Khamis, Julai 26, 2018

Pantun Manifesto Tomato


Buah tomato dibawa berlayar,
Masak sebiji diatas peti,
Tol tak hapus masih kena bayar,
Bagaikan menunggu anak pengantin LGBT.

Buah tomato kacang bendi,
Jadi perencah untuk memasak kari,
Harga barang tak turun 0% GST,
Inikan pula 10% sst.

Buah tomato turun harga,
Begitu juga harga durian,
Manifesto hanya masa pilihanraya,
Bukan Bible bila jadi kerajaan.

Pergi ke kedai membeli tomato,
Naik motor ke pekan banting,
Sebelum PRU wall penuh Manifesto,
Lepas PRU upah admin delete posting.

Cili, tomato dan bunga kantan,
Buat perasa didalam masakan,
Pendidikan percuma manifesto pakatan,
UEC pula yang didahulukan.

Spaghetti bologna sedap dimakan,
Dimasak dengan tomato puri,
Bila wartawan tanya soalan,
“Tak Tahu”, jawapan para Menteri 😂

Credit: Huzry Fionnawatty Hussien

Wow! Jual orang dengan janji, Mungkir janji jual diri

5 ulasan:

clash king1 berkata...

0 gst xturun harga.
Yeke sin?


Tapi yg paling best part last sekali.
"Mungkir janji jual diri"
Ade tgk2 diri sendiri dalam cermin x?

Betulkah rakyat mengundi PH kerana manifesto PH atau meluat dgn BN (baca Najib dan konco2)?
Betulkan BN kalah kerana fitnah bukan skandal menyelubungi ketua?

Semasa dalam kerajaan mengawal media massa, institusi kerajaan dan penguatkuasa pun najib gagal bersihkan nama apatah lagi bila dikerusi pembangkang.

Bukti barang kemas dan duit tunai terbentang dikhalayak ramau pun masih nk membutakan mata memekakan telinga?

Sin sebelum tdo pikir smp tertdo,
Umno ni berjuang utk apa?

Tanpa Nama berkata...

Terbaik dan menghiburkan AHL,susah juga nak mengarang pantun tomato ni.

Tanpa Nama berkata...

Buah tomato dibawa belayar,
Masak sebiji diatas troli,
Ikat jamin najib ahli bayar,
Anak sendiri sakan berjoli.

Buah cempedak buah tomato,
Sayur sawi sayur kangkung,
Gst dan 1mdb xde dlm manifesto,
Tapi kenapa rakyat yg kena tanggung

Org bugis mendarat dimersing,
Lanun merompak dikatakanya pendekar,
Sana sini marah campur tangan asing,
Tapi hantar surat mntk tlg amerika.

Duku dukung sentul langsat,
Masam dan manis sgtlah nikmat,
Abes diugut melayu jadi bangsat,
Lepas kalah umno yg merempat.

Pergi ke kedai membeli congkak,
Naik motor ke bandar miri,
Sblm pru bukan main bongkak,
Lepas pru masih xsedar diri.

Tanpa Nama berkata...

Buah TomaTUN

Tanpa Nama berkata...

Berjuang utk kau melayu yg byk lupa diri. Ph pon ctrl media.. Ckp free speech kunon.. Bullshit laaa.. Ph berjuang utk apa dan siapa!? Dap komunis lebih mengontrol nak cucuk melayu uneducated..