Sabtu, September 11, 2010

Ucapan raya dari Tun di radio


Penerbit Radio Kotaraya RTM, Fidah sedang mencari ide untuk liputan hari raya. Semasa berbincang dengan staf, salah seorang dari mereka beritahu mereka merindui perutusan Tun Dr Mahathir semasa malam raya.

"Masa Tun dulu, saya tidak miss perutusan Tun. Dia mesti kaitkan Raya dengan kejayaan negara dan pengorbanan. Ada nasihat perlu terus bekerja sungguh," kata Yati Penolong Penerbit

"Betoi la. Takdak la pasai jangan main mercun," Leman Audio Engineer menyampuk.

"Isyy .. kau ni. Jaga mulut siki. Nanti kereta kau dilanggar orang," Fidah berkata.

"Lin boleh temuramah Tun?"

DJ bertugas raya pertama, Lin angguk.

"Baiklah, kita talipon pejabat Tun untuk talipon dia untuk beri ucapan raya tapi macam perutusan raya," Fidah buat keputusan.

-----------------------

Lepas sembahyang raya dalam pukul 10:00, mereka talipon rumah Tun. Masa itu, anak dan cucunya tengah berkumpul beramai-ramai.

"Itulah lagu Lebaran Aidil Fitri oleh Dato Siti Nurhaliza.

"Pendengar sekelian, seperti mana yang kita janjikan anda akan dapat mengikuti ucapan hari raya dari Mantan Perdana Menteri ke empat kita, Tun Dr Mahathir Mohamad sekejap lagi. Kami sedang menghubunginya.

"Hello Tun. Hello ..."

"Hello ..." suara Dr Mahathir mula kedengaran.

"Hello Tun, assalamualaikum. Saya Leen dari Radio Kotaraya."

"Waalaikum salam," Dr Mahathir jawab.

"Selamat hari raya Tun," ucap Leen.

"Ya ... Selamat hari raya," balas Tun

"Tun, ramai pendengar menalipon kami menyatakan rindu kepada perutusan raya Tun setiap kali menyambut raya. Ianya sungguh membanggakan kami sebagai rakyat Malaysia dan penuh dengan nasihat-nasihat bernas."

"Itu dulu ...," jawab Tun merendah diri.

"Tun ingin memberi ucapan hari raya kepada pendengar kami?"

Fidah berada di belakang cermin mengikuti perbualan Leen dengan Dr Mahathir.

"Selamat hari raya kepada semua pendengar radio ibukota ... koraraya. Semuga bergembira bersama sanak saudara. Sambil kita bersuka ria, jangan lupa pada mereka-mereka yang kurang bernasib baik seperti di Palestin, Afhganistan, Iraq, dan lain-lain tempat. Sentiasa bersykur dengan keamanan dan kedamaian yang kita kecapi di Malaysia. Turut serta saya harap rakyat-rakyat Malaysia dari bukan Islam sama-sama ikut berziarah untuk mengeratkan silatulrahim sesama kita," kata Tun.

"Rasanya Tun, tidak cukup raya Tun tanpa ada kata nasihat untuk anak-anak muda bakal generasi masa depan negara."

"Saya dah pencen. Bukan lagi Perdana Menteri. Cukuplah 22 tahun saya kasi nasihat."

"Sikit saja Tun," pinta Leen.

"Untuk anak-anak muda, khususnya orang Melayu dan Bumiputera, mereka perlu bersungguh-sungguh untuk berusaha mempertingkatkan diri mereka. Samada dalam pelajaran, pekerjaan, perusahaan dan apa bidang sekali yang mereka ambil. Lakukan sesuatu bersungguh-sungguh," ujar Dr Mahathir.

"Ya Tun."

"Orang Melayu ini selalu cuai dan kurang berusaha. Suka ambil jalan senang. Masa saya dulu kasi AP, depa bukan nak guna kemudahan AP untuk membangunkan perniagaan. Mereka guna untuk jual AP dan ambil komnisyen. Dapat duit, mereka habiskan untuk berseronok dan membina mahligai dengan ada helikopter," Tun dah mula panas.

Fidah sudah mula risau. Ini isu-isu yang perit telinga mendengar.

"Orang Melayu patut kejar peluang-peluang yang dibuka kerajaan. Macam-macam telah diberi. Sepatutnya kita berjaya.

"Ya Tun Ya Tun."

"Ada tu kata Melayu sudah boleh berdikari dan juangkan polisi terbuka, liberal dan pasaran bebas. Tapi depa ni semua dok makan gaji dalam GLC. Bukan berniaga atau kerja dalam syarikat MNC. Melalui polisi terbuka, liberal dan pasaran bebas, pihak lain yang akan untung. Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak tidak boleh maju tanpa bantuan dan sokongan," Tun sudah mula syok bercakap.

Fidah diluar faham keadaan boleh hilang kawalan. Dia memberi isyarat kepada Leen dan memandang kepada Leman. Audio Engineer tahu mereka kena pura-pura line terputus nanti.

Leen cuba menukar haluan Tun, "Tun ... Tun ... apa perlu anak muda sekarang lakukan untuk mengisi masa santai mereka?"

Macam hilang modal Leen nak cakap. Dia pun sebenarnya gamam dapat bercakap dengan Tun.

"Anak-anak muda kena belajar dan masa lapang lakukan perkara-perkara yang bermanafaat. Kegiatan mereka perlu untuk perkara berguan dan memberi faedah kepada diri sendiri. Budak Melayu ni banyak sangat lalai. Merempit naik motor tengah-tengah malam."

"Macam mana yang pula bagi mereka yang memandu pulang ke kampung dan bermain mercun hingga berlaku kemalangan masa Raya, Tun?" Leen sekali lagi cuba elakkan Tun naik syok bercakap.

"Itu Pak Lah dah nasihatkan lima tahun. kata nak dengar nasihat saya?

"Itulah saya cakap tadi, kita perlu lakukan benda berfaedah dan berfikir apa yang kita lakukan," Tun sambung. Gagal Leen nak lencungkan Tun.

"Tanamkan semangat mahu maju. Kejar peluang. Macam-macam Kerajaan berikan. Semua kemudahan ada. Orang Melayu ini banyak tolak peluang. Sampai benda free tuhan nak kasi pun depa tak mahu cari. Doa saja dah dijamin akan makbul, pun tak dikejar peluang itu."

"Apa itu Tun?" tanya Leen yang sendiri pun nak tahu. Tak dapat lagi husband kaya.

"Lailatulqadar masa sepanjang Ramadhan ..."

Takjub semua dalam studio. Sampai ke situ Tun fikir. Betul pulak tu ...

-------------

Para pembaca, ini semua hanya satira atau parodi. Diminta SKMM dan Gani Patail sporting la sikit, jangan saman. Tak takut saman pun. Boleh lepas. Cuma menyusahkan ...

Tun Dr Mahathir akan mengadakan rumah terbuka esok hari raya ke 3 di 58, Jalan Kuda Emas, The Mines Resort City, Seri Kembangan.

Bagi yang nak pergi, jangan macam orang jakun yang tidak pernah nampak makanan sampai berebut-rebut.

6 ulasan:

Unknown berkata...

jaga2 husin oiii....skmm dan ghani patalon ni berani ngan orang melayu saja..
depa tu bolih buat macam2 kat hang..
harap2 x dak la orang melayu sendiri yg report apa hang tulis ni.maklumlah...orang melayu busuk hati dan dengki ngan bangsa sendiri tak habis2.
bukan bolih tengok melayu senang dan mewah...depa tuduh macam2.
cina pendatang kaya depa x kisah...
bab berebut makanan ni...ramai juga anjing2 lapar yg pi rumah terbuka..berebut macam kebulorq bertahun x jumpa makan.
aku pun nak pi...nak salam dengan TUN dan bonda siti hasmah,tu saja niat dihati...x dapat makan pun kisah...ada kedai mamak area tu,depa dah meniaga kot..bukan macam melayu.
tutup kedai berminggu2 balik kampong.
habiskan duit untung meniaga bulan posa.
dah habis duit ngan modal2 sekali...pinjam along buat modal baru.
cina pendatang juga yg kaya.
ishh..melalut la pula....
ini pun hanya satira ..bukan benar...tak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih dan BELUM LAGI MATI.
"nak meniaga pokke bukan POKKA"

abdul wahub berkata...

Assalaamualaikum Ya Tuan Husin Lapoyang,

Itu Tun chakhap banyak butul lah.. ente banyak pandai la Husin..ente boleh ganti sama itu arwah Yusup Chong lah. Ente usah bimbang usah khuatir..kalu ada sapa-sapa mau tangkap sama ente fasal bikin ini macham punya cherita..ana punya kawan itu Tuan Sulaiman Akhlaken buleh tulong sama ente lah. Itu loyar punya upah ente jangan bimbang..nanti ana kasi bayarlah.

Haji Bakhil berkata...

Tak pernah ana pikir orang Melayu tak mahu lailatulqadar.

Asal dah akhir2 bulan puasa, Melayu tak sabar nak raya. Patut masa tu cari peluang lailatulqadar.

Tapi husin, orang Melayu dapat lailatulqadar, dia mintak AP, kereta mewah BMW dan bini muda ... hehehe

Tanpa Nama berkata...

Tuan Haji Bakhil

Orang Melayu tak caya lailatulqadar.

Budak rempit dok sampai lewat malam dan ramai di kedai mamak sampai pagi nak tunggu pokok tunduk dan air keras ...

Tanpa Nama berkata...

Memang benar, rindu mendengar Tun Dr M berucap.

Rindu benar ...

Orang Singapura

Dot berkata...

salam tuan usin,

ana punya fb & blog ana link dgn Tun punya blog...

ana percaya perasaan sayang beribu2rakyat malaysia tak pernah pudar pada TUN terutama mereka yg pernah berurusan dgn Tun & yg menerima budi kerajaan semasa pemerintahan Tun. ana pun dapat sambung belajar ke UK masa Tun. yg benci dia pun hanya kerana mereka tidak pernah berurusan secara langsung dgn Tun tetapi hanya membaca kutukan2 orang yg kecewa bila tak dapat AP/kontrak masa Tun jadi PM dulu. mereka inilah sebenarnya penyangak ekonomi negara...