Ahad, Julai 08, 2012

Perkhidmatan LCC

Menurut penggunaan biasa, LCC dimaksudkan ramai sebagai Low Cost Carrier atau Kapalterbang Kos Rendah.

Entahlah ... betulkah itu naik kapalterbang.


Kalau naik kapalterbang perlu bersesak di lapangan terbang, itu dah macam bersesak di Puduraya lama dulu sewaktu musim perayaan untuk naik bas ekspres.

Kalau naik kapalterbang perlu beratur panjang, itu dah macam pekerja estet dulu-dulu beratur ambil gaji diakhir hari kerja. Dapat gaji, mereka pergi mabuk dengan toddy.

Kalau naik kapalterbang kena angkat beg sendiri, itu bukan naik kapalterbang tapi naik kapal layar dulu-dulu yang bawa buruh India dari pelabuhan Madras, Beg dan kotak angkat sendiri.

Kalau naik kapalterbang perlu pakai payung untuk pergi ke tangga untuk memasuki pesawat ketika hujan, itu dah macam orang kebiasaan dulu-dulu menunggu bas dalam hujan bawah payung kerana tiada bus stand terbina.

 Kalau naik kapalterbang perlu lihat tuan punya pesawat berkelahi dengan pengurusan lapangan terbang, dah macam dulu selalu pemandu teksi berkelahi dengan JPJ yang menjalankan peraturan.

Kalau naik kapalterbang asyik ditipu dengan pelbagai bayaran  surcharge hingga tambang murah menjadi mahal seperti baisa atau lebih, dah rasa macamdulu-dulu orang pinjam duit dengan Chettiar yang tak habis-habis bunga perlu dibayar dan ada saja bayaran tambahan dipinta. 

Rasanya, kalau naik kapalterbang, tiada perbezaan dengan kehidupan harian dahulu kala, bukan naik kapalterbang namanya.




Ada orang panggil Low Class Operator tapi apa yang Husin faham, LCC yang itu nampaknya macam Low Caste Carrier. 

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aduh bisa sekali sindiran mu Husin.

Selamat kembali berkarya

Tanpa Nama berkata...

Bogus hussin kau masih terus berbisa

Tanpa Nama berkata...

now everyone can CRY...aku selalu ulang alik dari KK-KL..maklumlah keja di Sabah family di Semenanjung..apa yg Husin kata tu memang betul..seksa naik kapalterbang sama mcm naik bas..LRT..monorail..tapi apa bole buat MAS terlampau mahal..

Tanpa Nama berkata...

campur surcharge dan kesusahan sama saja mahal airasia dan mas

Tanpa Nama berkata...

malayu,china,india,iban, kadasandusun semua sama saja dicipta daripada beruk-beruk makye

Tanpa Nama berkata...

hmm
naik kapal terbang pun nak kena tunjuk kelas?
memang baby boomers la

GEN Y

Tanpa Nama berkata...

Hehehe tony f lagi rendah dari pariah kikiki

Tanpa Nama berkata...

sori lbt naik kapalterbang..
tp hj..depa buat duit..rakyat ada plhan nk ikut tony f or MAS..
yg sedihnya MAS rugi sejuta sehari pakai duit sy(melayu pembayar cukai)..

Tanpa Nama berkata...

Kalau TF lebih rendah dari pariah, macam mana dengan orang orang yang buat kerje kerje kotor dia? maka mereka jauh lebih rendah dari TF dan di bawah pyramid lah! Tau kah siap dia orang ni? cuba fikir dengan baik ya?