Rabu, Julai 18, 2018

Senyap Senyap Tipu (SST)



SST101.

1. Aku bukak kilang.  Nama kilang aku KILANG AKU SDN BHD;

2. Aku bukak satu lagi company. Nama company aku tu KILANG AKU (DISTRIBUTION) SDN BHD;

3. Semua produk dari KILANG AKU SDN BHD hanya dijual kepada KILANG AKU (DISTRIBUTION) SDN BHD;

4. Kos pengeluaran setiap produk dari KILANG AKU SDN BHD adalah sebanyak RM10 seunit;

5. Sebab aku tak suka nak bagi gomen kutip banyak sangat SST, harga jualan dari KILANG AKU SDN BHD kepada KILANG AKU (DISTRIBUTION) SDN BHD adalah RM1 seunit.

6. Setiap unit produk yang KILANG AKU SDN BHD, gomen akan kutip SST sebanyak sekupang;

7. KILANG AKU (DISTRIBUTION) SDN BHD menjual kepada setiap peruncit dengan harga RM300 seunit;

8. Sebab aku tak suka bayor cukai banyak-banyak kepada LHDN, KILANG AKU (DISTRIBUTION) ada 2 buku rekod. 1 buku untuk tujuan audit & tax, 1 lagi untuk rekod transaksi sebenar;

9. Dalam buku rekod untuk audit & tax KILANG AKU (DISTRIBUTION) SDN BHD, harga belian adalah RM1 seunit, harga jualan aku letak ler RM1.50 seunit. Dapat ler untung kasor lima kupang seunit;

10. Dalam rekod sebenor KILANG AKU (DISTRIBUTION) SDN BHD, harga belian sebenor adalah RM1, harga jualan adalah RM300. Untung kasor sebenornya RM299 seunit.

11. Peruncit-peruncit yang beli dari KILANG AKU (DISTRIBUTION) SDN BHD, suka hati ler berapa deme nak jual. Katakan ler deme jual dengan harga RM350, maknanya setiap unit yang dijual, peruncit akan dapat untung RM50 seunit.

Kesimpulan

1. KILANG AKU SDN BHD, jual bawah kos mana nak ada untung. Tak ada untung, mana kena bayor income tax.

#Fakta01 - gomen kena tipu income tax

2. KILANG AKU SDN BHD, jual produk dengan harga RM1 walaupun harga pasaran RM350, gomen cuma dapat collect SST sebanyak sekupang jer. Kalau harga sebenor RM300, kome kira ler sendiri berapa gomen patut collect SST.

#Fakta02 - gomen kena tipu SST.

3. KILANG AKU (DISTRIBUTION) SDN BHD ada 2 buku rekod untuk tipu audit & tax, kome ingat peruncit aku tak buat benda yang sama ke?

#Fakta03 - KILANG AKU (DISTRIBUTION) SDN BHD & peruncit semua boleh tipu income tax. Padan muka gomen

4. Kome yang membeli dari peruncit, walaupun membayor RM350, nanti kome mintak ler resit tulis RM800 ker, RM1600 ker. Resit ni samada kome nak guna untuk tipu claim kat company kome, atau kome nak guna untuk tujuan tipu audit & tax, lantak kome ler

#Fakta04 - rakyat boleh tipu untuk tak bayor tax yang tinggi atau tipu company untuk buat claim yang bukan-bukan;

Cukup ler aku tulis 4 fakta.

Yang penting aku suka benor SST ni. Kalau zaman GST dulu, susah aku nak kencing gomen. Semua ada trail, semua ada rekod. Nak bagi rasuah kepada customer pun jenuh aku nak mikior saper yang patut tanggung kos GST.

Terima kasih gomen sebab hapuskan GST, senang sikit aku nak kencing gomen. Asyik gomen jer yang kencing, mana boleh tahan..

FB Satria Baja Hitam

Wow! Diam Tun yang sebut Gomen Suka Tipu (GST)

10 ulasan:

Unknown berkata...

AGENDA JAHAT ASTRO AWANI atau WARTAWAN STUDIO TAK BUAT HOMEWORK DENGAN BETUL...!!!!?????

Buat pembaca sila rujuk kepada video yang dikeluarkan oleh pihak Astro Awani bertarikh 17 Julai 2018 yang bertajuk GST vs SST: Mana lagi murah?
(Pautan: http://www.astroawani.com/video-malaysia/gst-vs-sst-mana-lagi-murah-235889)


Pihak Astro Awani dengan sengaja telah salah membuat pengiraan GST dengan memasukkan nilai cukai ke dalam nilai kos input pekedai tanpa menyatakan bahawa nilai cukai yang dikenakan tersebut akan di bayar balik oleh pihak Kastam. Maka dengan itu kos input pekedai adalah RM 2.00 sahaja dan bukannya RM2.12 seperti yang dipaparkan kepada umum. Dimana pihak pengilang juga akan mendapat kembali cukai output GST mereka sebanyak RM0.12 / barang.

Apabila kos pekedai di campur dengan untung, sepatutnya harga barangan adalah RM3.00, bila dikenakan GST, ia hanya bernilai RM0.18 dengan jumlah pengguna akhir perlu bayar sebanyak RM3.18 ( tak perlu dibundarkan kerana secara logiknya pengguna beli barangan dalam kuantiti yang banyak bersama barangan lain).

Maka dengan perbandingan yang dibuat sepatutnya harga barangan bercukai GST adalah LEBIH MURAH dari barangan bercukai SST.

Adakah pihak wartawan Astro Awani telah membuat 'kerja rumah' nya mengenai GST terlebih dahulu sebelum menyiarkan video untuk tontonan umum atau mereka sekadar membuat kerja secara semberono atas desakan pihak tertentu supaya menampakkan GST lebih mahal dari SST...???

Harap pihak Kastam dan yang berkenaan menegur Astro Awani dari memutar belit fakta mengenai GST dan menyuruh wartawan berkenaan mendapatkan fakta sahih dalam membuat pengiraan GST terlebih dahulu sebelum menayangkan video berkenaan....

Tanpa Nama berkata...

ye ke sin

banyak citer GST ni yang pelik-pelik.. ada yang kata boleh turunkan harga barang ada sebab cukai ni orang tak boleh tipu..

tapi yang sebenarnya kerajaan najib kleptkrasi yang banyak sangat buat hutang tu belum campur ngan yang membalun duit kerajaan..

kesudahan buat cerita yang indah indah pasal GST.. GST boleh turunkan harga barang padahal mana ada cukai dalam dunia yang membolehkan harga barang turun.. ikut celah mana harga barang akan naik

patut dari awal cakap kerajaan tak ada duit.. tengok.. PH umum kerajaan tak ada duit.. rakyat sampai buat tabung OOO... kah kah kah

kencing belaka

KAH KAH KAH

Tanpa Nama berkata...

uneducated voters for uneducated gomen...

Abdul Rahman berkata...

GST cukai yg jauh lebih berkesan dari SST.Hasil cukai lebih tinggi sebab peniaga susah tipu. PH tolak GST until raih undi PRU14. Konon GST punca harga barang naik. Tak betul! Majoriti barang keperluan rakyat termasuk makanan dikecualikan GST atau kadar sifar. GST terkesan kpd yg belanja lebih. PH menang dan terpaksa laksana janji yg mereka pun tahu menyusahkan rakyat dan hasil cukai tak sepadan. Apa boleh buat....Janji dikota!

Unknown berkata...

0 (GST) + 10% (SST)
baru boleh kawal harga

Jay berkata...

Astro awani dah mengalahkan TV3 suku yg merekaa cakap dulu. Penjilat tegar PH tu

Penulis Kegagalan Emas berkata...

Kalau anda perasan, menurut undang2 negara, jika hutang telahpun melebihi had siling 55%, maka tiada bon-bon baru boleh diterbitkan. Negara Amerika syarikat sendiri pun sehinggakan kerajaannya shutdown, kerana tiada peruntukan. Mengapa pula Malaysia masih mengeluarkan bon-bon di pasaran? Sepatutnya tidak bolehlah. Kan hutang sudah melebihi.

Malah Rafizi sendiri mengatakan sedemikian pada tahun 2011.

Sepatutnya laporan polis dibuat dan kenakan tokong tuh, pandai sangat dia pusing.
http://www.keadilandaily.com/had-hutang-negara-tidak-ikut-undang-undang-rafizi/

Minggu depan, kerajaan bercadang mengeluarkan RM4 bil bon baru.

Tanpa Nama berkata...

Agak2 kaum mana yg kuat menipu tu? Sebab itu mereka benci sangat kepada GST, dengan SST mereka mudah menipu...

Unknown berkata...

Hehehe wow

Tanpa Nama berkata...

Ha ha ha..Husin,

Semua salah..bukan GST yg buat barang naik..semua salah Jippy, korek lubang, timbus lobang. Sekarang, dapat kat org lain takmau..korek lagi lubang..suruh semua masuk lobang....kasi timbus...ha ha ha.