Khamis, Januari 10, 2019

Menteri Luar lebih suka cakap dengan media dari diplomat negara lain


Husin teringat masa isu panas Malaysia dan Singapura, Saifuddin Abdullah ajak Singapura bertenang.

Lalu ditempelak bekas diplomat Singapura sebagai kelihatan bodoh. Diplomat ini pernah bertemu Saifuddin pada pertengahan tahun dan rasanya dapat lihat gelagat Saifuddin.

Setiap kali ada apa-apa, dia suka nak bercakap dengan media.

PM hendak mengadap Sultan Johor, dia nak sibuk cakap pertemuan ini tiada kena mengena dengan hubungan dengan Singapura.

Apa perlunya?

Ketika ada isu disempadan dengan Indonesia, dia cepat cakap pada media dan guna istilah "condemn" semudah itu terhadap tentera Indonesia.

Akhirnya, Teresa Kok pun terikut sesedap mulut guna istilah "condemn" terhadap France dan Iceland sebab tolak minyak sawit yang di anggap tidak mesra alam sekitar.

Kalau Israel atau Myanmar yang zalim terhadap rakyat Palestine dan Rohingya, tak apa lah diguna istilah "condemn".

Syukur Mat Sabu boleh berdiplomasi untuk menenangkan keadaan dengan sahabat serumpun. Salahlaku orang tertentu sudah mahu "condemn" satu negara pulak si Saifuddin.

Ingatkan polisi luar Tun Dr Mahathir yang mahu kelahi dengan semua negara dalam dunia, dari kuasa-kuasa besar ke negara-jiran2 dan yang ada hubungan diplomas dengan Malaysia.

Nak kata Saifuddin ini bodoh, tak juga. Hasil keluaran MCKK, graduan University tempatan dan aktivis pelajar yang pseudo intelek.

Bila dia "state the obvious" atau menyatakan sesuatu yang tidak perlu disebut untuk kata langkah seterusnya dalam isu ruang udara bergantung pada perbincangan dengan Singapura, Husin dah nampak masaalah dia.

Sepatutnya Saifuddin bercakap dengan Indonesia dan Singapura tapi dia lebih suka bercakap dengan media.

You get things done by being friendly and having friend everywhere.

Itu lah Mahathir.

Anak derhaka dan orang takut bini tak layak jadi pemimpin apa lagi Menteri.

Main ikut kepala sendiri hingga diplomat-diplomat di Wisma Putra tak boleh nasihat lalu diam dan lantaklah kau!

Wow! Mat Sabu memang diplomatik dengan gadis-gadis

Tiada ulasan: