Rabu, November 21, 2012

Pemimpin Bajau di Langit?


Husin sedang bercuti di Sabah.

Sambil-sambil bercuti, jumpa-jumpa kawan untuk tahu perkembangan di Sabah. Hebat rupanya Anwar Ibrahim. Bukan hebat gagasan atau wawasan tapi hebat temberang.

Satu Semenanjung Anwar jaja macam real dia dapat ramai ikut lompat. Padahal tiada apa-apa berlaku di Sabah. Malah dengarnya dia sedang pening untuk kekalkan kelentongnya mengenai Sabah di Semenanjung.

Perbincangan dengan pelbagai pihak tidak bertemu hasil. Strategi politik dan temberang tak menjadi. Hanya Dato Lajim Ukin dan lima yang lain tersilap percaya akan akhirnya naik jadi Ketua Menteri.

Politik Sabah bukan senang untuk faham, bah!

Kalau tidak kahwin orang Sabah dan duduk lama di Sabah macam seorang kawan Husin, usah ngaku faham politik Sabah.

Tahu pun belum.

Walaupun rakyat Sabah bukan saja ada toleransi tapi menerima perbezaan kaum, ugama dan adat, perkiraan politik berbeza sekali. Betul ... kahwin campur banyak dan hubungan keluarga melampau kaum, ugama dan adat. Majlis-majlis keramaian atau perayaan dihadhiri dan raikan oleh pelbagai etnik. Lain-lain etnik dan penganut ugama tahu, faham dan hormati amalan dan pantang larang etnik dan penganut ugama lain.

Mahu kena tahu bahawa ada 31 kumpulan etnik Pribumi di Sabah. Ini tak masuk 'sungai' nya lagi yang ada kala sampai 4. Sesuatu kawasan ada kaum etniknya tersendiri.

Sudah tentu wakil rakyat kawasan tertentu perlu datang dari etnik tertentu. Ada kala, sama etnik tapi dari kawasan lain pun bukan mudah diterima jadi wakil rakyat setempat. Kalau satu Sabah calunnya hanya dari satu parti, pun tidak boleh.

Bajau adalah etnik yang kedua teramai di Sabah. Kawan Husin beritahu orang Bajau bukan semua sama tapi ada macam-macam.

Umpamanya, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato Shafie Apdal yang merupakan kaum Bajau dari  Semporna adalah Bajau Laut. Tak baik Dato Najib usik dia lanun.

Sensitif Shafie tapi tak beranilah nak marah boss. Lagi pun Tk Jib, yang lanun tu adalah orang putih. Mereka datang dari dunia sebelah sana dan menjajah rantau kita serta mengaut keuntungungan dengan "curi" harta Sabah.

Musli Oli, rakan Husin yang merupakan penulis politik yang sudah lompat parti dari UMNO ke PKR serta asal dari USNO dan dijangka dapat peluang bertanding atas tiket PKR adalah Bajau Kota Belud.

Kawan tu kata Musli adalah Bajau Darat. Inilah kaum Bajau yang kita belajar di sekolah sebagai naik kuda padi dan ada temasya lumba kerbau.

Manakala, boss lama serta pernah juga lawan politik lama Musli, iaitu bekas Ketua Menteri Sabah dan Presiden USBO, Dato Salleh Tun Said Keruak pula dikatakan kawan Husin sebagai orang Bajau Bukit.

Sejak akhir-akhir ini. kawan Husin beritahu ada satu lagi Bajau baru. Dia bukan setakat Bajau Laut, Bajau Darat, Bajau Bukit, dan lain-lain Bajau, tapi sudah ada pula Bajau di Langit.

Bajau itu Dato Yahya Lampong.

Dia sudah macam terapong-apong di langit sejak dapat pelampong dari lantikan oleh Dato Musa Aman sebagai Pengerusi salah sebuah SLC. Sudah lompat ke PKR dan mahu lawan Rosnah di Papar.

Wow! Dapat jawatan lupa diri dah tua dan selalu sakit


* Kemaskini 6:30 pagi 21/11

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yahya pelampong namanya

Tanpa Nama berkata...

Pak shaik husin sekarang rakyat sabah sedang mabuk janji samada dari kerajaan. Mahupun penbangkang.itu pasal lah dia orang pening skrg ini.wow..ana pening nak undi parti mane lah!

Tanpa Nama berkata...


Gambar atas tu ada kaitan dengan perniagaan Usin ?

Atau majlis berkatan ?

Tanpa Nama berkata...

Husin

Bingau angkasa lepas pun dah ada.

Namanya Lajim Ukin. Dah tentu boleh jadi menteri penuh dan lama.

Tamak sangat nak jadi KM. Sanggup ditipu Anwar sekali lagi.

Kah kah kah ...

Tanpa Nama berkata...

anon 8:58 PG

lajim banyak projek di 1borneo, kuala penyu, highway, dll

itu pun wang tiada untuk bayar wang judi

lajim hanya sekolah darjah tiga. otak politiknya bijak.

langkah terbaru memang kami setuju agak bingai.

jebat berkata...

Salam tajzim, Tuan Haji Husin,

Bicara pasal anwar, ente lupa bahawa anwar itu tukang jual ubat nasional.

La Jim (Le Jinn), dah salah beli ubat>

Ubat oh ubat,
Salah makan ubat satu badan tumbuh bulu,
Mata jadi kelabu.

Tapi apa nak dikata.
DEMOKERASI !!
Bebas mamilih ubat sendiri,

AKIBAT NYA;

TANGGUNG LAH SENDIRI !!

Tanpa Nama berkata...

Husin Lempoyang, aku harap kamu simpan entry kamu ini sehingga selepas PRU nanti, kita boleh baca semula, BN yg menyeleweng mcm ni pun kau masih sokong, tak tahulah aku nak ckp apa....

Tanpa Nama berkata...

Statement Lajim Ukim yg paling best..Rakyat Sabah sudah lama menderita di bawah pemerintahan BN. Saya akan berjuang untuk membela rakyat Sabah. Habis selama berpuluh tahun jadi YB, TKM dan Timb Menteri apa kerja yg Lajim ni buat. Nampak sangat tak buat kerja, perabiskan duit rakyat bayar gaji buta untuk dia adalah.

Tanpa Nama berkata...

Untuk makluman semua..
Anda dijemput hadir ke majlis gilang gemilang yang akan berlansung di Kudat pada 25.11.2012.
Dengar khabar pakar penipu akan hadir iaitu saudara Datok seri panglima penipu anuar ibrahim akan hadir.
Pencacai PKR dijemput hadir.
Dengar amanat terkini panglima penipu PKR.

Tanpa Nama berkata...

Tuan husin,masa mat lajim dlm kerajaan kau jugak puji dia sebagai wira sabah.tak rock la sin kalau double standed macan ni.

jebat berkata...

Tuan Haji Husin,

Kalau sekiranya Imam Kariah ente murtad atau menukar agama, adakah ente akan ikut dia ???.

MASYA ALLAH.

Tanpa Nama berkata...

wau sekarang heboh umno murtad. sekarang pula kira murtad umno. Jual husen jual

Tanpa Nama berkata...

tuan husin,apakah politik sudah mengatasi agama?tukar parti politik tidak lah sampai murtad.ini lah bengongnya rakyat malaysia sekarang,anggap parti tu..dah macam ugama.

Husin Lempoyang berkata...

10:11 PTG

Posting yang mana anaa ada puji Lajim?

Tanpa Nama berkata...

Sin,memang kau tak buat posting.tapi gua percaya sin klu mamat tu masih dlm kerajaan,kau tak akan wat posting macam ni tentang dia.gua tak peduli sin nak tibai punggung sape!tapi biar rock.

Tanpa Nama berkata...

Kantoi lah tu hehehe ...

Husin dah kantoi tak payah bising lagi brader. Dia lagi baik ...

Perancis Mereng berkata...

Rosnah dalam kerajaan pun Husin cuit.

Pak Lah PM pun Husin tibai ...abende ko? Najib, Hisham ... dll digelarnya.

Aisay ... takkan baru kenal Husin Lempoyang yang untung jual orang dari jual unta.

Budak baru belajar baca blog ka ...

Tanpa Nama berkata...

Unta2 tuan husin dah naik sheik dah!hu.hu