Jumaat, April 26, 2019

Ahli kabinet Doraemon pendek umur


Satu pameran katun Doraemon sedang dirancang sebagai salah satu acara Tahun Melawat Malaysia 2020.

Mungkin boleh berjaya macam muzium maya di Pulau Pinang.


Namun, ia membuat Husin tergelak memandangkan Nobita karektar utama Doraemon telah jadi panggilan untuk Lim Guan Eng.

Rakyat sedang menunggu gadjet apa yang boleh diguna untuk selesaikan masaalah ekonomi negara.

Pastinya protaip 4 balang isi bawang dan bersambung satu torchlight tak meyakinkan Malaysia upaya bina kereta terbang dan meransangkan ekonomi.


Lupakanlah pemikiran "quick fix" dan halalkan cara Mahathir. Ahli kabinet yang cuba lakukan semua gagal.

Dari pamerkan karektor-karektor Doraemon, elok buat pameran katun-katun kabinet Menteri.

Betul-betul cakap, mereka yang nampak upaya jalankan kerja sebagai Menteri tak sampai 5.

Ada beberapa Menteri terlalu bodoh hingga yang kelihatan cerdik adalah Timbalan Menteri. Kuasa bukan pada Timbalan.

Itu pun ada pula yang ngaku mereka lulus rating lebih 5.


Tanam nenas keliling rumah nelayan hanya cukup untuk makan tapi tidak untuk tambahkan pendapatan.

Jangan hanya bilang ikan, pergi bantu nelayan tangkap ikan.


Mungkin ini telor-telor yang jatuh harga.


Menteri yang ini pula rasa dia layak lebih sedikit dari 6. Kepala hotak ko la Din Jerawat!

Dulu ko yang bising harga barang naik, kenapa tak turun-turun lagi.

Ngakulah Nobita dan bugs bunny peliharaanya fail dalam polisi fiskal pengelolaan mereka disebabkan pembatalan GST.


Komen macam gini memang pendek umur dan bakal jadi ahli Parlimen biasa.


Kabinet Doraemon begini membuat Mahathir pun bukan macam dulu.

Wow! Sudahlah Mat Sabu... Timbalan ko lagi terer

Tiada ulasan: