Selasa, Februari 21, 2017

Begini rupa bila Mahathir, Zaid Ibrahim berjaya ambilalih kerajaan


Mahathir sindir Zaid agar duduklah lama-lama sedikit dalam satu parti. Kit Siang kata tiada primadona dalam DAP. Hanya Lim Guan Eng saja layak kata, "Ini parti bapak aku!"

Membaca sindiran Tun Dr Mahathir dan Lim Kit Siang terhadap Dato Zaid Ibrahim ketika majlis pengumuman masuk DAP, susah nak percaya mereka boleh capai sesuatu bersama. 

Tidak sampai berapa hari, Zaid menyatakan pandangan peribadi supaya Mahathir dijadikan Ketua Pembangkang. Terus diserang oleh Gobind Singh dan lain-lain pemimpin.

Sudah kacau progam orang.

Gobind ada lojik juga. Ketua Pembangkang hanya dalam Parlimen. Walaupun blur, Datin Seri Dr Wan Azizah sudah direstui DAP untuk jadi Ketua Pembangkang.

Mungkin Zaid maksudkan Mahathir memimpin Pembangkang.

Jika itu juga tidak dipersetujui Gobind, betullah seperti dikatakan Dato Najib bahawa Kit Siang adalah de facto Ketua Pembangkang dan dirancang sebagai de facto Perdana Menteri. Mahathir hanya diperguna Kit Siang untuk mencapai cita-cita mereka untuk dapatkan undi Melayu. Tanpa undi Melayu, Kit Siang tidak boleh terajui kerajaan.

Itulah Zaid dengan mulutnya yang tidak ada insurans. Bak kata, bekas Timbalan Pengerusi DAP, Tunku Aziz, Zaid tidak lama berada dalam DAP. Tunggu dia tahu bertapa rasuah DAP. Maka tiada yang dapat dicapai kelak.

Jika bersungguh-sungguh Zaid mahukan Mahathir memimpin Pembangkang hingga akhirnya berjaya menjatuhkan kerajaan BN pimpinan UMNO dan digantikan dengan kerajaan baru, kita hanya boleh bayangkan di state of Kerala, India.

Betul, ini bukan lawak-lawak. Betul-betul boleh dibayangkan rupa bila menang ...


Baca kemenangan Communist Party of India di state of Kerala India di Hindustan Times SINI.

Nampak bayangan rupanya sedemikian. Pastinya Menteri Penerangan letak Zam. Pasti ada pembaruan dengan penerangan kerajaan guna Twitter macam Donald Trump dan penuh dengan maki hamun, carut mencarut, sumpah seranah, dan kesiannya "erection every five years".


Zaid pernah membuat ramalan akan berlaku Tsunami Melayu pada PRU 14. Pasti ditugaskan DAP untuk menangi kerusi kawasan Melayu. Mana DAP nak kasi kerusi majoriti Cina, terutama kerusi yang mereka susah payah nak menang!

Kawasan yang Zaid mahu pasti kawasan yang PKR mahu. Jika DAP letak Zaid tanding di Kelantan, pasti bungkus. Mengikut congak RPK terbaru di SINI, susah Pribumi dan PAN untuk pecahkan undi UMNO dan PAS untuk berikan DAP terajui kerajaan pusat.

Nampaknya bayangan kemenangan Zaid bersama Mahathir hanya boleh berlaku jika kedua-dua balik ke negara asal mereka. Takpalah Zaid ... jika impian tidak tercapai, Zaid sudah capai sesuatu yang amat bernilai.

Wow! Bukan senang nak buat Ibrahim Ali luahkan "kekecewaan"




1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mamak kerala di Kuala Lumpur sama rupa paras dengan mamak kerala ori India..

kah..kah..kah..kah!