Jumaat, Oktober 25, 2013

Kisah Harimau beriman


Alkisah seorang lelaki Islam ponteng solat Jumaat untuk masuk hutan memburu ayam hutan.

Sedang dia mengendap-hendap di dalam semak, tiba-tiba dia terlanggar seekor harimau yang sedang lena tidur.

Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke dalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan KRAKKKK! ... kedua-dua kakinya patah.

Harimau tadi bangun, mengaum dan berjalan perlahan-lahan kearahnya yang sudah tidak boleh bergerak lagi. Lelaki tersebut tidak buat apa lalu berdoa.

"Ya Allah! Ampunilah dosaku kerana ponteng solat Jumaat pada hari Jumaat yang mulia ini ..

"Ampunilah aku ya Allah! Aku mohon kau makbulkan hajat ku yang satu ini saja .... jadikanlah harimau yang memburu aku, seekor harimau yang beriman. Tolong ya Allah! Aminnn.."

Tiba-tiba guruh berdentum.

Harimau tersebut tiba-tiba terhenti betul-betul di hadapan lelaki itu. Ia berhenti mengaum dan menjadi bagai kuching. Harimau  itu bertukar menjadi seekor harimau yang beriman dan bersopan santun.

Ia menadah kedua-dua kaki depannya ke langit dan berdoa, "Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azzabbannar. Amin!"

Wow! Jangan tinggalkan sembahyang

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Amiiiiinnnnn. Terbaik lah tuan haji.

jebat berkata...


Sejamkemudian. Hariau itu sedawa kekenyangan !!

Alhamdulillah. katanya sambil menadah kedua dua kaki hadaoan nya ke atas.

Tanpa Nama berkata...

Untok agama syiah ke tuan husin...hehehe