Selasa, Mei 20, 2014

Berita sedih: Cikgu Man Pendek pulang ke rahmatullah


Assalamualaikum

Dengan rasa sedih dan hiba, Husin ingin mengumumkan bekas ahli Dewan Undangn Negeri kedah mewakili Pulau Langkawi, Ismail Yaacob atau lebih terkenal dengan nama Cikgu Man Pendek telah pulang ke rahmatullah pada 6:30 pagi tadi Mei 20hb 2014 di rumahnya di Kg Bendang Baru Langkawi.

Arwah memang sudah lama berhadapan dengan masaalah kesihatan dari penyakit asthma yang agak kronik. Kali terakhir kami berjumpa, beliau memberitahu akan ke Kuala Lumpur untuk ke IJN dalam sebulan dua ini dan kata akan talipon Husin.


Pemergiaannya adalah satu kehilangan besar buat Husin kerana arwah bukan saja seorang pembaca dan peminat blog ini tapi juga turut menyumbang pantun-pantunnya yang amat dikenali. Dari kenalan di blog, kami telah menjadi sahabat dan seorang tua yang amat kami hormati.

Cikgu Man amat senang di dekati kerana dia sangat cali dan tidak kering gusi dengan cerita-cerita jenakanya. Tidak kurang juga dengan kisah-kisah pengalamannya. Tiada lawatan ke Langkawi yang tidak kami guna untuk menziarah arwah.

Kami akan betul-betul rasa kehilangannya dan harap silatulrahim yang terbina berkekalan ke anak-anak dan keluargannya. .

Semuga Allah cucuri rahmat roh ke atas roh beliau dan diletakkan bersama para syuhada sesuai dengan seorang pejuang yang sentiasa tidak pernah lepa dari memikirkan nasib masyarakat setempatnya serta agama, bangsa dan tanah air.

Al Fatihah.

Husin Lempoyang

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Al fatehah

Tanpa Nama berkata...

Alfatihah....

oRangKampong berkata...

alfatehah.

jebat berkata...



Al Fatihah

Muga rohnya di tmepatkan bersama sama orang orang yang beriman. Insy Allah. AMIN.

Hamidah ahmad berkata...

Al fatihah moga rohnya dicucuri Allah Swt