Selasa, November 05, 2019

Jabatan Perhilitan ditugaskan tangkap Jho Low


KUALA LUMPUR: Kabinet dijangka membuat keputusan untuk memindahkan kuasa menangkap Low Taek Jho dari Polis Di Raja Malaysia ke Jabatan Perhilitan.

Ini ekoran laporan yamg menyebut kenyataan terbaru Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador berkenaan dalang sebenar skandal 1MDB dan SRC yang sedang dibicara di mahkamah.


Jabatan Perhilitan bertanggungjawab dalam hal tersebut perlindungan Binatang Liar dan Taman Negara.


Sumber memberitahu Menteri Dalam Negeri beranggapan usaha untuk menanggap Jho Low di luar kepakaran polis.

Selain ketiadaan kepakaran untuk menangkap manusia berkepala beruang, polis tiada kemahiran untuk mengenalpasti cara jalan seekor seladang.


Menangkap Jho Low perlu kemahiran untuk meneliti lubang cacing di mana makhlok berkepala beruang dan berjalan macam seladang mungkin menyorok.

Laporan berita memberitahu usaha menangkap dan membawa balik Jho Low menjadi bertambah susah kerana negara tempat dia bersembunyi tidak tahu di mana dia berada.


Hamid Bador pernah menjanjikan untuk Jho Low dibawa kembali sebelum akhir tahun dan nyatakan tahu mana dia berada.

Laporan terbaru hanya menguatkan syak bahawa pihak kerajaan PH memang tidak mahu bawa balik Jho Low.

Desas desus mengatakan dikhuatiri kemunculan Jho Low menghalang cucu-cucu Atoq untuk melamar Paris Hilton dan Miranda Kerr.

Tiada lagi risiko Dato Najib mudah lepas pertuduhan-pertuduhan di mahkamah. Dah Peguam Negata dan Pendakwa macam gampang serta skrip untuk saksi macam gampang.

Agensi Berita Husin Lempoyang


1 ulasan:

Awanama berkata...

Malay proverb lubang cacing ni maksudnya tak dapat cari lah tu.
Ni cara Melayu menutup kelemahan2.
Spt juga genggam sampai jadi bara api. Mana ada kan.