Selasa, November 26, 2019

Padan muka penjawat awam


Menurut FB Mohd Fadzil:

Yang ini Mahacai Lawak Mega

Mula-mula menteri yang pecat semua dalam Nafas kononnya hendak benteras ketirisan dalam Nafas

Kemudian dia lantik orang PAN PKR ganti jawatan-jawatan penting dalam Nafas

Kemudian kerana hendak tunjuk tulus, mereka buka open tender untuk dana pembekalan baja dan benih.

Kononnya menteri tak masuk campur dalam urusan ini.


Kemudian bila Nafas sendiri kalah tender, Menteri tulis surat kepada PM7  memohon batalkan pemenang tender dan beri tender secara terus kepada Nafas.

Kemudian entah kerja tangan siapa Nafas boleh sewa keseluruhan bilik dalam sebuah hotel untuk membolehkan Nafas bawa staff berkempen di Tanjung Piai

Bila skandal Tender RM1.4 bilion disailang dari pintu belakang terbongkar. Menteri tak berani tampil menjawab di parlimen. Tiba-tiba KSU pula dibekukan ke jabatan lain. Amboi senang main ciluk ciluk yer

Kalaulah KSU ini dibeku kerana dedah dokumen, dia sepatutnya dinobatkan sebagai wira seperti perempuan audit yang buat rakaman mesyuarat secara sulit untuk mendakwa Najib.

Walhal Najib tak ada pun dalam mesyuarat itu malah suara Najib pun tak ada dalam rakaman, tapi boleh diangkat wira. Jadi kenapa KSU tidak dinamakan sebagai wira dan bukan sebagai mensabotaj atau lebih kepada mengkhianati. Niat dia bagus pa untuk kebenaran dan keadilan.

Pelik sungguh adengan Mahacai Raja Lawak ini

Menurut FB Nabeel Naqie:

KSU Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dengar kata dah kena gantung kerja sebab kononnya sabotaj menteri bila terdedah skandal 1.4 billion NAFAS.

Malaysia Baru-a....


Rakam audio curi-curi - Penjawat awam adalah hero. Dapat macam-macam gelaran....Srikandi, Wonder Women, Kajol...bla bla bla... 😝

Dedah skandal jahat menteri - Penjawat Awam pengkhianat.

Nampak kan? 🤣

--------

Audio Salwani diguna SPRM. Video semburit Azmin tak dikenalpasti?

FB Salahuddin Hisham peringatkan:

Fikir2kan....

DAP pun diam pasal Jalil Ibrahim. RCI forex tu belum dpt dibatalkan orang tertentu di mahkamah.


--------

Bawah kerajaan bangang, penjawat awam akhirnya diperbodohan.

Wow! Merasa penjawat awam tak syukur


2 ulasan:

Pak yop berkata...

Kalau ksu pengkhianat..salwani ni pun pengkhianat..wiral kan dgn tajuk..
Ini pun dikategori pengkhianat..atau lahanat

Awanama berkata...

If you instructed somebody to kill. You are guilty as hell. So dont be ignorant fool.