Selasa, Oktober 20, 2009

Siapakah perempuan bermadu jantan?


Karpal Singh Benggali Tua
Wan Azizah Nasib Tak Menjanda
Ikut Nik Aziz Masuk Syurga Dia
Ikut Anwar Masuk Gua...Gua Mana?

Roket Berkawan Bulan
Orang Tengahnya Parti Keadilan
Biasanya Perempuan Bermadu Perempuan
Siapakah Perempuan Bermadu jantan

Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Bila Anwar tibai Azizan
Wan Azizah tahu ke tak tahu
Pada Oktober 23hb dan November 3hb, dijadualkan ada perbicaraan di Mahkamah. Tunda lagikah?

Berapa lama Kak Wan nak bersekongkol dengan kerja haram yang menjahanamkan tamadun?

Ahad, Oktober 18, 2009

Bilo kecek Melayu, mulo dema problem


Ana semale dapak jempute open house sahabat ana di Bukit Jalil, Lukme Gani. Lukme keja denge Ku Li.

Sampa-sampa ado pertunjukke dikir barat yang dibawo khas oleh Kelab Anak Gua Musang. Sedak dema dikir. Semangat anak-anak mudo buak persembahe. Hebak anak mudo pertahe kebudayae kito.

Tukang karhuk ada duo. Sorhe tu nyanyi lagu Kelate. Hok sorhe lagi tu sedak suaro. Paka spek hite. Bule lagi nasyid. Jugo lagu Hinduste.

Nasyid guno bahaso Arab. Sebute serupo mace Arab. Pasti panda ngaji Quran. Orhe Kelante memang panda ngaji. Mace orhe Joho jugo.

Lepah tu, budok tu nyanyi lagu yang ada skit Hinduste. Mere mehe boo ... alunan suara yang mengalun merdu. Kalu muko dio ada skit Salman Khan skit, Rosmah maghi kasi kiss.

Otak ana naka. Tertanyo tanyo pulo.

Orhe Kelate ni. Mengaji dan Nasyid beto-beto mace Arab. Nyanyi beto-beto mace Hinduste. Tapi ... bilo kecek Melayu, mulo dema problem.

Ambo pulo teringak Lukme sebuk Totenham Court Road (sebutan di London sebagai Tot-nem Kot Road) .

Dio sebuk Toknem Kok Rhing. Burhuk bena. Sekure-kure orhe Kelate lain sebuk Tokne Kok Rhot.

Wow! Sajo nok jua. Guano dema nok beli?

Sabtu, Oktober 17, 2009

Selamat Deepavali


Selamat Deepavali
Kepada semua India dan Benggali
Setahun hanya sekali
Merayakan hari yang mulia ini

Di masa bulan Ramdan
Kamu tak berpuasa sebulan
Pabila Deepavali menjelma
Resam kamu sambut dengan gembira

(Korus)

Miskin kaya memakai baju baru warna-warni
Walaupun kita lihat sakit mata
Sungguh hebat pemandangan Deepavali
Mandi minyak kasi kilat si tua muda

Marilah bergembira
Bersama menikmati Deepavali
Mintak mak ladoo sepotong
Hari2 makan, Deepavali juga kari

(Ulang 1 & 2 )

Maafkanlah jika ana terlanjur perkataan
Ana jual aney jangan pula disimpan
Kuberdoa selamat panjang umur murah rezeki
Sama-sama hidup kita Tuhan berkati

Selamat Deepavali
Cerita tamil di TV satu hari
Selamat kami ucapkan
Tengok Vadiveloo lakun tahun depan

Selamat Deepavali

Jumaat, Oktober 16, 2009

Jadilah arnab dalam cerita dengan serigala


Wakil Pulau Pinang, Datuk Shahabudin Yahaya ketika berucap di PWTC hari ini menceritakan kisah seorang guru yang menjawab soalan anak muridnya sewaktu mengajar pendidikan jasmani.

Anak murid tersebut ternampak serigala mengejar seekor arnab di sebuah hutan berdekatan padang sekolah.

Anak murid itu bertanya, kenapa serigala besar itu tidak dapat tangkap arnab itu?

Selepas puas berfikir, guru itu menjawab: Serigala itu mengejar kerana makanan dan arnab ini lari untuk hidup.

Arnab menyelamatkan diri kerana "kalau dia mati, apa akan jadi kepada isterinya dan anal-anaknya".

Serigala pula mengejar arnab untuk mencari makan, dan dia tidak kisah sekiranya tidak menangkap arnab kerana masih ada pilihan lain untuknya makan.

Penyimpul ceritanya dia suruh berjuang macam arnab untuk menyelamatkan anak isteri dan generasi hadapan.

Asal jangan terus sebagai arnab dalam cerita dengan kura-kura. Kura-kura dah ada lima negeri dan menang 7 PRK.

Wow! Lagi untung jual orang dari jual unta la.

Khamis, Oktober 15, 2009

Hey Dey ... Berapa banyak kaum India di Malaysia ni?


Murugiah kata dia ada 157,231 penyokong. IPF mengaku ada 320,245 ahli. Kayveas mengaku PPP ada 1.3 juta ahli. Kimma mengaku 300,057.

Master ji MIC ada 2.5 juta ahli. Sikit bawah dari UMNO.

Makhal Sakti mengaku ada 2.1 juta ahli. Parti Hak Asasi Manusia mengaku ada 1.5 juta ahli. Hindraf mengaku ada 2.2 juta penyokong.

Nallakaruppan mengaku partinya Parti Bersatu India Malaysia ada 250,782 ahli.

Hey Dey ... Jumlah kaum India di Malaysia ada 9.5 juta ka? Macam mengaku kuil Seksyen 19 berumur 150 tahun ....


* Fakta diterima melalui SMS dari blogger Nobisha. Terima kasih.

Rabu, Oktober 14, 2009

MCA wujud dengan susah payah


Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
Kuih salah bikin.

Binatang ape power Karate?
Kuda belang. Cube kira berapa black belt dia ada.

Siapa yang menemukan dompet kulit?
Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saya.

Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak boleh nak tolak?
Pintu yang ade tulis 'TARIK'

Saya ada 3 kepala, 4 tangan dan 5 kaki ... siapakah saya?
Bagan Pinang panggil PEMBONGAK (pembohong ...)

Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati...'?
Usus

Binatang apa yang seluruh anggota tubuhnya di kepala?
Kutu rambut

Nenek siapa jalannya meloncat-loncat?
Neneknye si katak

Kenapa lelaki jarang kena penyakit anjing gila?
Sebab lelaki kan 'buaya'

Apa beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
Sekretari baik ..................'Selamat pagi tuan'
Sekretari kurang baik ...........'Dah pagi ni tuan'

Apa persamaan Michael Jordan dengan Michael Jackson?
Dua-dua tak kenal korang ... hehe

Tukang apa yang kalau dipanggil, dia menjenguk ke atas?
Tukang gali kubur

Nak mencari sikit punya susah, bile sudah dapat buang. Apa bendanya?
Tahi hidung

Apa persamaan kain jemuran dengan telefon?
Dua-dua kalau dah 'kringgg' boleh diangkat ...

Kenapa pokok kelapa dekat depan rumah harus ditebang?
Mestilah kena tebang, siapa nak cabut pokok kelapa ... gila ke ape ... ?

MCA wujud dengan apa?
Dengan susah payah ......

Bila nak henti persaingan antara Presiden dan Timbalan Presiden yang diikuti oleh pengikut masing-masing? Dari zaman Tan Koon Swan sampai sekarang, tak henti-henti MCA terbelah dua.

Hari Khamis adalah mesyuarat Jawatankuasa Pusat.

Apa tunggu lagi Samy Value?

* Teka teki dipetik dari blog Ceritalucu

Isnin, Oktober 12, 2009

Problem yang ini kena selesaikan


Tahniah Tan Sri Isa Samad di atas kemenangan yang hebat. Untung orang Bagan Pinang dapat wakil rakyat baru yang akan bantu masaalah mereka untuk dibawa ke Dewan Undangan Negeri atau dengan pejabat-pejabat kerajaan.

Tak taulah apa jawatan akan diberikan Tan Sri tapi baik juga Tan Sri boleh tolong Mat Hasan.

Buat masa ini, ana punya komplen satu saja. Ana rasa Tan Sri tak boleh selesaikan. Bila Tan Sri menang, kami dibelakang-belakang tak dapat nampak Tan Sri. Bukan pasal orang ramai, tapi kerana bodyguard Tan Sri terlalu tinggi.

Banyak blogger sudah kata, jangan terlalu seronok sangat. UMNO kena lakukan banyak perkara segera.

Yang ini tak boleh bebankan pada Tan Sri.

Sabtu, Oktober 10, 2009

Orang tukar kawasan orang kecewa


Diambang hari pengundian di Bagan Pinang, ana hanya ada satu cerita buat peringatan.

Ceritonyo di satu kampung ada seorang anak muda bernama Leman ingin berkahwin. Lama-lama dicari akhirnya berjumpa dengan seorang gadis bernama Milah dan si Milah bersetuju. Dia bertanya pada ayahnya meminta izin.

"Tak boleh Milah tu anak Jamilah. Dia tu anak ayah. Ayah dulu ad ahal dengan Jamilah."

Kecewa si Leman.

Namun dia terus dengan usaha mencari jodoh. Terjumpa pula Zenab dan suka pulak budak tu. Ditanya lagi izin ayahnya.

"Alah ... kau carilah pompuan lain. Ayah dahulu dah terlanjur dengan Zaiton dan dapat si Zenab. Kau berdua adik beradik."

"Ayah ni jahatlah ... Kecewa lagi saya kerana abah," kata Leman.

Dalam Leman sedang kecewa, muncul pula Bibah. Berkenal dan jalan-jalan beberapa kali, sudah sangguop mendirikan rumahtangga. Ditanya ayahnya.

"Bibah tu mana boleh. Itu anak ayah. Halimah dengan ayah nak kahwin dan ayah dah test drive."

"Alah ayah ni. Jahat sangatlah. Semua pompuan di kampung ni anak ayah."

Leman terus masuk ke bilik dan dengan sedih mengumpul baju-bajunya untuk masuk beg. Dia dah bertekad nak meninggalkan kampung untuk mencari pasangan hidup.

Maknya pulang dan masuki bilik Leman. Dia hairan kenapa Leman packing barang.

"Kau nak kemana Leman?"

"Saya kecewa mak. Semua pompaun di kampung ni anak ayah. Macam mana saya nak dapatkan pasangan hidup? Kenalah saya 'tukar kawasan'."

Maknya pun faham.

"Dahlah Leman, Kau simpan balik baju kau. Kau boleh kahwin denganpompaun yang kau suka."

"Macam mana boleh mak?"

Suara ibu diperlahankan, "Alah kau pun bukan anak ayah ..."

Jadi tuan-tuan dan puan-puan, orang yang bertanding di luar kawasan ni serupa Leman yang terlalu awal kecewa kerana tak dapat jumpa jodoh. Orang kecewa ni suka buat kerja tergesa-gesa.

Jumaat, Oktober 09, 2009

Bilo rakyat berjiwo pemimpin ...


Ha ... macam itulah pemimpin. Prihatin dengan rakyat. Iso Samad ni jumpo rakyat tak kiro masa pilihanrayo. Maso lain pun sama.

Oghang sekarang nak pemimpin berjiwo rakyat. 1Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.

Kalau tak suko bermasyarakat jumpa oghang ramai, tak usah berangan nak jadi wakil rakyat. Tak kiro kalau rajin ke masjid dan surau. Tak tahu campur. Baik tak payah.

Tongah-tongah oghang berkempen untuk pemimpin berjiwo rakyat, banyak bona rakyat berjiwo pemimpin di Bagan Pinang. Poning kepalo den.

Hai ... sana sinun. Di kodai kopi. Di Bayu Bay Resort. Di Command Centre. ... Tak kurang, di Kalabul Malami di Soghomban.

Semuo membincang dan menganalisa kempen di sini. Macam-macam strategi dan taktik kempen yang dikato tak kono. Macam-macam tak betul yang dibuek oghang.

Ado tu ado kebenaran. Banyak main sodap cakap ajo. Inilah bilo rakyat berjiwa pemimpin ...

Hoi! Dah tu ha ... Poi caghi kojo dan buek sesuatu la!

Khamis, Oktober 08, 2009

Anugerah Husin Lempoyang kepada Isa Samad


Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Husin Lempoyang telah sebulat suara bersetuju menganugerahkan Anugerah Husin Lempoyang kepada Tan Sri Samad sebagai calun Pilihanraya Kecil yang paling cekap melawak.

Berikut adalah lawak-lawak kempen Isa Samad seperti dilaporkan oleh Agendadaily:

Pengundi yang ‘ tak sihat’, saya doakan sembuh

Kalau pengundi Bagan Pinang tidak mengundinya tetapi undi PAS, bermakna orang itu tak sihatlah.

Hanya orang tak sihat yang tidak nampak apa yang kerajaan BN sudah buat sejak merdeka.

Orang tu juga tak sihat kalau dengar cakap PAS yang kata saya tak buat apa-apa dan banyak projek tak siap masa saya jadi Menteri Besar.

Hebat tuan puan dekat sini. TPM, MB dan Exco datang merayu undi, kalau tak undi saya juga, bermakna tuan puan ada yang tak sihat.

Kalau tak sihat, nanti saya doakan supaya sembuh.

Orang Arab tak dapat masuk syurga

Jin ini kita kena semah (buang atau cuci). Lepas pilihanraya jin-jin hilang entah ke mana, masa ada pilihanraya, mereka muncul cakap macam-macam.”

Orang PAS pun kokok berderai-derai tetapi ekor penuh tahi maka janganlah nak tuduh orang BN atau UMNO semuanya jahat dan buruk.

PAS juga hendak buat kerja Tuhan apabila hendak menentukan syurga dan neraka.

Kasihan orang Arab tak dapat masuk syurga kerana mereka tak masuk PAS.

Main bola sepak gol sendiri

Kerajaan bukan milik orang politik tetapi penjawat awam yang melaksanakan dasar ditentukan pemimpin politik.

Sebab itu, jika kakitangan awam terlalu mengkritik kerajaan, bermakna mereka kritik diri sendiri.

“Kalau tak sokong kerajaan, macam main bola sepak masuk gol sendirilah.”

Ganti menoreh getah

Bagan Pinang sini ada banyak pokok getah tapi ditanam di dalam estet dan bukan kampung. Jadi yang masih berkampung adalah nelayan.

Kali ini, tak payahlah menoreh. Tempat naik bot pun boleh nampak hotel dan resort.

Rabu, Oktober 07, 2009

Tersirat disebalik manifesto


Disebalik huruf-huruf Manifesto adalah tersirat seperti dalam warna kelabu berikut:

UNDILAH PAS
"Bersama Kehendak Rakyat" ... yang suka dengar ceramah

Calun Pilihan Pakatan Rakyat ... yang suka berceramah
Zulkefly Mohamad Omar


"Bersama Kehendak Rakyat" ... untuk sentiasa dengar ceramah

1. Sentiasa siap sedia memberi khidmat terbaik bersama rakyat .... untuk datang ceramah.
2. Sentiasa peka dengan kehendak dan aspirasi rakyat ... seperti yang diberitahu penceramah.
3. Sentiasa memahami permasaalahan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama ... khususnya yang datang dengar cermah.
4. Sentiasa berusaha memelihara dan meningkatkan keharmonian serta perpaduan dikalangan rakyat ... supaya sedap didengar dalam ceramah.
5. Sentiasa berusaha menjaga kebajikan, keadilan dan kesejahteraan rakyat ... supaya mereka menderma di ceramah.

LAKUKAN PERUBAHAN HAK ANDA ...
lepas tu, tak buat apa-apa melainkan mengadakan ceramah.

Mat Sabu pun maksum ...


Dengar Isa Samad pasal orang maksum dari 5:25:

"... Disebabkan dia (Anwar) banyak bercakap dia jadi orang maksum. Dia maksum. Nik Aziz maksum. Haji Hadi maksum. Mat Sabu pun maksum. ..."
Dari 2:57 Isa memberi petua-petua untuk pilihanraya kecil Bagan Pinang ...

Pilihanraya pun begitu juga. Benda yang tak betul, orang boleh percaya sebab presentation yang bagus. Meyakinkan orang.Orang percaya. Menipu pun orang percaya.

Bukan mudah nak buat kerja ini (kasi) orang percaya. Ha ... inilah. Inilah pembangkang-pembangkang punya kemahiran dalam bab ini. Dia percaya menipu itu ... Menipu. Berkata tidak benar. Memesungkan fakta. DIa yakin itu membawa kejayaan pada mereka. Itu sebab mereka buat.

Tanggungjawab kita sebagai kerajaan adalah untuk membetulkan ini. Supaya apa yang didakwa tidak betul. Menjadi tabii kita rakyat. Dia suka benda yang ini. Mengata kerajaan itu syok. Mengatakan pemimpin ini seronok. Memuji pemimpin kerajaan ini dia tak seronok sangat. Dalam masa itu kita pilihanraya, inilah kerja kita.
Jadi usah relaks dan kerja seolah-olah belum pasti menang.

Selasa, Oktober 06, 2009

Pakai kupiah, ikut berarak, dan menangis


Ada orang mintak komen ana berkenaan gambar kawan kita Sepitman. Gelaran itu sesuai untuk kawan kita ni yang pakai sepit untuk tampal gambar Teoh Beng Hock ke dadanya. Tangan yang diangkat pun dibuat macam sepit.

Hehehe ... dek dek.

Kalau nak ikut perarakan Cina mati, pakailah selubung kepala. Kopiah putih pun boleh sebagai pengganti.


Lepas itu, ikut sama berarak dan menangis kuat-kuat. Setengah tempat, dibayar suruh menangis.

PAS yang kini telah diserba boleh oleh Khalid Samad, Nizar dan Nik Aziz pasti benarkan amalan ini.

Undi! Undi! Apa saja asal dapat undi.

Isnin, Oktober 05, 2009

Jangan nak tuduh projek mi segera


Ha ... bondo baik untuk rakyat macam ni mosti ado yang buek cerita rasuah pengundi atau projek mi segero.

Kalau betul bersama kehendak rakyat, mesti sokong kesediaan kerajaan untuk utamakan rakyat. Tak yah lah nak dipolitikkan dan jadikan isu.

Ni cumo harga tolo.

Ahad, Oktober 04, 2009

Bakal Perdana Menteri Malaysia


Kalau dibuatnya PAS memerintah Malaysia, inilah Perdana Menteri Malaysia. Hebat bergaya dan meyakinkan ...

Hadi yang asyikkan bulan


Dalam ceramah malam tadi di Bagan Pinang, Haji Hadi kata, bila isteri sedang mengandung, kita tanya berapa bulan. Orang tak tanya isteri selalu berapa kilo. Jadi mengikut logik Haji Hadi, inilah asas untuk undi bulan.

Memang sah Haji Hadi jenis orang tak pergi pasar.

Bila nak beli sayur dan ikan di pasar, mana kita tanya sayur dan ikan berapa bulan. Di pasar, peniaga ikan dan sayur jual segar-segar belaka. Marahlah mereka. Ada ke tanya ikan dan sayur berapa bulan???

Macam mana nak perintah negara, benda macam ni pun tak faham. Itu pun masa isteri-isteri Haji Hadi (ada tiga dengarnya) bersalin anak pun, ditanya juga berapa kilo. Akhirnya tanya juga pasal berat baby.

Jangan lupa ye, bila nak timbang ikan, sayur dan baby, kena pakai dacing atau alat ukur berat.

Guna dacing supaya tidak ada kena tipu dan beratnya tidak bertukar-tukar. Semua perkara diambilkira. Itulah kena selalu tanya berapa berat.

Psttt ... tanya skit.

Kalau PAS menang Bagan Pinang dan perintah Negeri Sembilan, beer dan arak boleh jual tak di Hotel-Hotel dan tempat peranginan di Port Dickson. Ana harap PAS nyatakan terang-terang tanpa syak ddan waham.

Jelaskan pendirian kepada semua rakyat tanpa mengira suku kaum bahawa arak dan beer tak boleh jual pada orang Islam. Hehehe ... Take Beer!

Sabtu, Oktober 03, 2009

Jahat betul penyokong PAS di Bagan Pinang


Penamaan calun di Bagan Pinang berjalan lancar seperti yang sepatutnya tetapi sikit tercemar dengan insiden ahli Majlis Tertinggi UMNO, Azeez Rahim ditumbuk penyokong PAS.

Apalah ni. Politik sampai bertumbuk-tumbuk. Gentleman sikitlah.

Cuma susah nak nampak kesan bengkak kau, Azeez. Kau tu pun nampak macam bengkak satu badan.

Jumaat, Oktober 02, 2009

Menjawab Gerakan Mansuhkan ISA


Den donga-donga kumpulan Gerakan Mensuhkan ISA telah guno pilihanrayo kecil di Bagan Pinang sebagai peluang untuk terus menuntut ISA di mansuhkan.

Beberapa hari yang lopeh, terpakso calun BN untuk Bagan Pinang menangkih serangan dan fitnah yang berniat jahat terhadap kerajaan.

Dalam satu ceramah, Tan Sri Isa Samad berucap, "ISA ni jangan dibubarkan. Pinda tak apo. Kita perlu ISA untuk membawa keamanan dan ketenteraman. Dengan itu, baru kemakmuran untuk semua kaum boleh dicapai. ISA sangat diperlukan."

Dio cakap pasal ISA atau dirinya?

Khamis, Oktober 01, 2009