Esok bermulalah persidengan UMNO peringkat bahagian-bahagian yang juga memilih pemimpin baru bahagian-bahagian serta pimpinan tertinggi parti.
Majllis bermula dengan lagu Negaraku. Kemudian lagu keramat UMNO.
Dijemput mana-mana Al- Fadhil untuk memimpin doa. Pastinya ayat-ayat memohon kepada Allah s.w.t. termasuk...
Ya Allah ya Tuhan Kami...Semuanya akan mengaminkan sekuat mungkin. Akan diteruskan ayat2....
... Kau berikanlahkami kekuatan utk meneruskan pejuangan demi Agama Mu.
... Kau berikanlah kami kekuatan bagi membela nasib umat Mu.
... Kau berikanlah kekuatan bagi kami mempertahankan kadaulatan negara tercinta kami ini Ya Allah....
Ya Allah Ya Tuhan Kami...Sebaik saja habis, mesyuarat akan di mulakan oleh Pengerusi Tetap.
... Kau kuatkanlah iman kami agar kami tidak terpesong dari pejuangan asal kami...
Ya Allah Ya Tuhan Kami...
... kau berilah petunjuk kpd kami jalan yg benar agar kami tersesat dari ajaran Mu..
Ya Allah Ya Tuhan Kami..
... kau kuatkanlah perpaduan dlm Parti kami....
Ya Allah Ya Tuhan kami...
... kau berikanlah kami Tawfik dan Hidayah..Kau bersihkan hati kami agr kami tidak punyai hasad dengki sesama kami....
Ya Allah Ya Tuhan kami...
... kau lemahkanlah musuh2 kami....
Ya Allah Ya Tuhan kami...
..... kau berilah kami barisan kepimpinan yg mulia dan bijak sana agar dpt memajukan negara ini...
Bla...bla..bla...bla.......
Kepala semua perwakilan sudah menumpukan senarai cai yang telah diberi oleh ketua masing-masing. Senarai cai yang memasukkan. Dalam kepala teringatkan separuh lagi yang bakal diterima jika calun-calunnya menang nanti. Dalam hati tidak sabar. Bukan sikit jumlahnya .......
Wow! Lepas doa lupa segera
Hilang dan lupa semua bait-bait doa yang diaminkan begitu kuat sekali. Berbohong kepada Yang Maha Esa. Kita cuba tipu Yang Maha Mengetahui.
Kita minta dari Yang Maha Berkuasa agar parti terus kuat dapat membela Agama Bangsa dan Negara kononnya tetapi kita buat apa yang dilarangNya.
Bersedialah hilang segalanya. Berjimatlah dengan duit hasil jual beli sebagai bekalan selepas PRU14. Selepas itu kita jadilah pengemis di tanahair sendiri..
7 ulasan:
Sdra. Husin,
Memang benar dan amat sedih lah dengan "perwakilan" Melayu sekarang.. bagi "gula2" sikit dah lupa perjuangan... ini lah agak nya keturunan Melayu di zaman kerajaan Melayu Melaka yang sanggup lacurkan diri untuk Portugis... DNA lacur nasib bangsa tu dah bertapak di diri orang Melayu... apa dikenang?
Ya Allah berikanlah kemenangan kepada pemimpin pemimpin kami yang benar-benar jujur dan ikhlas membela rakyat tewaskanlah mereka yang munafiq dan khianat kepada rakyat. Hanya Engaulah saja yang mengetahui isi hati mereka. AMIN.
Amin.ya rabbal alamin
Usin... Dah jadi darah daging orang umno... 50 ringgit pun jadi ... Nyamuk dgn rimau pun dah tak mau dekat org umno.. quality atas sikit je dari bangkai.
Aku baru balik sin,
mesyuarat tak habis lagi, lepas tanda nombor, aku blah..kerja sin..kerja.
ada yg bagi duit sin, tapi aku tak undi yang bagi duit.. masa pemilihan pemuda lagi aku kata dah, yg banyak timbun duit, tu maknanya gilakan kuasa.
aku ambik no ganjil sin hari ni..
01, 03, 05.
nak buat anak tangga rumah pun tak boleh guna no genap, orang tua larang.
ada sms sampai pagi tadi, tak tau sapa hantar, no phone 5 digit (yg berbayar tu kot?)..dia kata, "bagi duit ambil, bagi kain pakai, tapi undilah yang terbaik utk parti". tak letak no calon kat belakang.
Harap2 ia cuma igauan husin je.
Salam,
Pemilihan pimpinan MT UMNO susah nak diramalkan samada puak kanan atau puak kiri yang akan menang kerana dalam pusingan pemilihan ini makin ramai perwakilan yang sapu kanan dan sapu kiri, janji kocek penuh dengan hadiah dan sedekah dari agen-agen kempen (bukan rasuah ye!!!).
Catat Ulasan