Isnin, Januari 21, 2019

Kementerian hentikan rawatan untuk beberapa penyakit


Bertubi-tubi Khalid Samad serang Najib dengan dibantu Mr Bean.

Namun, tak menjadi-jadi. Sentuhan humour dia tidak ada. Malah Najib bantu dengan kasi LIKE.

Melihat teruk Khalid Samad kena troll, tak jadi Husin nak tulis mengenainya. Ramai dah kerjakan dia.

Baik tulis pasal Menteri Kesihatan, Dr Dzulkifly Ahmad yang PhD dalam sains sosial (ilmu kemasyarakatan) dan bukan sains perubatan.

Jadi jururawat atau jututeknik perubatan pun tak layak. Dr Dzul boleh analisa masaalah masyarakat. Jauh sekali faham punca masaalah dalam otak ahli-ahli masyarakat.


Walaupun Dr Dzul tahu menulis untuk kritik polisi kerajaan BN lepas, itu hanya pandangan luaran.

Dia tiada pengalaman dalam pentadbiran kerajaan atau pengetahuan dalam Ilmu pengurusan seperti Dato Subramaniam atau Dr Latif. Hanya tahu teori dan tidak tahu mekanismanya.

Tidak macam Tan Sri Dr Chua Soi Lek, Dr Dzul tiada keupayaan mentadbir hospital atau klinik desa pun. Ini pula dalam me tadbir dan merangka polisi kesihatan awam.

Mungkin main ikut apa diusul pegawai kerajaan tanpa memahami implikasi pada orang ramai yang mana sebagai ahli politik, dia patut tahu.


Akhirnya, apa gila Dr Dzul nak keluarkan arahan larangan merokok yang terlampau drastik dengan perangkaan polisi yang tidak konsisten dan agak melampau.

Pasti sahabat Husin dalam Amanah, si Penarik Beca marah tak boleh hisab rokok lagi di Taqwa, Taman Seri Gombak.

[Hang tinggai hp nombor dlm comment na. Nombor aku pun dah tukaq!]

Dr Dzul dah ingat dia doktor betul.


Apa gila juga Dr Dzul nak mulakan insuran kesihatan. ObamaCare di Amerika pun gagal.

Dia bukan faham sistem kewangan. Sanggupkah syarikat insuran tempatan beri liputan insuran untuk profil kesihatan golongan B40? [Baca kisah di Rocky Bru SINI.]


Dr Dzul pula tergila-gila mahu bersungguh-sungguh untuk naik kan caj perkhidmatan dan kurangkan perkhidmatan kesihatan kerajaan untuk rakyat Malaysia.

Main ikut cakap Lim Guan Eng yang akauntan tak bertauliah dan hanya tahu buat kira-kira capua. Langsung tak reti mengenai mekanisma dan implikasi  ekonomi.

FAIL!

Menurut pengumuman terbaru Kementerian, perkhidmatan rawatan kerajaan untuk beberapa penyakit pun akan dihentikan.

Breaking news

MULAI TAHUN 2019.. HOSPITAL KERAJAAN SECARA BERPERNGKAT TIDAK AKAN MELAYANI LAGI PENYAKIT MATA, HIDUNG DAN KAKI SECARA PERCUMA

Pihak hospital kerajaan telah memutuskan bahawa mereka tidak akan menanggung biaya perubatan atas tiga penyakit kronik di bahagian mata, hidung dan kaki yang banyak dialami kini.

Dengan alasan bahawa tiga penyakit ini sulit untuk disembuhkan dan memerlukan waktu yang lama dalam proses penyembuhannya. dan biayanya pun mahal..

Bahkan pihak hospital menghimbau agar semua instistusi kesihatan seperti rumah sakit baik swasta atau kerajaan untuk tidak melayani pesakit dengan penyakit tersebut diatas.

Tiga penyakit yang tidak akan dibiayai dan dilayani di rumah sakit adalah :
1. Mata keranjang
2. Hidung belang         
3. Kaki kelentong
Maaf atas segala kesulitan.

-------

Nampaknya penyakit Khalid Samad dan Mahfuz Omar tidak dapat dirawat. Bila dah jadi kerajaan, usah nak bawa stail macam  pembangkang.

Menteri kerajaan kena jalankan tugas dan tanggungjawab. Cara berpolitik untuk serang-serang parti lawan sudah tak lagi menjadi.... .

Orang ramai dah menyampah dengan politik. Mereka nak tengok hasil.

Wow! Terkenang sifu, "Prof" sains sosial. Alfatihah!


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

syarat utama utk jd menteri PH kena bodoh piang... menteri kasut hitam, menteri kekanda adinda, menteri asap rokok, menteri tomato, menteri kewangan hongkong, menteri berlagak samseng, dll semua mrk di pimpin oleh mahatua kutuk nak mapus taksedar diri asyik2 lupa..

hairel dean berkata...

Maaf Husin, Dr Dzul berlatar belakang sains (toxicology). Kita sedia maklum, secara tradisinya MoH dipegang oleh ahli parlimen berlatar belakang sains perubatan. Timbalan Menteri Dr Lee Boon Chye seorang doktor perubatan yang masih aktif. Pasti mereka bekerja rapat.
Tetap Dr Chua Jui Meng mantan MoH suaatu ketika dahulu juga bukan doktor perubatan tetapi masih perform dengan baik. Saya bukan mahacai atau jibcai. Sekadar peminat blog tuan Husin.

Tanpa Nama berkata...

La, betul ke Dzul ni bukan punya pHD dalam bidang Sains???? Selam ni mati2an orang kata dia ada kepakaran dalam nuklear sains !! Mana satu ni, please do some research untuk tentukan so we pin betul2 Menteri Asap Rokok ni.