Selasa, Ogos 16, 2011

Buat keputusan


Sambil merenung jauh ke ufuk langit, pelbagai hal bermain-main di dalam fikiran Rizal. Dia terfikir sejenak penglibatannya dalam perjuangan ini. Dimanakah ianya akan berakhir?

Tiba-tiba Rizal dikejutkan dari lamunan oleh Razak disebelahnya.

"Hoi, apa yang kau dok fikirkan tu? Badan kau di sini, tapi fikiran kau jauh sekali," tegur si Razak.

"Kalau Tun masih lagi PM, tak jadilah negara macam gini. Ada masaalah, dia akan selesai. Sebelum jadi masaalah, dia dah selesaikan. Nampak nak jadi masaalah, siang-siang dia akan buat keputusan," terangkan Rizal.

"Oh situ yang kau fikirkan. Hai ... Rizal. Dah umur 80an, takkan pada dia juga kau nak harap. Kesian dia ..." ujar Razak.

"Kau tahu ... Tun hebat. Betul atau salah, Tun berani buat keputusan. Kalau tersalah keputusan, dia boleh pusing dan repair balik. Janji keputusan mesti dibuat," Rizal sambung.

"Kita ... rakyat senang hati. Dapat mengharap dan berpaut padanya. Dia bagaikan tongkat bagi kita yang perlu dibantu jalan."

"Betullah kau cakap, Rizal. Tapi Tun pun tersilap pilih Pak Lah dan dia dah gantikan dengan Najib. Dulu kau selalu kutuk keputusan Pak Lah. Sekarang tak senang pulak dengan Najib?" Razak persoalkan.

"Entahlah .... Dulu masa nak jatuhkan Pak Lah, macam-macam orang cakap pasal Najib. Tapi kita fikir asal sesiapa saja lain dari Pak Lah, mesti lagi okay. Najib pun lebih smart, lebih jelas berbicara dan artikulasi, ..."

Razak mencelah, "Habis tu .... apa pulak masaalah Najib?"

"Orang sekarang cakap Najib dah mula flip flop macam Pak Lah. Orang kata dia dah lagi teruk dari Pak Lah."

"Isyyyy ... merepeklah kau!"

"Najib ni asyik tak mahu buat keputusan. Tunggu last minit saje. Ada isu, dia pergi luar negara. Takut tak popular.

"Sepupunya asyik kasi amaran tapi takut juga ambil tindakan."

Rizal menyambung, "Lagi baik Pak Lah. Kurang-kurang dia buat keputusan. Cuma keputusan dia saja salah!"

Razak garuk kepala. Bingung ...

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Najob dok pikiaq macamana nak tolong adik beradik dia... sebab tu lambat buat keputusan kot.
Sepupu dia... lama-lama mabuk dengan amaran...kahkahkah

kesian Malaysia!

Tanpa Nama berkata...

adalah kau orang ni tak dapat duit atau projek kan dah mula marah Najib pulak. So low class la kau orang ni semua. Aku tengok di bawah Najib ni Malaysia dah mula nampak menuju ke arah kemajuan balik. Ada nak banding Najib dengan Pak Lah...ohh blogger UMNO...marah sebab Khazanah tak ambil iklan ke?

Tanpa Nama berkata...

Najib adalah seorang Pemimpin yang PENAKUT MEMBUAT KEPUTUSAN.

Najib adalah seorang Pemimpin yang PENAKUT HILANG POPULARITI

Najib adalah seorang Pemimpin yang TERLALU HENDAK MENGAMBIL HATI CINA DAN INDIA SEHINGGA melukakan HATI ORANG MELAYU

NAJIB TIDAK TEGAS DAN SEORANG PEMIMPIN LEMBIK

Tanpa Nama berkata...

Sin, aku setujulah pendapat kau tu sebab dia terpaksa buat diskusi dulu dgn RM....betul tak ?

Anak Felda

choc-apple berkata...

salam en.usin..saya slu mai sini..
kali mmg mcm lubuk ati aku kecuali
dollah lg baik....samer teruk yer...ntah ler....masa tun mmg kita xrasa letih mcm la nih...
windu sesgt kat pemerintahan tun...
waawaaaaa......

Quantum Metal Consultant berkata...

Sayang sekali Mukhriz tidak terikut dengan gaya kepimpinan Tun, malah KJ nampak lebih kedepan dan berani walaupun corak pemikirannya tidak selari dengan perjuangan Melayu.

Tun dalam blognya pun dah awal2 menafikan ada memberi sokongan kepada mana2 gerakan untuk mengundurkan Najib.

Ku Li samalah macam PAS - tak boleh diharapkan.

Suka atau tidak - kita kena desak Rosmah ambilalih. Najib tentu tak mampu melawan.

Tanpa Nama berkata...

letih....sampai ngantuk nengok pemimpin melayu...baik kerajaan baik pembangkang...letih...

Tanpa Nama berkata...

Tuan Husin,

Agaknya ... anak PM tidak semestinya baik seperti bapanya ... boleh kita write-off beberapa YB yg ade skg ?

Agaknya ... anak PM tidak semestinya baik seperti bapanya ... habis tu sapa boleh ganti ?

Zaman ... Pak Lah ... TSMY lebih lantang dari DSNTR ... tapi DSNTR jadi PM ... adakah TSMY patut ganti PM ASAP ?

tokey cd berkata...

x paham!

Cucu berkata...

Im Okey with Najib but I dont like his wife.Terlalu nak menonjol ngalahkan PM.It is best that Rosmah keep a low profile just like Tun Hasmah.

Tanpa Nama berkata...

Sin, aku nengok ... kalau cam ni lah Najib ...asyik2 tunggu lat minit baru buat keputusan, baru nak komen ... Ketua2 bhgian yg ada pun akan dapat signal ok kalau nak popular, jaga post masing2 sampai last minit ... jaga & sokong semua yg ada kat keliling pinggang ...asalkan popular, pegi lantaklah program bhgian...last2 ahli bhgian jugak lah yg tak mengundi atau pangkah pembangkang ...

Tanpa Nama berkata...

Depa kata.... sapa yang takut BINI?

Tanpa Nama berkata...

harapkan hisham nak jadi pm mampus melayu, sikit-sikit keris, harapkan anuar sikit-sikit anu, minta-minta rosmah lah yang cun jadi pm dan najib jadi suami pm, bolehkah sin.

YB (Yang Biol) Nurut Izzam berkata...

Woi Pakcik Usin,

Ni..aku nak bagi tau kat Tanpa Nama 6.10PM..terok-terok papaku..dia anak jantan tau..pasai tu dia ada anu..bukan macam bos-bos korang..takdak anu (anu dalam botol)..pengecut..bacul..takut bini. Ada keris pun keris kayu. Meh sini aku story sikit..yang menjadikan Malaysia ni huru hara adalah TUN MADEY..diulangi..TUN MADEY. Yang korang kagum sangat dengan dia tu pasai korang dah dibutakan mata dengan material. Material yang korang dapat ciput jer..tapi yang dia dan kroni-kroni dapat..7 keturunan makan tak abeh. Skarang ni Tun Madey pening..nak mati pun tak leh..kalo mati..anak pinak dia dan kroni-kroni dia akan jadi macam anak-pinak dan kroni-kroni diktator dunia yang lain..mamfus!

Tanpa Nama berkata...

YB,
klu x de Tun M,kita x de kete proton,jambatan pulau pinang,lebuhraya utara selatan,klcc,putrajaya......

besar jasa tun pada bangsa dan negara.

Jasa papa ko hanya kepada anu dia jer...ehehehe

Unknown berkata...

mengkritik tak bererti menentang menyetujui tak semestinya menyokong menegur tidak bermakna membenci dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik...


http://samakita.blogspot.com/

Sebagai penulis blog baru,sudah tentu saya memerlukan sokongan anda semua,oleh itu saya memohon jasa baik rakan semua meletakkan url blog saya pada blog tuan/puan
Jasa baik anda amat diharapkan