Kena beli nombor ekor ni. Laporan berita April 19, 2019 dan dia sebut pada April 18. Cubalah 1804 atau 1919 atau 1819
Sebelum pilihanraya 2018, Daim dan Mahathir kata macam-macam pasal ECRL dan Bandar Malaysia.
Seorang penipu mahu tolong adalah sesuatu yang luarbiasa.
Mereka berdua yang fitnah kata ECRL dan Bandar Malaysia adalah skim untuk bayar hutang 1MDB. Sekarang mereka beria-ia benar.
Dr Jomo dah termalu kerana sungguh-sungguh menyokong saranan Mahathir dan Daim.
Daim juga kata kos tiket untuk penumpang mahal dan kini baru faham peluang perniagaan adalah dari bawa kargo.
Cayalah sama lu.
Sembang punya baik kononnya jaga alam sekitar dan mahu elak banjaran titiwangsa untuk kurangkan kos dengan pindahkan hala ke Bangi, Putrajaya dan Jelebu.
Jangan-jangan dia ada tanah yang besar dalam sempadan Pahang ikut jajaran baru. Mohon dilulus masa Najib jadi MB Pahang?
Entah ya ker tidak penambah baikkan dan kurangkan kos...
Menurut Datok Najib, risiko keselamatan untuk benarkan China ada 50% kepentingan dalam syarikat operasi.
RM15 billion lesap....
Mahathir tuduh terbina Great Wall of China disekeliling untuk orang tempatan tak boleh masuk.
Bandar Malaysia kini sudah OK untuk dihidupkan semula.
Baru tahu kerajaan punya.
Bolehlah kasi pada kroni.
Kroni yang bailout The Loaf. Hmmm... sapa lagi pemegang saham Ekovest?
Oleh itu, bagi yang bersangka baik nak jumpa Daim, bawalah kertas cadangan dan lengkap dengan kajian feasibiliti, technical dan costing sekali.
Nak elok lagi, bawa scanner, laptop dan printer. Mudah scan dan tukar nama lalu terus cetak jadi orang lain punya.
Bagi yang dia perlukan kepakaran, sedia serahkan ekuiti majoriti.
Mereka akan "dilute" saham kamu bila perlu tambahan pembiayaan. Kerja makan gaji sajalah kamu.
Daim bantu kontraktor sebab kroni-kroni lama sudah dikencing dan kini dah tak percaya untuk serah tengkok masing-masing.
Patut biar anak-anak Mahathir dan Daim serah tengkok masing-masing. Terer ke billionaire daddykasi ni semua berniaga.
Wow! Sampai liang kubur untung jual orang
2 ulasan:
"Baik matilah orang tua tu" Haha. Ayat plg best hari ni. Bnykkan lg artikel mcm ni Pak Husin. Mahathir is #NotMyPM
ECRL dah dimuktamadkan dan perjanjian pun sudah dimuktamadkan semasa era Najib. Yang pastinya kerajaan PH mesti buat rebranding baru bukan shj perjanjian malah pelbagai kontrak baru spt.pembekal,man power, konsultan dan banyak lagi termasuklah jajaran baru.
Ini semua untuk kepentingan kerajaan baru dan bukan lagi untuk Najib & Co. Itu aje. Nasib la BN kan dah tak jadi kerajaan jadi dah terlepas faedahnya. Senang fahamkan.
Catat Ulasan