Jumaat, November 14, 2008

Bila PM Bangsa Malaysia tidak boleh bercakap

Karikutur diambil dari blog Demi Negara

Ada orang dalam tulisan sebelum ini tidak ada masaalah, kalau Timbalan Presiden UMNO tidak ada kemahiran berbahasa Inggeris. Ada kata asal dia tidak jadi Timbalan Perdana Menteri.

Baiklah, asal pemimpin itu ... pertama baik dan kedua pandai.

Sejak timbulnya Obama, timbul pula kata-kata jangan sifat perkauman. Orang bukan Melayu pun boleh jadi Perdana Menteri. Kalau tidak sifat perkauman, tak payahlah sebut kaum apa PM Malaysia.

Ini yang melucukan mengenai retorik.

Yang sedapnya, bila PM Singapura ditanya bolehkah orang bukan Cina jadi PM, dia kata mungkin belum masa. Peliknya, pada tahun 1955, boleh pula Singapura ada PM dari kalangan bukan Melayu, Cina dan India. PM Singapura pertama adalah David Marshall, pendatang Yahudi dari entah dari di Asia Tengah.

Kalau kita kajibalik sejarah, banyak retorik sungguh melucukan.

Yang seronoknya, PM Malaysia dan bekas PM Malaysia, kedua-dua berkata tak ada masaalah untuk bukan Melayu jadi PM. Perlembagaan membenarkan. Yang penting, dia mesti melaui proses politik dan bermakna dia mesti mendapat penerimaan majoriti rakyat Malaysia. Dia mesti seorang yang berjiwa Malaysia.

Kira lagi terer dan progresif pemimpin Melayu Malaysia dari pemimpin Singapura.

Kalau Timbalan Presiden UMNO tidak tahu bercakap Melayu, tidak ada masaalah. Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Apa pula bahasa Perdana Menteri Bangsa Malaysia itu nanti?

Kalau dia hanya membaca tulisan bahasa tertentu pada papantanda jalan dan pergi ke sekolah bukan bahasa kebangsaan, bagaimana dia hendak melakukan urusan rasminya yang semesti dalam bahasa kebangsaan?

Adakah dia akan menggunakan bahasa ibunda dalam urusan rasmi yang mesti menggunakan bahasa kebangsaan? Seperti dalam karikutur, adakah dia akan sentiasa meminta izin untuk bertutur dalam bahasa ibundanya dalam Majlis dan urusan rasmi?

Belum lagi memperjuangkan bahasa kebangsaan yang dimestikan ke atasnya? Ini belum juga tanggungjawab memartabatkan agama persekutuan dan lain-lain lagi ciri-ciri Perlembagaan yang berada di bawah kuasa mutlak Raja-Raja Melayu.

Ini boleh menjadi mengelirukan dan akhirnya melucukan.

Mungkin sekali Perdana Menteri Bangsa Malaysia akan hanya berdiam macam seorang ahli Parlimen dan hanya ambil gambar macam jurugambar.

Inilah terjadi bila suka retorik mengenai Bangsa Malaysia tetapi tak faham apa maknanya. Maksud Bangsa Malaysia itu yang sebenar lain dan memang lain dari yang diputarbelit mengikut suka hati mereka.

Tuah orang tidak boleh kata. Mungkin satu hari, Gwo Burne menjadi PM kita. Kalau dia belum jadi Bangsa Malaysia, kita akan ada seorang PM yang tak perlu bercakap-cakap.

Wow! Lagi senang jual unta dari layan kaki belit.

Perhatian: Kalau perlu nak bincang, tolong ikut Rukunegara ... Kesopanan dan Kesusilaan. Letih nak buang komen yang agaknya ada yang terlalu perkauman dan tak ikut undang-undang rumah ini. Selamat hari minggu.

41 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

apakah OBAMA akan meneruskan tradisi memburu OSAMA?

Tanpa Nama berkata...

Obama dengan Osama member baik, macam Ali dengan Abu...hehe..

Aku pun bangga dengan si Mahathir dan retoriknya. Singapura pun kalah---BANGGA!!!!!

http://hikayatmamakbendahara.blogspot.com/

Unknown berkata...

1. Pembentukan bangsa Malaysia harus bermula dari kanak-kanak, oleh itu langkah-langkah berikut perlu dilaksanakan:

Anak-anak mesti bersekolah di sekolah yang sama seperti yang dilaksanakan di Singapore.
Sekolah jenis kebangsaan mesti dihapuskan dan digantikan dengan sekolah yang boleh menempatkan anak-anak dari semua kaum yang merupakan sekolah yang boleh memenuhi keperluan dan tuntutan semua kaum.

2. Dasar ekonomi harus diubah, program bantuan dan pembelaan harus diberikan bukan berasaskan kaum tetapi berasaskan keperluan rakyat secara umum.

3. Tidak ada lagi istilah bumiputra dengan bukan bumiputera. Yang boleh diberi perhatian ialah antara penduduk luar Bandar dengan Bandar, dan penduduk berpendapatan rendah dengan penduduk pendapatan tinggi.

Tidak ada lagi apa yang dipanggil ‘Ketuanan Melayu’, kita bukan dilahirkan untuk menjadi tuan dan tidak juga menjadi hamba.
Sikap buruk dan tabiat negatif atau kelemahan dan kekurangan seseorang itu tidak boleh dikaitkan dengan kaum dan agamanya.
Setiap rakyat yang berjaya harus ada sikap ingin membantu dan perihatin kepada rakyat yang lemah dan tidak bernasib baik tanpa mengira kaum dan agama.

4. Semua kenaikan pangkat atau peluang mestilah diberikan berasaskan meritokrasi dan kebolehan seseorang.

5. Demokrasi yang sebenar mestilah menjadi amalan bangsa Malaysia, yang perlu mempunyai ciri-ciri berikut:

Kebebasan media, bukan dikawal oleh parti yang memerintah.
Kebebasan berhimpun dan berucap secara aman, tanpa perlu permit polis, cukup sekadar memaklumkan kepada polis.
Polis yang bebas dan berintegriti.
Badan perundangan dan kehakiman yang bebas, adanya pemisahan kuasa yang jelas antara badan perundangan dan badan eksekutif.
BPR yang bebas dan berkredibiliti.
Suruhanjaya Pilihanraya mestilah bebas, adil dan telus.

6. Semua masalah hubungan kaum dan agama hendaklah diselesaikan secara permuafakatan dan bukan secara emosi. Menghormati nilai-nilai dari kaum dan agama yang berbeza.

7. Menghapuskan parti politik yang berasaskan kaum, semua parti politik hendaklah dibuka keahliaannya untuk semua kaum.

8. Menghapuskan diskriminasi dan peminggiran kaum dalam mana-mana organisasi, samada dalam jabatan kerajaan mahupun dalam sektor swasta.

9. Menggunakan satu bahasa yang boleh menghubungkan antara kaum-kaum yang ada, di samping membenarkan bahasa-bahasa lain juga digunakan.

10. Tidak memaksa nilai-nilai dari satu agama dan dari satu kaum diterapkan kepada semua, tetapi haruslah diterapkan secara neutral dan sukarela. Sebagai contoh mudah, roti canai adalah makanan yang telah diperkenalkan oleh masyarakat India. Orang Melayu dan orang Cina tidak pernah dipaksa memakannya. Kini tidak boleh dinafikan lagi tanpa kita sedari roti canai telah menjadi salah satu identiti makanan orang Malaysia.


Dengan ini saya menjemput anda semua memberi pandangan atau komen dan maklum balas terhadap Gagasan Pembentukan Bangsa Malaysia ini.

Gelombang Rakyat berkata...

Ater tak syalat itu PM moleh nyadi kalau, lia kena masuk jawi?

Itu macam, saya moleh chadi PM you all maa.

Tanpa Nama berkata...

alais mohd yusof pandai menulsi tetapi rupanya tidak pandai membaca dan tak hormati undang2 rupanya... kesian

Tanpa Nama berkata...

Contoh bangsa Malaysia yang terbaik adalah saperti bekas Perdana Menteri-Perdana Menteri Malaysia yang terdahulu yang berjaya mengasimilasi diri ke budaya Tanah Melayu saperti Tunku (campuran Siam dan Melayu), Tun Hussein Onn (Turki dan Melayu), Tun Mahathir (India dan Melayu)dan Dato Seri Abdullah Badawi (Cina dan Melayu) . Saperti juga dengan Barack Obama yang berjaya mengasimilasi ke budaya Amerika - boleh bertutur dalam bahasa Inggeris Amerika bukan Inggeris pasar , beragama Kristian (agama majoriti Amerika)dan bersekolah dalam sistem sekolah kebangsaan yang mengunakan bahasa Inggeris bukannya bahasa Kenya. Sebab itu lah Obama walaupun dari kaum minoriti layak menjadi Presiden Amerika Syarikat. Adakah ciri-ciri bangsa minoriti Malaysia saperti itu?

Tanpa Nama berkata...

org2 mcm alias ni patut kita campak aje..

Bangsa Malaysia tak mungkin wujud..
Bangsa Global yg terdiri dari Mat Saleh, India, China bersedia membolot kekayaan dunia..

Melayu tak kuat ekonomi utk bersaing. Org Myanmar/Vietnam tak hilang tanahnya.

Inilah Melayu tak sedar diri-org yg 'kononya maju' tapi tak sedar dialah yg akan menggadai masadepan Melayu mcm MB Nizar yg nak buka lelong tanah, 'highest bid'-mampuke Melayu?

Dah berkali2 dikatakan:
Ketuanan Melayu bukan menghambakan orang- tapi istilah kpd pemilik mcm Tuan rumah, itu aje..

Melayu bangang mcm ni patut terjun lombong & tak patut menghasut orang 'membodohkan diri'

Tanpa Nama berkata...

diorang ada kekuatan Ekonomi global
(&mengguna kekuatan itu)overseas network;
1.Yahudi 2.India 3.China

-Melayu yg pokai (hanya ada menjadi Tuan tanah) masih tak sodar2.
mahu buang hak sendiri,
mcm Alias Md yusof-

ramai melayu yg BODOH ENGLISH, nak beli rumah kuota bumi pun terkial2.

acap berkata...

tak kisah la klau PM kita tu bangsa melayu ke, cina ke,india ke,kadazan ke atau pe2 bangsa pun..yang penting die ISLAM..
Baik kita perjuangkan ISLAM..semua bangsa boleh turut serta..
Kat akhirat nanti tuhan tak tanye pun kita bangsa ape..

Tanpa Nama berkata...

mmg takde dlm undang2 PM mesti Melayu @ Islam.

Tp adeke majoriti Muslim akan terima orang asing jd PM tanpa kekacauan.

UMNO- M for muslim

Singh Is Kinng berkata...

Tuan Husin,

PM untuk bangsa Malaysia nanti mestilah bersifat ke-Malaysia-an.

Dari segi perwatakan, rupa dan nama mestilah mewakili tiga kaum utama.

So anna rasa PM untuk bangsa Malaysia nanti bernama

Lee Anwar Al Sivaji Wat You.

http://the-antigonist.blogspot.com/

Wassalam.

Tanpa Nama berkata...

ini malaysia, bukan US. tiada obama wujud disini. tiada siapa bukan melayu mampu jadi mcm obama di US. kerana itu jangan mimpi untuk ada PM bukan melayu. ini bukan soal hak, tapi kelayakan.

http://writtenbyhim.wordpress.com/2008/11/07/anyone-can-become-pm/

Tanpa Nama berkata...

Mereka2 ni nak jadi PM...LKS,Karpal...tak sunat punya orang!

Anwar yang bersunat pun UMNO haramkan jadi PM.

Yang penting UMNO mesti tetapkan pendirian,tegas,fokus,tabah,
dalam mempertahankan hak2 yang wajib di-pertahankan.

Persetankan dengan permintaan mereka,lama kelamaan mereka akan letih juga.Tidak perlu layan kehendak dan permintaan bangsa bangsat. Anggaplah mereka sebagai nyamuk dan lalat aje.

Tanpa Nama berkata...

Sdr, bukan kah kita sudah berpengalaman mempunyai PM bukan Melayu?

Namanya Mahathir, kerana dia pernah mengaku dala dirinya ada darah India..asal dari Kerala.

Pasal dialah orng Melayu UMNO hancur sekarang ini.

Tanpa Nama berkata...

Bangsa Malaysia.

Raja Malaysia tak ada, Raja-Raja Melayu tak wujud. Boleh ke?

Monopoli tak sentuh pun.

Bahasa Malaysia. Tak perlu Bahasa Rasmi saja.

Agama Islam. Agama Rasmi saja.

Come on lah. Ingat Melayu ni bodoh macam babi kot?

CERPANA berkata...

Barack Obama hanya berbeza kulit dari mempunyai agama yang sama dengan penduduk Amerika iaitu kristian jadi kalau Malaysia di pimpin oleh bangsa lain maka agama pun bukan agama mejoriti penduduk Malaysia dan tentu tidak boleh mengangkat doa bersama dan mungkin tiada lagi kedengaran doa dalam majlis-majlis dan tidak dapat menghadiri majlis ibadat dan ibadah dan mungkin Malaysia dikeluarkan dari Pertubuhan OIC kerana pemimpin yang tidak mempunyai syarat khusus untuk bersama membincang kemelut dunia Islam tetapi kalau Obama tetap setia kepada agama,negara dan rangancan pemerintahan yang dikuasai Yahudi dan Malaysia rakyat mejoritinya yang tidak mempunyai kuasa ekonomi , pelajaran dan kini kuasa pemerintahan yang hendak diberikan kepada bangsa lain apa lagi yang tingal untuk bangsa sendiri , yang tingal hanya dapat tungu dan lihat.

Unknown berkata...

Orang macam Alias sibuk nak perjuangkan hak orang bukan melayu.
Macammana pulak dengan hak orang melayu?

1. Berani ke dia jamin pemimpin bukan islam+melayu akan memperjuangkan agama Islam, bangsa Melayu dan negara? Sedangkan sekarang ni pun, baru pegang 5 negeri, orang bukan melayu+islam dah berani pertikaikan fatwa.

2. Ada beratus-ratus lagi negara kat dalam dunia ni, semua masih memperjuangkan hak rakyat majoriti dan asal. Tapi kita pulak kat malaysia sibuk nak gadaikan hak majoriti.

he he.. kalu dah tergadai melayu+islam nanti, orang macam alias ni jugak terpekik terlolong mintak segala macam kouta/keistimewaan balik..

Kerel Bort berkata...

bahasa jiwa bangsa,
Bangsa Malaysia jiwanya multi-linguitic.

Sedangkan bangsa Melayu sendiri bila bercakap dah tak pandai berbahasa melayu sepenuhnya.

Sekarang nih dah jarang pulak jumpa bangsa melayu professional yang pandai berbahasa melayu sepenuhnya.

Bila bercakap I tak boleh nak conncentrate on my own project sebab I tengah busy kena help project yang lain. Susah I kena work camni everyday.

Wake-up Bangsa Malaysia. Bahasa Jiwa Bangsa. Bangsa Malaysia mendukung Perlembagaan Malaysia. Malaysia jer ade Bangsa Malaysia, Malaysia mmg perkauman, sebab kita pelbagai kaum. Susah sangat ke nak terima macam tu? Jangan jadi macam Belanda mintak tanah. Omputeh kate, Don't be ungrateful. Jgn kerana nila setitik habis susu sebelanga, jgn kerana pentadbiran yang satu rosak, abes semua kaum melayu kau nak persalahkan..
ok.. kesopanan dan kesusilaan. jom pekene roti canai sambil minom teh.


-Hanya di Malaysia.

Unknown berkata...

saudara alias mohd yusof.

Ketuanan berasal dari perkataan tuan. Tuan pula berasal dari perkataan tua. Tua pula berasal dari perkataan tuha dan tuha berasal dari perkataan tuhan. Perkataan - perkataan yang disenaraikan memberikan makna yang berbeza - beza. Cuma merujuk kepada satu tujuan; HORMAT.

Jika dikaji dari sudut sejarah kemerdekaan atau lebih tepat lagi usaha untuk mendapatkan taraf kemerdekaan, usaha ini sememangnya di ungguli oleh orang Melayu - penduduk asal Tanah Melayu kemudian ditukar nama kepada Persekutuan Tanah Melayu dan sekarang Malaysia (coming soon mungkin ditukar nama lagi).

"...apabila kami (orang melayu) menentang Malayan Union, kaum-kaum lain tidak mengambil bahagian kerana mereka berpendapat bahawa ini merupakan masalah kaum Melayu, bukan masalah mereka. Mereka juga menentang Laporan Barnes yang bertujuan untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Dengan itu, mereka (bukan kaum Melayu) telah menunjukkan bahawa kesetiaan mereka hanya kepada negara asal mereka, dan bukan kepada Tanah Melayu" petikan ucapan Tunku Abdul Rahman.

Ungkapan Ketuanan Melayu sering kali diucapkan dan dipermainkan oleh setiap pemimpin parti politik kebelakangan ini. Konsep ini bukanlah sesuatu yang baru. Semenjak kemerdekaan dicapai oleh Malaysia dan barangkali sebelum kemerdekaan lagi konsep ini telah dipertuturkan.

Malaysia dan Singapura terpisah dek kerana pemimpin parti politik memainkan isu Ketuanan Melayu. Jika konsep Ketuanan Melayu ini dihapuskan (let say dihapuskan dari dulu lagi) dapatkah orang Melayu mengecapi kemakmuran sekarang ini? Mahukah kita tengok Malaysia kehilangan satu @ dua lagi negeri dek kerana konsep ini? Atau sedapkah kalau konsep ini ditukar kepada Ketuanan Rakyat atau pun Malaysian Malaysia?

Ketuanan bukan membawa maksud 'Tuan'. jgn sempitkan pemikiran, wahai saudara alias.

renung renungkan

Tanpa Nama berkata...

saya menyokong akan kata alias mohd yusof

cuma nak tambah sikit

siapa yang memerentah tak penting, yg penting mesti adil

apa guna pemimpin islam tapi zalim, apa lah salahnya pemimpin kafir tapi adil

adil yg macam mana?

meletakan sesuatu barang pada tempatnya, atau lebih mudak, kalau kawin dua, gaji suami RM 2000, isteri pertama 4 anak. isteri ke2 sorang anak, agak-agaknya kalau nak adil adakah pendapatan suami tadi bagi sama banyak, atau isteri pertama dapat lebih baru adil?

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
d'Frog Prince berkata...

maaf tuan rumah, tumpang celoteh sikit.

a) saya selalu dengar perkataan "memperjuangkan" dan "mempertahankan" - orang Melayu tengah berperang dengan siapa? apa yang sedang diperjuangkan? saya rasa, paling penting ialah "memastikan" semua rakyat Malaysia, terutama yang benar-benar perlukan perjuangan untuk membela nasib mereka, mendapat sedikit pembelaan, hanya kerana mereka ialah rakyat Malaysia.

setelah 51 satu tahun merdeka, orang bukan melayu masih dipanggil pendatang, saya nak tanya, saya datang dari mana? darah saya yang pertama menitis di bumi ini, apakah hina sangat saya hanya kerana warna kulit saya cerah/gelap sedikit? pendatang apa namanya jika saya dilahirkan di sini? nenek moyang saya memang pendatang tapi saya?

siapa menjadi PM tidak penting, itu semua "rhetoric" orang politic. sepatutnya, PM juga harus bergantung kepada MP-MP untuk terus berkuasa, mampukah SEMUA MP diduduki oleh orang bukan Melayu? 9 negeri Persekutuan berajakan Raja-raja Melayu, yang perlu dirujuk untuk banyak perkara, yang perlu menggunakan kebijaksanaan mereka untuk menjaga kepentingan jajahan dan rakyat mereka.

baik orang Melayu mahupun orang bukan Melayu, mempunyai sejarah menghormati Kedaulatan Raja2, makanya, di Malaysia, Raja2 yang bertakthta bukan hanya Raja2 untuk orang Melayu, tetapi adalah Raja2 untuk seluruh rakyat Malaysia. Mungkin ada yang meragui kesetiaan mereka tetapi adalah berdosa mengesyaki/meragui hati seseorang tanpa bukti yang kukuh.

Dan selama berbelas tahun, orang Melayu dan yang bukan Melayu menyanyikan Negaraku dan mendoakan "Raja Kita, Selamat Bertakhta", kita rakyat Malaysia mempunyai banyak persamaan kalau kita melihatnya dengan hati yang terbuka.

Terakhir sekali, walaupun secara amnya, saya bersetuju bahawa satu jenis sekolah akan memupuk persefahaman (saya adalah hasil didikan sekolah kebangsaan) tetapi ekonomi dunia sekarang memerlukan rakyat yang boleh bertutur pelbagai bahasa - jangan kerana nyamuk kelambu dibakar - pergi lah ke Indonesia dan Thailand dan lihat dengam mata kepala sendiri betapa susahnya mereka mahu mengasimilasikan diri mereka di dalam dagangan antarabangsa hanya kerana mereka boleh bertutur di dalam bahasa kebangsaan mereka sahaja. Tidak kurang orang yang mengagumi rakyat Malaysia (semua keturunan) atas keupayaan menyesuaikan diri dalam semua jenis keadaan kerana kebolehan bertutur pelbagai bahasa. Ekonomi China dan India akan sepenting ekonomi America pada masa depan, menghapuskan peluang rakyat Malaysia untuk belajar bahasa Cina dan Tamil (India) hanya akan merugikan diri kita sendiri di dalam jangkamasa panjang, sebagaimana penghapusan penggunaan bahasa Inggeris mula memberikan kesan negatif di dalam perdagangan yang melibatkan negara lain.

Salam...
www.tmithomas.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Aku dah cadangkan banyak kali dah..

Lepas ni semua sekolah kebangsaan kena ajar subjek Mandarin, India, Arab dan English.

Kalau bangsa cina taknak masuk sekolah kebangsaan, lantak mereka la.. Asalkan bangsa melayu jadi maju dan berdaya saing.

Ini sekarang nampak sangat student sekolah cina boleh cakap 3 bahasa, tapi pelajar sekolah kebangsaan boleh cakap 2 bahasa aje (Melayu+english, itupun english hancuss). Ini dah nampak macam sabotaj!!

Ini orang politik Melayu takut sangat dengan ugutan pertubuhan cina. hampehhhhh....

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Unknown berkata...

Husin

Abang ipaq aku Cina. Masuk Islam umur 15 tahun dan lepas tu jadi ustaz sekolah rendah dan lepas tu berhenti dan muniaga - maklum le.. Cina katakan. Muniaga la.

Kalau dia jadi PM, aku terima. Hang aku tak tau.

Halimah Sadique tu anak Cina. kalau dia jadi PM, aku terima.

Salahuddin Ayub pun anak Cina jugak. Kalau dia jadi PM, aku terima.

Tu aku la. Hang aku tak tau la...

Lupa nak cakap. Aku tak terima bangsa Malaysia. Aku bangga dengan ketetapan Allah yang menetapkan aku jadi Melayu dan Islam. Bangsa Malaysia tu menatang apa?

d'Frog Prince berkata...

sorry tuan rumah, nak tokok tambah sikit, harap tak berbaur perkauman sangat, kalau ya, tuan rumah boleh edit atau tak publishkan, saya faham...

1) sekolah cina/tamil, kalau nak bina bangunan, kena cari duit sendiri. kerajaan tak sponsor. kerajaan cuma bagi gaji cikgu je, tu pun, ramai yang cikgu sementara. orang cina dari yang kaya sampai ke yang miskin, bila sekolah minta derma, mereka derma sepenuh hati kerana tahu kerajaan tak sponsor.

2) sekolah cina/tamil tidak boleh dibuka sesuka hati. cuba tengok, ada berapa sekolah cina yang betul2 baru? selalunya, kena tutup satu, pindahkan, ke kawasan baru, tu je, tak boleh bina sesuka hati, tapi cukai, tak boleh tak bayar sesuka hati, cam mana ni?

3) sekolah cina/tamil tidak pernah melarang murid2 dari kaum lain belajar sama. malahan di sekolah anak saya, kawan2 india dan melayu lagi pandai bahasa cina, sebab di rumah, kami tak pakai bahasa cina. sebab itu saya menghantarnya ke sekolah cina.

4) tahun depan anak saya lagi seorang masuk darjah satu, sekolah cina, satu kelas 49 orang, ada 5 kelas. tak dapat buka lebih kelas kerana tak cukup bilik darjah dan guru. jadi, apa yang telah diperjuangkan untuk anak2 kaum cina? mungkin ada yang kata, hantar saja ke sekolah kebangsaan, tetapi sekolah kebangsaan masa kini amat berbeza dengan zaman persekolahan saya. saya tidak risau dengan rakan2 sepersekolahan tapi saya risau dengan sikap sesetengah gurunya.

5) apakah kita betul2 mahu generasi masa depan kita tak berdaya saing, hanya kerana mahukan satu semangat nasionalisma yang belum tentu membawa apa2 faedah? sistem sekarang berfungsi dalam memberikan rakyat malaysia kelebihan dalam perhubungan antarabangsa, kenapa nak hapuskan satu-satunya kelebihan yang kita ada? kalau orang malaysia berdaya saing, tak pedulilah dia warna apa, asal dia boleh buat memberi manfaat kepada tanahair.

6) satu sistem persekolahan belum tentu membawa perpaduan, pergi lihat ke indonesia, satu bahasa, satu nama tapi masih berpuak2, usahkan pribumi dengan bukan pribumi, malahan berlainan pulau juga bermasaalah.

www.tmithomas.blogspot.com

Bourne berkata...

pak sin,

bagus la... nanti semua surat menyurat dari kerajaan akan dihantar kepada kita dalam tiga atau empat mungkin enam bahasa macam tanda jalan tu.

mula melayu pas tu cina, india, punjabi, iban, kadazan, banjor jawa semua bahasa. surat sama tapi banyak bahasa.

kena la adilkan. kan? banyak la duit orang supply kertas kat kerajaan mungkin gak geng dia yang sekarang ni ada syarikat supply stationaries terbesar di malaysia sampai boleh beli enam bungalow sederet.

GAFARO a.k.a. agentno9 berkata...

*Kalau perlu nak bincang, tolong ikut Rukunegara ... Kesopanan dan Kesusilaan. Letih nak buang komen yang agaknya ada yang terlalu perkauman dan tak ikut undang-undang rumah ini. Selamat hari minggu.

tu la korang tulis komen ikut sedap kibod je

kesian kat husin

Tanpa Nama berkata...

alias mohd yusof!

Apa yg kau merepek tu.... dah le to nenek kita ditipu, sampai 10 generasi pun melayu sanggup kena tipu..

Sedarlah kamu alias!

teja berkata...

Salaam Husin,

CANTIK la tulisan anda! Teruskan..

To Alias Mohd Yusof... di kulit Melayu, di dalam rupanya makhluk asing.

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
RANGKAIAN PEMUDA BERANI berkata...

Tuan,

Minta tolong masuk blogroll boleh? Caya la...

http://bolehpercayaker.blogspot.com

Terima kasih ...

d'Frog Prince berkata...

(tuan rumah, edit jika perlu)

kera sumbang, itulah pasal baca inti sebelum komen. bukannya mintak bantuan penuh, memang tak perlu bagi bantuan, tanpanya, mereka maju juga, mengeluarkan pelajar2 yang berguna.

yang saya nak masuk kan dalam kepala otak rakyat buta hati ialah, sekolah jenis kebangsaan adalah salah SATU pilihan yang boleh dibuat oleh sesiapa saja di Malaysia, mengapa orang seperti saya yang memilih untuk menyekolahkan anak2 saya di dalam sekolah jenis kebangsaan dituduh tidak mahu bercampur? bukan tak mau bercampur, saya cuma mahu mereka mendapat ilmu yang betul2 berguna pada masa kelak, bukan setakat sekolah memenuhkan syarat!

kalau hati dah buta, janganlah pula nak membutakan orang lain sekali. biarlah orang membuat pilihan sendiri, yang memilih sekolah jenis kebangsaan tahu mereka perlu mengeluarkan duit yang lebih walaupun mereka adalah pembayar cukai juga, pasti ada sebabnya, dan yang utama sekali ialah nilai ekonominya. jika itu hendak dinafikan juga, maka memang patutlah kita terkial2 mengejar ekonomi dunia yang maju, walaupun kita kaya hasil alam.

kalau ikutkan, maka anak2 kera sumbang juga jangan dihantar ke tusyen, mengaji agama sebelah petang dan sebagainya sebab sudah cukup apa yang diajar di sekolah kebangsaan, kan? renungkanlah sebelum nak condemn orang macam gitu aje.

Husin Lempoyang berkata...

Alias Yusof - tidak sepatutnya anda tampal sepenuhnya artikel blog anda di sini. anda tidak menghomati peraturan yg saya tetapkan untuk rumah saya. Tapi saya benarkan kerana tidak mahu dianggap lari dari menghadapai perbincangan ini. Ianya telah menarik reaksi2.

Ada reaksi kasar dan saay terpaksa buang kerana amaran ini telah diberi siang2 lagi.

Alias, harus memahami benar2 apa yang dikatakn bangsa malaysia. Apa itu bangsa race or nation? Anda mahu melanggar fitrah alam ke mahukan satu race yg sama dgn budaya, ugama, budaya, dan pelbagai kelaianan.

Yg kita mahu adalah satu nation yang bersatu. Kita kini kononnya satu nation-state tetapi sebenarnya hanya satu state tanpa nation.

Kalau dilayan semua kehendak, apa nation yg mahu dibina. PAS yg merupakan perjuangan saudara Bakaq, mahukan nation Islam. Satu masa ada nasionalis melayu yg mahu melayu raya dan semua kaum warganegara dipanggil melayu.

Pada satu masa Cina pula ada yg mahu nation idelogi komunis. MCa tak kira sangat ideologi selagi taukeh2 boleh berniaga cari makanberlebih2 pinggan dan bole prigi sekolah cina.

Gerakan mahukan nation of centrist liberalism. Tak setuju race base politik tapi duduk dalam race base BN. Tapi 80% cina ahlinya. Ide ini hanya diterima cina.

PPP, MIC dll confuse mahu jadi sosialis atau perjuangakn india atau hanya mahu berkuasa? Tak merek ayg hanya 10% penentu hala tuju nation?

Kalau DAP, ini yg paling dajal. Mereka mahu nation of Malaysian malaysia sama rata sama rasa. Lee Kuan Yew bina ide itu dari menindakkan Melayu sebagai penduduk asal. DIguna orang asli sebagai scapegoat. Mana dia org2 asli singapura? Habis lupus!

Pada realiti fitrah dunia, bolehkah yg tidak ada apa2 boleh dapat sama rata dan sama rasa kalau tidak ditolong. Tapi mereka berjuang dan meyuarakan kononnya ketidak adilan terhadap bukan melayu tetapi tidak yg mana orang melayu di diskrimansi. Mereka hanya mahu kuasa dan lakukan seperti di singapura.

Lihat bagaimana cara Melayu yg 41% di penang dan majoriti di perak diketepikan dalam pemerintahan negeri. Hsien Loong boleh kata PM mesti Cina kerana majoriti Cina.

Nation PKR paling menarik. Dia juga pejuang negara islam, dia juga pejuang malaysian malaysia, dia juga pejuang pendidikkan cina, dia juga pejuang pelbagai perjaungan. Nation apa yg mahu dibina.

Saya minta Alias fikir dalam2. Perincikan sejarah dan ambil kesimpulan mudak. Kerana tulisan anda kalau mahu dikomen husin boleh dipecahberaikan jadi buku.

Dan saya mahu Alias pelajari fikiran arwah rustam Sani bekas pemegang jawatan utama parti keadilan nasional. yg technician wawasan 2020. Jgn hairan wawasan 2020 adalah yg dikatakan dr mahathir. penulsi perangkan membina ide

Ada yg mahu putarbelit kata Indonesia yg satu bahasa pun huru hara dan bergaduh. Kenapa dia bergaduh? Di Indonesia, perbezaan kaum tidak berkait dengan ugama, kerana satu kaum ada lain2 agama. Lain2 perbezaan pun tak jadi isu tetapi kekeyaan terletak pada kaum tinghua hingga menguasai 95% ekonomi.

Maka kita tanya apa nation yg kita harus bina. Idelogi harus berpegang pada bumi yang nyata, mengikut fitrah manusia, cara biasa manusia, dan keadilan hakiki (sama rata tidak semesti adil).

Jgn ambilkira US, itu negara yg sisih penduduk asal. Jgn ikut Britain, itu negar penjajah yg meraih darah keringat rakyat jelata satu dunia. Ikut cara kita yg telah di baiki dan melalui sejarah muafakat.

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Husin Lempoyang berkata...

d' frog prince

anda mungkin fasih berhasa inggeris, cuba cari kamus melayu inggeris. anda akan sedari perjuangan dan pertahan bukan hanya membawa maksud perang.

saya akui darah ibu anda semasa melahirkan anda menitis di bumi malaysia. tetapi kenapa kadang2 saya bertanya bukankah anda telah meninggalkan alam budaya negara asal anda setelah melangaui sepamadan negara cina atau india. di sini nusantara melayu, kenapa kaum anda menentang bahasa melayu sebagai bahasa rasmi semasa merdeka. kenapa anda menentang langsung apa2 yg berkait dgn bangsa teras diberi status atas? Saya kadang2 merasa kaum2 asal pendatang mengeksploitasi kemiskinan kami (70% semasa merdeka) untuk menzalimi kami dan cara hidupo kami. Kami juang utk merdeka tetapi kami tidka dapat balik negara kami tetapi kena kongsi dgn mereka yg datang sini tapi tak mahu ikut cara kami dan mncari musuh kepada kaum kami. Kami sudah kongsi macam2, bukan?

Isu globalisasi dan kenaikan mendadak negara bansga india dan cina. Adakah harus kita tinggalkan bahasa melayu kerana ekonomi mereka sekarang kuat. Kenapa dahulu kita tidak suruh pula bahasa jepun semasa mereka begitu kuat. Bahasa german dan perancis pula?

Ini adalah dua perkara berbeza. Jepun, perancis dan german bangsa dgn bahasa mereka dan mengilmukan bahasa mereka. Carilah papantanda bahasa lain di negara 2 ini, susah mahu jumpa. Apa sibuk nak papantanda macam2 bahasa di penang melainkan hanya menimbulkan isu perkauman!???

Tanpa Nama berkata...

Obama menjadi presiden Amerika setelah dia menjadi rakyat Amerika yang tulen. Bagaimana untuk menjadi Rakyat Amerika yang tulen? Dia berbahasa Inggeris dengan baik, menulis Inggeris dengan baik, pergi ke gereja untuk menjadi kristian yang baik, melupakan agama bapanya, Islam. Jika dia menganut Islam, sampai mati pun dia tidak akan menjadi Presiden!

Di Malaysia, bahasa Kebangsaannya Melayu, Agama rasminya Islam. Maka betullah kata Tun Mahathir sesiapapun bisa menjadi PM asalkan beliau betul-betul Malaysia, kalau bercakap Melayu pun pelat, menulis Melayu pun berterabur, dan tidak pergi ke masjid bersembahyang bersama orang Islam, jangan haraplah nak jadi PM.

Kalau Obama sangghup meninggalkan agama bapanya untuk menjadi kristian dan seterusnya menjadi PM, mengapa bangsa-bangsa lain di Malaysia berbuat demikian?

Kalau di Amerika Presiden beragama Kristian, mengapa di Malaysia pula tidak semestinya Islam?

d'Frog Prince berkata...

tuan rumah, saya sedia menerima komen tuan rumah, memang sedikit sebanyak adalah kenyataan, saya juga mengakui hakikatnya.

tapi saya rasa, ramai orang Melayu yang salah faham, rata-rata, tidak pernah (setahu sayalah) orang Cina/India menentang keunggulan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. hakikatnya, semua orang menerima bahasa Melayu sebagai bahasa utama di negara ini.

juga, saya adalah antara orang yang tidak setuju dengan perbalahan papan tanda jalan yang mahu diletak pelbagai bahasa. kalau ditanya rakyat kebanyakkan yang bukan melayu, mereka tidak kisah langsung bahasa apa yang terletak di papan tanda jalan. bagi saya, papan tanda yang ada sekarang sudah lebih dari memadai. jangan kerana kerbau (ahli politik yang nak beli hati golongan fanatik) habis semua terpalit (rakyat kebanyakkan yang hanya mahukan keamanan meneruskan kehidupan mereka)

mungkin ada segolongan manusia di malaysia merasakan, mengapa perlu berkongsi, tapi itu kan persoalan yang sudah tiada maknanya, setelah 51 tahun merdeka? lebih baik kita mencari jalan bagaimana menjayakan negara dengan apa yang kita ada dari saling membaling tahi sesama kita, yang busuk, yang rugi, kita jugak.

adalah jugak tidak benar bahawa kebudayaan yang diamalkan di malaysia oleh orang2 bukan melayu adalah budaya cina/india. kekurangan pemahaman istilah budaya "culture" menunjukkan betapa dalamnya salah faham sesama kita. budaya orang cina di malaysia amat berbeza dengan yang di china, hong kong, taiwan. sebabnya? sudah tercampur dengan adat melayu, kebiasaan india dan pengaruh british. ada persamaan tapi bukan 100% lagi, ianya adalah 100% MALAYSIAN.

seperti isu perkahwinan, anak2 adalah tidak berdosa, jangan lah salah ibu bapa dipertanggungjawabkan kepada anak2 yang langsung tidak mempunyai suara untuk membantah.

Tanpa Nama berkata...

mahathir tu mcm Obama malaysia;-

1. Menganut agama majoriti
2. berbudaya majoriti
3. mother tounge majoriti
4. mwnjiwai & membantu malaysia berteraskan bangsa majotiti.

kalau nak samakan DAP dgn Obama jauh panggang dari api..

Tanpa Nama berkata...

d'Frog Prince ialah

OPPORTUNIS KAUM YANG BERTOPENG LIBERAL..

http://kkamdias.blogspot.com/2008/11/jawapan-kepada-opportunis-kaum-yang.html