Khamis, Februari 17, 2011

Tiga raja bola sepak Malaysia hari ini

Malam 30hb Disember tahun lepas memang satu malam yang manis buat bola sepak Malayisa.

Gol Safee Sali pada minit ke 53 meletakkan Malaysia mendahului 1-0 perlawanan kedua menentang Indonesia. Pada perlawanan pertama kita sudah menang 3-0.

Walaupun Indinesia berjaya menyerikan 1-1 pada minit 87, piala perlawanan serantau pertama dimenangi Malaysia sejak sukan SEA 1989 di Kuala Lumpur dah dalam tangan.

Masa tengah-tengah "happy", Husin tanya budak-budak yang tengok game di kedai mamak, "OK brader semua, siapa raja bola sepak Malaysia hari ini?"

"Mestilah Safee Sali, bang!!!"

Sekali ramai budak-budak menjawab Husin.

"Ada tiga orang. Bola sepak sekarang. Bukan zaman Mokhtar Dahari, Santokh, Arumugam semua tak main ..."

Macam-macam nama mereka cuba.

"Semua tidak, Safee pun tidak," Husin jawab.

"Mestilah Safee, bang. Dia sekarang prolific scorer kita."

Ada satu mamat pakai cap merah tak setuju.

"Ok abang beritahu. Tiga raja bola sepak Malaysia sekarang adalah Sultan Pahang, Tengku Mahkota Pahang dan ....

"Dan siapa bang?"

Budak baju kuning tak sabar nak tahu.

"... Rajagopal."

Ha ha ha ha .... semua ketawa.

"Abang Husin ..."

Budak pakai cap merah tu datang untuk set jari dengan Husin sambil berkata, "... Rajagopal saya setuju. Baik punya coach, Bang.

"Walaupun dia kaum India ... kita mesti akui dan sanjungi kehebatan dia. Orang Malaysia, 1Malaysia bro."

6 ulasan:

mat saga berkata...

terer sangat ke Safee Sali tuu... kalau nak dibandingkan dengan Anuar Berahim tertinggal lapan tiang beb.... Safe nak score gol punyal lah susah... tapi brader Nuar pantang nampak peluang mesti bole score punya.. gol depan , gol belakang , gol kiri , gol kanan , tak ada masalah bagi anuar berahim .....

Tanpa Nama berkata...

manager safee sali, namanya zakaria adalah pkr totok tahap babi jenis gaduh masa konvensyen pkr baru2 ni.

Tanpa Nama berkata...

sorry nak tegur sikit...selain tiger cup..last msia menang ialah menang emas bolasepak sukan sea tahun 2009...bukan tahun 1989..tu cerita lama lah..pse give correct info..thanks

Tanpa Nama berkata...

hussein

ayuh kita mulakan kempen banner "jom berubah, selamatkan malaysia DARI ANWAR IBRAHIM"

Teh Tarik Drinker berkata...

harap2 support malaysian untuk team bola kita berterusan cam skarang. Jgn tinggalkan team bila sampai "zaman gelap bolasepak malaysia" lagi...

just found your blog bro, putting it in my google reader! :D

tehtarikmemoirs.com

pengembala berkata...

salam usin..

pemain wing malaysia skang si kunalan tu pun boley tahan jugak,banyak membantu dia tu

skarang ni zaman 1 malaysia,mmg semua kaum patut di letakkan setara tanpa prejudis tanpa mengabaikan hak masing2

fuck racism!