Rabu, Oktober 02, 2019

Graduan menganggur gadai nyawa bantu keluarga


Kisah ini sangat sedih...

Inilah nasib anak muda di era Kerajaan PH....

Abang kakak semua tahukan ramai graduan yang menganggur tiada pekerjaaan.

Ramai yang buat Grab, Food Panda, jual Coway, jadi pelayan supermarket, penjual nasi lemak dan macam-macam kerja lain yang bukan bidang mereka dan tidak selayaknya.

Ini kisah seorang graduan kejuruteraan salah sebuah IPTA di negara kita.

Puas sudah dia mencari kerja dalam bidangnya tetapi gagal. Banyak temuduga yang dia pergi tetapi gagal.

Pada masa yang sama dia terpaksa bekerja juga demi kelangsungan hidup. Sampai bila nak susahkan mak bapak?

Dia juga perlu mencari wang bagi mengurangkan beban keluarga. Ayahnya tidak lagi mampu bekerja setelah terkena angin ahmar.

Akhirnya dia nekad mencari kerja yang bukan dalam bidangnya. Asalkan ada sumber pendapatan untuk keperluan hidupnya kira ok.

Dia nampak ada kumpulan sarkas yang sedang membuat persembahan. Kumpulan ini bergerak ke seluruh dunia dan kebetulan sedang melakukan show di Malaysia. Dia minta kerja di sana.

Manager sarkas adalah seorang lelaki berbangsa Denmark. Dia beritahu, tiada kerja bagi graduan ini yang sesuai dengan kelayakannya. Mereka sudah ada kumpulan jurutera mereka sendiri yang profesional.

Puas graduan ini merayu sambil menceritakan kesempitan hidupnya sekeluarga. Manager bersimpati namun berkata, “There is no job at the moment boy.”

Graduan ini berjalan keluar dengan hampa. Entah apalah nasibnya.
Tiba-tiba manager sarkas memanggil graduan itu.

Dia kata, “Ada satu kerja yang kosong iaitu untuk berlakon sebagai Chimpanzee dan melakukan aksi-aksi lucu. Boleh kamu lakukannya?”

Dengan pantas graduan tersebut terima. Dia terdesak. Dia ketepikan ego dan malu demi mencari rezeki. Sekurang-kurangnya adalah juga sedikit wang yang boleh mengurangkan beban keluarga.

Bermula hari itu dia memakai suit Chimpanzee  dan menghiburkan penonton. Dia bergerak dari sebuah negeri ke negeri bagi menghiburkan penonton. Perasaan malu sudah tiada lagi.

Namun malang tidak berbau.
Suatu hari, ketika dia sedang melakukan persembahan, dia tergelincir dan terjatuh ke tempat persembahan harimau.

Kesemua penonton terkejut melihat Chimpanzee telah jatuh ke dalam kawasan harimau itu. Tiada sesiapa pun tahu yang Chimpanzee itu adalah seorang manusia.

Graduan itu tadi sangat takut memikirkan dia di ambang maut. Dia cuba melompat keluar tapi kakinya cedera. Dia nampak harimau tersebut meluru pantas dan ganas ke arahnya.

Dia tahu masanya sudah tiba dan dia terus mengucap panjang. Ya Allah, ampunilah aku katanya.

Harimau tersebut mendekati Chimpanzee dengan pantas tetapi ia tidak menyerang!

Terkejut graduan tersebut. Allah telah melindunginya dengan menghijab pandangan harimau itu dari menyerangnya.

Graduan tersebut tidak putus-putus berdoa agar bantuan segera tiba.

Secara tiba-tiba harimau tersebut berbisik kepada graduan tersebut, “Relax bro. Jangan panik. Ni aku ni...Roy senior ko. Aku batch 2017 mechanical engineering.

"Babi betul Syed Saddiq Syed Abdul Rahman janji 1 juta peluang pekerjaan.”

Wow! Di Kongres nanti, apa lagi janji PH lahanat

Petik dari FB Shook Hero Malaya

4 ulasan:

Poor Indon berkata...

Hahahahahahahaha

Poor Indon berkata...

Kelakar...memang Kelakar!

Awanama berkata...

Ok la jadi chimpanzee. Mujur tak Jadi babi.

Prince Righty 1 berkata...

Takpe bos, aku graduan batch 2018, kerja 7e kot 😂😂😂