Siapa yang masih ingat bolasepak Malaysia zaman kegemilangan dengan striker seperti Syed Ahmad, Shahruddin Abdullah, dan kemudian Mokhtar Dahari?Masa itu, Malaysia kira setanding dengan Korea Selatan. Semasa Malaysia pergi ke Olimpik pada tahun awal 70an, kita bolehkah kalahkan Amerika Syarikat 3-0. Jepun pun selalu kita titing. Ada qualifying round World Cup kita boleh kalahkan Saudi 3-0 di Riyadh. England B draw 1-1 dengan kita.
Tidak tahu apa sudah jadi sampai jauh sekali ketinggalan bolasepak Malaysia? Salah pemain atau pengurusan atau keadaan?
Ana masih ingat setiap kali kita lawan Korea Selatan. Masa itu kita selalu kalahkan mereka.
Cuma masa itu jangan sekali-kali kasi mereka leading. Mulalah mereka pelecehkan permainan dan main bertahan. Dalam diam-diam, mereka buat counter attack. Itu yang selalu juga mereka menang 2-0 dengan kita.
Cara mereka melecehkan permainan adalah untuk melambat-lambatkan permainan. Bila mereka pegang bola, kita sentuh sedikit saja mereka akan berlakun jatuh dan konon tercedera.
Sekarang adalah satu kesalahan untuk play acting. Masa itu pasukan bolasepak Korea Selatan paling suka play acting. Orang Malaysia akan ajuk mereka dan sesiapa yang play acting sebagai main Korea.
Besok DUN Perak bersidang. Belum sidang sudah ada macam-macam main Korea. Nizar kata ada samseng dibayar untuk pukul mereka. Dia pun main Korea konon tidak mahu datang.
Entah dia datang atau tidak besok. Kalau berlaku macam sidang DUN 7 Mei lepas, pasti masing-masing akan main Korea. Dua-dua pihak mahu kelihatan mangsa di mata rakyat.
Masaalahnya Nizar dan geng sudah banyak sangat play acting dan drama. Rakyat pun sudah meluat.
Teruskanlah dengan kehidupan dan tunaikan tanggungjawab yang ada. Pilihanraya hadapan kita ke ketemu lagi.














