Selasa, Ogos 06, 2019

Atoq nak "hijack Perpaduan Umnah, LKS takut... lalu U turn


Atoq yang memperkenalkan PPSMI yang akhirnya melihatkan Pejuang Bahasa tua-tua berdemo dan bersama Dong Zong hingga dibatalkan polisi.

Sepanjang yg Husin tahu, Atoq hanya perguna isu-isu Melayu dan Islam untuk kepentingan politik dirinya, tetapi tiada niat untuk sungguh-sungguh pertingkatkan kedudukan Melayu dan Islam.

Paling tak mungkin sekali untuk Atoq  perjuangkan tulisan Jawi dan seni khat.

Husin diperbesarkan dalam keluarga yang meluas guna tulisan jawi. Masa study oversea dulu pun, ayahanda bonda berutus surat dalam jawi.

Pelik nak ajar seni khat yang dulu pun Husin pun tak diajar dan belajar di sekolah ugama. Arwah ayah yang boleh tulis khat pun tak kisah nak ajar.

Abenda Maszlee Malek sibuk sebut-sebut pasal khat yang akhirnya cadangkan pula ajar Chinese calligraphy. Bodoh...!

Entah apa helah Atoq nak guna untuk politik.


Husin menjadi jelas bila terbaca The Flying Kick yang menyatakan ini hanya helah pilitik Atoq nak culik Perpaduan Ummah dari kaki UMNO dan PAS.

Dulu dia anjur Deklarasi Rakyat tapi hanya pasal 1MDB untuk hijack Pakatan Rakyat. Jangan heran dia anjur Deklarasi Perpaduan Ummah untuk helah yang sama.

Itu yang Lim Kit Siang tiba-tiba U turn dan sanggup sokong tulisan Jawi di sekolah-sekolah.


Dah puluh tahun, DAP hina tulisan Jawi dan Teresa Kok tuntut ia dibuang dari papantanda jalan.

Tiba2 sekarang baru Kit Siang kata dia pernah belajar baca Jawi dan tidak kurang kecinaannya, malah kononnya lebih Malaysia.

Dia takut konon ada game tertentu untuk timbulkan kemarahan cina untuk berlaku peristiwa 13 Mei 1969 dan berakhir dengan demokrasi digantung dan darurat diumum.

Hilang kuasa DAP dan kembali kuasa pada Agong.


Sebenarnya kebanyakkan cina dan ahli DAP bawahan turut marah pada Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, sekeluarga dan kroni seperti Tony Pua.

Guan Eng ambil peluang untuk menyalahkan suratkhabar cina dalam isu jawi dan khat tapi sebenarnya dia tak tahan selalu dihentam teruk oleh mereka berhubung pentadbiran ekonomi dan kenyataan2 bodohnya.

Sebenarnya orang DAP dah menyampah dengan Kit Siang dan keluarga. Kenapa The Star masih nak spin ke khat?

Sudahlah si tua dua-dua ini, cukuplah makan tu...


Wow! Lagi tua lagi menjadi

3 ulasan:

john doe berkata...

Menjawab tohmahan Pak Husin dan juga sindiran di dalam kartun Zunar di atas.

Memang benar Tun M sedang membina benteng di sekeliling kubunya. Adakah itu satu kesalahan? Sudah tentu tidak. 

Tun Mahathir telah membuat penilaian dan mendapati bahawa ia adalah sesuatu yang sangat penting untuk ia kekal di persadanya sebagai Perdana Menteri tanpa diganggu-gugat oleh sesiapapun sehinggalah negara ini berjaya dipulihkan dan kembali berada di jalan yang tidak lagi berliku. 

Tun tahu dan sedar bahawa sekiranya dirinya jatuh sebelum negara ini benar-benar pulih, maka bangsa Mim dan negara Mim akan menghadapi mala petaka akibat kerakusan segelintir manusia. 

Keadaan ini malah diakui sendiri oleh beberapa orang yang telah tewas di tangan Tun, bahawasanya keberadaan Tun sebagai Perdana Menteri mestilah dikekalkan agar negara kekal selamat daripada huru hara sekiranya Tun jatuh sebelum negara pulih. 

Untuk apa Tun mengukuhkan kedudukan dirinya. Adakah untuk kepentingan diri sendiri? 

Sudah tentu tidak. Tun telah menjadi PM selama 22 tahun atau 1/3 daripada umur negara ini sejak kemerdekaannya secara bersekutu. Tun juga telah memiliki harta yang cukup bukan sahaja untuk ia hidup selesa sehingga ke akhir hayatnya, malah juga cukup untuk mempastikan beberapa generasi keturunannya selepasnya tidak hidup merempat. 

Tun sedang mengukuhkan kedudukan dirinya untuk mempastikan negaranya kekal selamat kerana dia tahu di dalam hatinya selepas dirinya tidak ada sesiapa lagi yang kelihatan mempunyai kemampuan untuk benar-benar menjaga negara ini dari kehancuran selain mampu memandunya ke arah yang selamat dan sejahtera. 

Tun bukanlah seorang yang bercakap berdegar-degar di luar gelanggang tetapi takut untuk terjun ke dalam gelanggang. Sebaliknya Tun adalah seorang pemberani yang sanggup terjun ke medan tempur, sanggup dirinya dijadikan bahan fitnah, tohmahan, cercaan dan persendaan asal sahaja negaranya kekal selamat. 

Tun adalah Ketua Pasukan Yang Tidak Pernah Tewas walau siapapun lawannya.

Di antara orang-orang yang telah ditewaskan oleh Tun ialah seorang manusia yang bernama Shahnon Ahmad.

Shahnon Ahmad telah menulis sebuah novel yang menjijikkan bertajuk "SHIT@PM@P*KiMak" mencerca bukan setakat Tun sahaja bahkan juga mencerca anggota sulit wanita bertuah yang melahirkan Perdana Menteri paling hebat bagi negara ini.

Shahnon Ahmad telah dipanggil pulang menghadap penciptaNya untuk menjawab mengenai cercaan dan makian yang ia lemparkan ke atas Tun sedang Tun pula dikembalikan ke kekuasaannya sebagai PM-7.

Secara hikmah ia bermakna si pencerca telah tewas di tangan manusia yang ia cerca tanpa perlu pun manusia itu mencerca balas.

Setakat sindiran Pak Husin dan juga kartun Zunar tersebut, ia hanyalah bertaraf kuman yang tidak mampu menggugat Tun.

Qulil-haq walau kaana murro. 

Mai kita tengok komen saya yang ni berani tak Pak Husin siarkan. Kah kah kah, sembang kemaih mentohmah Tun sebelah pihak tapi tak berani nak siarkan jawapan pembela Tun.

Que sera sera; Tun Mahathir adalah PM 2 dekad dan PM 2 kali dan tidak lama sahaja lagi dia akan dibuktikan sebagai PM 2 zaman. 

Wallahu a'lam.

Prince Righty 1 berkata...

Rasanya orang cina tak kisah pun jawi tu. Tu semua pengalih arah je tu, biar sensasi sampai benda lebih besar tak terlihat. Tutup bangkai gajah pakai nyiru memang kelam kabutlah baunya 😂

Awanama berkata...

Sudah lah kau pentaksub mahataik. Semuanya wangi bagi mu.