Jumaat, April 12, 2019

Takkan setakat Seman Datsun seorang


Takkan setakat Seman Datsun seorang, ramai lagi badut-badut lain yang Mahathir patut terajang.

Bodoh sangat, ijazah fake pulak tu....


SEBELAS ORANG MENTERI PH YANG PATUT LETAK JAWATAN

(MB JOHOR OSMAN SAPIAN AKHIRNYA LETAK JAWATAN)

Oleh: ISHAM JALIL

Saya baru dimaklumkan bahawa Menteri Besar Johor Osman Sapian telah meletakkan jawatan semalam.

Perkara ini diumum oleh Perdana Menteri Tun Mahathir sejam tadi di Parlimen.

Tun Mahathir berkata buat sementara waktu ini Johor tiada Menteri Besar dan beliau sedang mencari pengganti. Ini bermaksud perletakan jawatan MB ini berkuatkuasa serta merta.

Saya juga dimaklumkan bahawa DYMM Sultan Johor telah lama membuat keputusan untuk menukar MB.

Oleh itu sebelum MB Osman Sapian ini dipecat secara paksa, eloklah beliau meletakkan jawatan.

Ini susulan ketidakcekapan pentadbiran kerajaan negeri Johor di bawah PH dan MB Osman Sapian dan kegagalan menguruskan krisis pencemaran di Pasir Gudang baru-baru ini yang mengakibatkan beribu rakyat johor jatuh sakit kerana diracun oleh gas merbahaya.

Semasa krisis gas beracun sedang memuncak, beliau telah pergi ke Batam dan meninggalkan tanggungjawab beliau di Pasir Gudang.

Osman Sapian juga mempunyai masalah tuduhan menipu sijil kelulusan ijazah yang sehingga kini tidak terjawab.

Saya berpandangan terdapat sekurang-kurangnya 11 orang Menteri atau Timbalan Menteri serta anggota pentadbiran Kerajaan PH yang perlu meletakkan jawatan juga  supaya mereka tidak lagi memberi kesan yang buruk dan mendatangkan musibah kepada rakyat.

Menteri-menteri ini adalah seperti berikut:

1. YB Saifuddin Abdullah, Menteri Luar Negeri: Menandatangani Statut Rom tanpa merujuk Majlis Raja-raja dan Parlimen dan mencadang supaya Malaysia meratifikasi ICERD yang memberikan kesan kepada kedaulatan negara dan pengaruh kuasa asing.

2. YB Marzuki Yahya, Timbalan Menteri Luar Negeri: Kes ijazah terbang beliau dari “Cambridge”.

3. YB Zuraida Kamaruddin, Menteri Perumahan: Kes beliau atau pihak beliau cuba mengelirukan atau menipu rakyat tentang ijazah dan kelulusan beliau.

4. YB Mahfuz Omar, Timbalan Menteri JPM: Tiada ijazah dan kes yang beliau atau pihak beliau cuba menipu rakyat berkenaannya.

5. YB Mat Sabu, Menteri Pertahanan: Tiada ijazah.


6. YB Lim Guan Eng, Menteri Kewangan: Kes yang beliau atau pihak beliau cuba menipu rakyat berkenaan kelayakan akauntan profesional beliau. Meranapkan ekonomi negara sehingga pelabur lari dan pasaran saham merudum. Kes rasuah terowong dan rumah bungalow beliau.

7. YB Teresa Kok, Menteri Komoditi: Tidak kompeten, dasar-dasar tidak bijak seperti kempen sawit, menoreh musim tengkujuh etc.

8. YB Yeo Bee Yin, Menteri Alam Sekitar: Tidak kompeten, terutama dalam pengurusan krisis pencemaran Pasir Gudang.

9. YB Maszlee, Menteri Pendidikan: Tidak kompeten, dasar-dasar pendidikan yang trivial seperti warna kasut dan stokin etc.

10. YB Syed Saddiq, Menteri Belia dan Sukan: Tidak kompeten, tiada pengalaman, tiada kesan ke atas dasar sukan; oleh itu membazir wang rakyat untuk membayar gaji beliau berpuluh ribu sebulan yang boleh digunakan untuk perkara lain yang lebih penting.

11. YB Waythamoorthy, Menteri Perpaduan: Pernah memberikan ucapan perkauman dan menerukkan keadaan hubungan kaum di Malaysia.

Sekiranya mereka-mereka ini terus berada dalam Kabinet, maka Malaysia Baharu ini menuju ke arah musibah dan kesusahan kepada rakyat.

Kita perlu menukar mereka ini atau menukar kerajaan supaya rakyat tidak terus terbeban dengan ketidakcekapan mereka atau oleh kerosakan yang dibawa oleh dasar-dasar dan keputusan mereka.

ISHAM JALIL
9 April 2019

https://www.facebook.com/220524935369705/posts/439414703480726?sfns=mo

--------

Elok ganti dengan Tan Sri Muhyiddin.


Sampai terbakar Rapid Pengerang mahukan Din Tunggul.

Wow! Boleh jual tanah sebesar Melaka ke Spura lagi


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Lagi baik tukar terus kerajaan pakatan haram ni