. Indeed, I would argue that Perkasa has almost engineered a “reverse takeover” of the party.

Their agenda may win Umno support from conservatives, but it is no way to govern a country.

We can only speculate why Shahrir and his fellow moderates have remained silent in the light of this worrying development. If and when they do speak out, however, we ordinary Malaysians must be willing to back them if we care about our country’s future.
http://thestar.com.my/columnists/story.asp?file=/2010/6/8/columnists/ceritalah/6417964&sec=Ceritalah

Awanama berkata...

Zahid mungkin ada rancangan nak buat "rakan army" macam rakan cop sebab itu dia suruh tentera berfikir di luar kotak kebiasaan akan tetapi mungkin juga dia tidak pernah menggunakan fikiran nya sendiri main cakap ikut teks atau auto pilot mulut dia. Dia mungkin tak pernah belajar dari kesilapan dia dahulu apabila menjadi juru cakap anwar ibrahim, asyik hendak berkokok sahaja tapi tahi berselepat di buntot nya sendiri.

Lagi satu kes ialah ayat sonsang sebegini seperti yang di bawah ini yang menunjukkan agenda halus menghentam Perkasa:

Unfortunately, extremist groups like Perkasa are beginning to dominate Umno’s policymaking. Indeed, I would argue that Perkasa has almost engineered a “reverse takeover” of the party.

Their agenda may win Umno support from conservatives, but it is no way to govern a country.

Perkasa tertubuh di mana UMNO gagal menjaga sepenuh nya hak hak orang Melayu dan Perkasa adalah pertubuhan dan bukan nya parti siasah. Ianya di tubuhkan untuk menjadi saingan kepada persatuan dan masyarakat cina yang hanya pandai meminta supaya menghapuskan keistimewaan orang orang Melayu.

Sekian

Shaf Nor berkata...

Melayu bukan lagi kaum majoriti di Malaysia, tak sedar-sedar lagi ke?
Cuba ikut macam Chua Tee Yong anak Chua Soi Lek.
Di atas keberanian dia meliwat semua Ahli Parlimen Melayu dalam persidangan Parlimen pada 16 Mac lalu, MCA hadiahkan dia jawatan Timbalan Menteri!
Bacalah kisah kehebatan dia di www.merdeka-online.net.
Orang Melayu sekarang dah lumpuh ke… tidur ke?
Melayu dah lempoyang...

Awanama berkata...

Zahid dan Khairy ada rancangan nak topple government menggunakan army

Awanama berkata...

Memang 'feneng' membaca teks ucapannya, tak tahu apa yang cuba disampaikannya kepada pendengar. "Think Out Of The Box" kelakar!

Awanama berkata...

dia ni memang kaki merapu macam lalat mana ada taik situ dia hinggap. yang aku bengang camne umno bahagian temerloh boleh jemput org yg tak boleh harap camni merasmikan mesyuarat agung pada julai nanti. perasmian oleh zaid sama la cam panggil kj utk perasmian atau panggil nuar.

Awanama berkata...

Zahid dah mula skrip saya dianiaya.

Abenda punya aniaya?

Pejabat macam ICU-EPU untuk businessman dan bukan pejabat pertahanan.

mae berkata...

Di Malaysia, tanah yang dimiliki oleh orang bukan Melayu lebih luas dari tanah yang dimiliki oleh orang Melayu. Betul ke (jangan masukkan tanah milik kerajaan) ?

Sudahlah! berkata...

Sudahlah Tok Zahid! Kalau nak mentransformasikan angkatan tentera, suruh mereka undi dengan menggunakan akal. Jangan lagik, tiap pilihan raya, BN dapat undi 90%+ dari undi pos.

Lagipun, sape Tok Zahid ni? Cam kawan negeri, Tok Mamak Sri Zombie tu: dulu org Anwar, skang ambik pluang dlm BN (ambik duit gak). Dulu kena ISA, tapi skejap je. Skang, sokong ISA plak. Manusia cam Tok Zahid dan Mamak Zombie ni takleh kite caye lagik.

Tok Zahid, lebih baik anta jaga anta funya kawasan undi. Dulu, tahun 2004, dapat 75% undi. Tahun 2008, dapat 54%. Tahun 2012 atau 2013, camne plak? Kalau kurang 21% lagik, dapat 33%? Mungkin undi pos angkatan tentera dapat tolong Tok Zahid? Tapi, camne plak kalau asykar Malaysia dah mengalami "transformasi" (yang nampaknye lebih unggul dari "reformasi": reformasi hanya penukaran, tapi "transformasi", pencapaian tahap yang lebih tinggi lagik). Mungkin 33% pun tak dapat, kalau "transformasi" ini berlaku?

Menteri Bongkak dr Hasil Seleweng Cukai berkata...

Zaid =Kairy = Hisham = Ahmad Maslam = dll specis yg sama adalah badot2 politik..

cakap mcm ada teloq, bila suruh tunjukk, rupa2nya masuk dlm jadi **pok..

inilah kononnya ingin jadi ikon, mentor masa dia goreng prof Agus jusoh di DBP..

Umno yg boleh pakai tak banyak, mcm Noh Omar, Shafiee Apdal, Gafur saleh disisihkan, kerana depa kaki songlap yg comfort luxury ni akan gatal digigit nyamuk.

Tak dapek boli Pajero plet KJ..itu semua yg depa bongkak tu..hasil cukai rakyat..

cedikcenun berkata...

Salam tuan husin, Zahid nie yang jelasnya budak suruhan KJ dimana pengarahnya Anwar Ibrahim dibantu pelakon aksi watak utama "kena tumbuk" Azeez Rahim dibantu oleh Reezal Merican. "Anak Baling"

Awanama berkata...

Salam Sdr Husin,

Saya setuju benar dengan saranan Zahid itu,walau pun beliau berucap seperti orang separuh sedar.Sepertimana beliau gesakan,iaitu anggota tentera misti berani.Mereka perlu berani;
1.Menbongkar dan mendedahkan segala perbuatan rasuah dan salah guna kuasa dalam ATM,khususnya dalam pembelian peralatan dan senjata.
2.Menegur pegawai atasan,termasuk menteri yg melakukan pelbagai penyelewengan.
3.Menegur menteri yg membuat kenyataan bodoh dan janggal.
4.Membantah pengambilan kem TUDM Sungai Besi.
5.Memberitahu PM tentang menterinya tidak tahu buat kerja.

Amat malang bagi ATM mempunyai seorang mentri yg lopong umpama tin kosong.Kandongan ucapannya menyatakan segala-galanya.

Askar Tua

Awanama berkata...

Assalamualaikum sdr Husin

Sorila tapi tak nampak apapun yang anta patut peningkan. Ucapan Wak Zahid itu jelas.

Anta kena kaji lebih sikit kot tentang istilah organisasi perkhidmatan, pengguna ('user') dan pelanggan ('customer').. kot tak nanti tak sama 'wavelength' memang selalu migrain nanti

Samada dia sebat bulat-bulat ucapan orang, apa kaitan dengan isi kandung ucapannya?

Bab nak mengata tu saya tak nak campur be.. pandai mulut tempayan menganga, pandai la nanti terima pahalanya..

Wassalam
AAAA

Awanama berkata...

Dengan kecederaan yang begini, apa yang mengharukan adalah ketidak prihatinan pihak polis mengenai kecederaan Amir Bazli Abdullah sungguhpun Amir telah memaklumkan kepada pihak hospital bahawa beliau adalah mangsa yang dipukul.

Laporan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUKM 12) menunjukkan bahawa Amir Bazli Abdullah telah memaklumkan bahawa beliau telah dipukul. Sehingga kini Amir Bazli Abdullah masih tidak mendapat pembelaan dan mengambil keputusan untuk menuntut keadilan dan pembelaan buat dirinya.

USAHA AMIR BAZLI ABDULLAH untuk menegakkan keadilan dan menghukum mereka yang melakukan perbuatan jenayah terhadap dirinya. Kami kesal terhadap orang yang seperti Dato Zahid Hamidi sanggup bertindak seperti mafia untuk memastikan beliau tidak dapat menyambung perhubungan kasih sayang sewaktu itu.

Amir Bazli Abdullah telah menghantar satu serahan dokumen bersabit kes Dato Ahmad Zahid Hamidi pada 20 Jun 2007.

1. Laporan polis
2. Surat daripada pihak guaman
3. Laporan Doktor

Pengesahan penerimaan laporan itu juga diterima pada 27hb Jun 2007 namun sehingga ke hari ini, penjenayah ini bebas melakukan apa sahaja.

Pada 13 Mac 2007 melalui peguam Karpal Singh dan Company telah menghantar surat kepada En Mohad Idris Bin Samsuri, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kelang. Sekali lagi ditekankan bahawa sehingga hari ini tidak ada satu jawapan yang konkrit diterima mengenai kedudukan kes ini dan sehingga ke hari ini penjenayah yang terdiri dari Datuk Ahmad Zahid Hamidi dan rakan-rakan masih bebas.

Dalam buku ini kami siarkan semua laporan mengenai insiden agar pembelaan terhadap seorang anak Malaysia dapat di peroleh. Kita tidak mahu Dato Ahmad Zahid Hamidi terus menipu rakyat, memikirkan bahawa dia mempunyai kuasa maka segala-galanya kena tunduk padanya. Kita mahu beliau sedar dalam Malaysia ini adalah undang-undang dan beliau adalah pesalah laku jenayah yang sepatutnya di penjara atas perbuatan beliau. Kita tidak mahu undang-undang Malaysia di pandang lekeh oleh mereka yang mempunyai kuasa apa lagi setakat buku ini ditulis sudah bergelar Menteri.

MANGSA JENAYAH

Butiran di atas menunjukkan insiden tindakan rakus Datuk Ahmad Zahid Hamidi yang menggunakan samseng dalam usaha memutuskan perhubungan antara anak beliau dengan Amir Bazli Abdullah. Tindakan beliau tidak boleh dimaafkan kerana beliau telah melakukan jenayah sehingga telah mengancam nyawa Amir Bazli Abdullah.

Kumpulan yang diterajui oleh Datuk Ahmad Zahid Hamidi ini bongkak dan Datuk Ahmad Zahid begitu angkuh mengatakan bahawa sekiranya Amir Bazli Abdullah membuat laporan maka laporan akan dicampakkan ke tong sampah. Adakah ini sikap seorang pemimpin? Adakan ini yang ada di Malaysia, kepimpinan negara boleh melakukan apa sahaja seolah-olah beliau di luar peruntukan perundangan.

Inilah dia kini “menteri gengster” yang telah hampir meragut nyawa Amir Bazli Abdullah kerana dosa cinta Antara Dua Darjah. Kita wajar menghukum beliau atas apa yang telah dilakukan. Kita sepatutnya tidak boleh membiarkan – apa lagi seorang yang mempunyai kuasa menggunakan kuasa bagi membolehkan beliau melakukan perbuatan jenayah. Beliau serta rakan-rakan “gengster” beliau sepatutnya dihumban dalam penjara.

Tambahan: Bagi menjaga nama baiknya dari tercemar dengan kes ini, Amir Bazli cuba mendapatkan suara pembelaan dari pelbagai ahli-ahli politik, termasuk pembangkang. Antara yang telah diusahakan termasuk pemimpin-pemimpin PKR seperti Anwar Ibrahim, dan Saifuddin Nasution atau pemimpin-pemimpin PAS seperti Salahuddin Ayub, dan lain-lain pemimpin PAS Kelantan. Sehingga kini, baik pemimpin-pemimpin pembangkang mahu pun majalah dan laman web mereka bagaikan berdiam mengenai kes Zahid Hamidi.

Selepas laporan berita di Siasah, majallah pro-pembangkang itu enggan memberi pendedahan. Dipercayai Mohamad Sayuti Omar telah di'beli' oleh Zahid dan kini adalah pengampu besar Zahid. Malah dipercayai laman web Malaysia Today enggan menyiarkan kes salahlaku Zahid kerana telah juga mendapat bayaran.

Menantu Daen Kampong Slim berkata...

Ahmad Bazli pakai guna-guna ngenakan anak Zahid?

Kalu masuk majistret memang konpem Zahid kalah..

Tapi kalu masuk kampung memang teruk Bazli kena belasah..

Kok gitu dalam kes ni sapa gamoknye yang salah?

Cuba tanya diri sendiri... kalu anak pompuan kita yang dah beranakkan cucu kita keta guna-guna dek orang sampai ilang 3 bulan, apa rase kite ye?

Ntahlah yeop..

Awanama berkata...

Anak pompuan tu dah jadi isteri orang. Dia pun public toilet.

Suamilah patut betulkan.

Zahid pergi salahkan orang, buat apa?

Inikah cara Zahid sebagai Menteri bertindak?

Cara macam orang tidak berpelajaran yang hanya ikut hati dan perasaan tanpa menggunakan akal.

Nak jadi macam orang lampung sangat, turunkan dari jawatan. Hnatar jaga Bagan Datuh saja!

Awanama berkata...

anak sendiri pun tak terjaga, apa lagi nak jaga Mindef.

Jaga KJ dan Anwar saja lah yg kau boleh hai Zahid Hamidi

Awanama berkata...

Tuan Husin,

Aku dah fikir luar kotak.

1. PFI kan aje pengambilan soljer. Set up satu syarikat macam Syarikat Blackwtwer Amerika Syarikat. Ambil aje Bangla, Sri Lanka, Nepal, Indon jadi soljer Malaysia.
2. PFI aje Kem Askar. Jual aje bangunan dan tanah MINDEF. Sewa aje Bangunan Time Square untuk jadikan MIDEF baru

Kol (B) Salleh Telegu

General bERSARa berkata...

BRO SIN,

Mengajak Anggota Tentera berfikir diluar kotak bermakna melibralisasikan pemikiran ATM. Tidak ada sejarah dimana-mana sudut dunia ada usaha melibralisasikan Angkatan Tentera. Tentera adalah adalah satu kumpulan yang mempunyai matlamat mempertahankan negara dilatih dengan disiplin,peraturan yang tetap, taat setia dan mempunyai kemahiran dalam persenjataan dan berbagai-bagai lagi.

2. Tentera mempunyai resam yang sangat berbeza dengan civilian kerana bertindak mengikut arahan dan patuh kepada ranking mereka.

3. Adalah bahaya sebagai seorang menteri Pertahanan yang tidak memahami dan menggalakan angkatan tentera berfikir diluar sempadan ke militeri an mereka melainkan ada tujuan yang tersirat.Contohnya rampasan kuasa. Ledakan ucapan menteri ini ditafsir berbagai oleh seluruh lapisan angkatan tentera. Jika sekiranya terdapat sebarang keluarbiasaan dalam angktan tentera selepas ini Zahid wajar bertanggung jawab.

Awanama berkata...

Salam Husin

1. Tak salah rasanye kalau ada transformasi dalam pemikiran ATM.

2. Dalam mana pertubuhan pun, transformasi diperlukan. Jangan le kita salah tafsir pula 'berfikir luar kotak' tu bermaksud yang bukan-bukan seperti liberalisasi secara total.

3. Dalam konteks ini ia bermakna menggunakan akal secara kreatif dan inovatif bagi mencapai maksud yang telah ditetapkan... bukan suruh khianat atau lawan tauke.

4. Memang menjadi hak individu untuk mentafsir ucapan mengikut acuan fikiran masing-masing, tapi seeloknya biarlah kita berlaku adil kepada diri sendiri dan bertanyalah tentang niat, maksud dan konteks ucapan supaya kita tidak sia-sia membuat dosa kering.

Awanama berkata...

Elok sangat le tu, lepas hina Tentera hinalah pulak Menterinya, seolah2 kau saja yang pandai sehinggakan apa saja orang yang kau tak suka cakap dan buat semuanya tak betul malah dihina habis2..

Orang macam kau ni Sin, adalah manusia yang suka lupa diri bila ada 2&3 kerat yang sokong kau..

Awanama berkata...

salam pak usin...sy seorg peminat blog pak usin.dan sy adalah salah seorg anak saudara dato seri zahid yg pak usin kondem dlm artikel ini.

jujurnya sbg salah seorg saudara beliau, beliau bukanlah spt yg pak usin gambarkan.

berdosa besar mengatakan sesuatu yang kita tidak tahu akan hakikat kebenarannya.

sesungguhnya nawaitu seseorg itu tidak dpt dinilai oleh org lain apatah lg dgn cara menyindir spt dlm artikel pak usin.

mengaibkan org lain dgn cara sebegini bukan cara org berakal utk menegakkan kebenaran sekaligus menafikan kebatilan.

sy lebih suka jenaka politik pak usin berbanding tuduhan membuta sebegini yg turut menarik sekian ramai pembahas memberi komen yg entah benar atau tidak.

sekian shj.

ikhwan al muslimin

Awanama berkata...

transformasi nco's[bukan opiser]

================================

masalah kalau gerombolan ini hadapi transformasi tapi
geng bos bos [generale/colonel /mayor] dok kat takuk lama gak.


contoh
------

ikut bari berita dari blog - golongan ab [prebet laut]
sangat takut nak kerja kat kapal selam. Saya ada
jumpa satu pakar psikollogi kononya gomen nak pakai
pakar macam dia nak pujuk ab ab pelaut join geng kapal selam.


pasal apa ab ab pelaut takut nak join geng kapal selam [pandangan mat prebet]
---------------------------------------------------------

kalau ikut stail maintenen kapal terbang nuri yang banyak
fail semasa terbang, tidak heranlah kalau gerombolan nco
semua sepakat tak nak join geng kapal selam


mungkin si zahid ni- a bit thick in the head kerna tak dapek
nak paham simple reason de etre [ada lebih sikit ek kat sini da] ngapa gerombolan
nco [ab pelaut ] tak nak join geng kapal selam

mungkin lepas ni, ada hamba Allah yang bolih tolong majukan
reason de etre ke zahid or kem entah supaya dema dapat pehe
[banyak geng kelate jadi bos/general kan? ]


konklusi penting
-----------------

yang perlukan transformasi terlebih dulu mulu, mestilah geng bos bos/colonel dan
generale yang ada attitude problemo

contoh-
-------

filosofi -bagaikan batu jatuh dari langit di kem entah
------------------------------------------------------

1. mainten heli nuri sampai hampir semua jatuh bagaikan batu jatuh dari langit. Bandingkan heli sama dari usaf dan marine yang masih digunakan [ heli jenama dan tahun sama -sikorski 61/62 ]


2. yang hampeh sekali , mungkin ada di dalam geng bos ni yang ada otak dan dapek agak
kapal selam itu mungkin bolih ikut stail nuri bagaikan batu jatuh dari langit
-akan tenggelam bagaikan batu terjatuh dalam ayor.

untuk elakkan kemalangan jiwa ada geng bos buat tempahan
untuk kapal selam yang tak bolih selam.


Selamat . ha ini baru smart!!!!


Mungkin jugak ada banyak yang agak smart dalam geng bos kat kem entah!




salam 1 malaysia

salam 1 kapal selam

selamat

khong khek khuat

Awanama berkata...

Inilah quality menteri yang paling haprak sekali.

Najib mesti pindahkan dia ke kementrian lain. Dia tak layak jadi Menteri Pertahanan. IQ-nya "ground zero".

"Mat Koteng"