Khamis, April 20, 2017

Tubuh saja parti Tupperware


Usahlah nak berhelah konon Cikgu Kamaruzaman tidak buat kerja atau diugut, Husin faham benar ketiga-tiga M. Budak hingus baru nak dekati politik, bolehlah ditipu.

Takkanlah sampai pengasas PPBM yang merupakan Setiausaha Kerja dan pentaksub boleh keluar PPBM atas alasan kabur dengan perjuangan.

Kemungkinan perjuangan tiga-tiga M memang sudah lari dari asas dari asal lagi. Jika masih ada perangai lama mengamal kronisma dan nepotisma, sudah betullah tu.


Namun, Cikgu Kamaruzzaman masih dilanda sindrom penafian untuk tidak sebut nama Mahathir. Macam mana the "mighty" Mahathir, "their idol" dan manusia maksum pada para pentaksub boleh biarkan ini berlaku?

Yang amalkan kroni dan nepotisma adalah anakandanya sendiri?

Mahathir telah sindir Kamaruzzaman. dan cuba tutup salahlaku diri sendiri mengamalkan kronisma. Ini bermakna masih mengamalkan kronisma dan nepotisma serta tidak habis tutup salahlaku yang di masa lalu merugikan negara ratusan billion ringgit!.

Baru-baru ini masih pertahankan polisi pengswastaan. Padahal inilah polisi yang suatu masa dahulu membuka peluang untuk korupsi, kronisma, dan nepotisma berleluasa.

Ketika itu Mahathir cover semua salahlaku proksi, kroni dan keluarga. Ini berterusan hingga ke hari ini. Serangan dan tuduhan tanpa bukti terhadap Najib adalah tujuan ini!

Jika mahu bersihkan dirinya dari salahhlaku masa lepas dan tidak dituduh mahu jatuhkan Najib demi kroni dan keluarga, Mahathir perlulah turut keluar dari PPBM.


Entahlah ... mungkin sertai Parti Benteras Rasuah (atau nama asal Parti NewGen).Timbalan Presiden pun adalah orang kepercayaan Mahathir.

Secara kebetulan, Ezam dan Khairuddin telah curi parti politik orang punya. Apa pun alasan, Pendaftar Pertubuhan telah gantung parti tersebut. Macam mana parti yang mahu tentang rasuah terlibat dalam mencuri parti politik?

Apa patut Mahathir buat sekarang?

Sudah umur terlebih subsidi itu, elok saja lebihkan beribadat dan dekatkan diri dengan tuhan. Nak sangat berparti elok tubuh sahaja parti Tupperware. Cuma jual bekas dan kuranglah dosa jual orang.

Wow! Jual orang lebih untung dari jual unta

Tiada ulasan: