Khamis, Julai 04, 2019

BONGLES punya Resat Raji! Cium saja tangan Mat Sabu...


Husin tak gemar nak "kutuk" orang tua. Mungkin dia kurang memahami keadaan dunia sekarang, tetapi pengalamannya elok didengar.

Pada umur 76, umur Brig General (Bersara) Arshad Raji, dia beberapa tahun lebih muda dari Mak Husin sendiri. Pernah berkunjung hormat ke rumahnya di Sungai Kantan, Kajang dan berkongsi pandangan pasal blogging dan hal semasa.

Orang tua seeloknya dihormati dengan didengar pandangannya untuk buat sempadan.

Masaalahnya askar pencen ini bukan nak kongsi pengalaman, tapi nak beri arahan dan berleter macam dilakukan pada askar-askar bawah arahannya.


Resat Raji pula masih mahu aktif untuk bersuara, membalun, dan "asyik nak ngajo-ngajo" dalam media berhubung hampir semua isu.

Padahal dia hanya pernah kerja sekejap di Pejabat Perdana Menteri tahun 60an, tapi jawatan tak disebut Aliran. Pengalamannya hanya sebagai askar dan ilmunya ketenteraan.

Hal lain dia tidak ahli untuk komen berjela-jela dan hanya mengulang benda yang orang dah tahu.


Macam isu MARA dan hartanah di Australia, dia kurang faham dan hanya tahu dipermukaan. Hujahnya hanya nak orang berdisiplin macam askar ikut arahan tanpa soal dan budi bicara.

Tambah lagi, benda yang dia komen adalah retorik dan nilai content ZERO!

Pak Resat buat kenyataan politik dan ambil peluang nak kritik kerajaan UMNO dan BN. Salahlaku sebenar yang dia tidak tahu bukan oleh MARA tapi luar MARA. Penyamun sebenar pun penyokong PH!


Ada kebenaran Danyal kata Resat Raji has lost touch with reality on the ground.

Dalam isu tuduhan RM90 juta duit 1MDB diberi pada PAS, Resat Raji buta-buta termakan pembohongan Clare Rewcastle.

Namun, dalam bab ketenteraan, Husin sedia membuka minda untuk dengar Resat Raji walaupun dia sokong DAP dan PKR.

Setiap isu ada banyak pandangan berbeza. Dalam banyak komennya, ada pandangan lain yang lebih meyakinkan dan tepat menjawab.

Kita bukan bongles. Apa tu? Ada kamus tulis keadaan yang sentiasa bingung. Tanya Navy dan Air Force.

Adakalanya komen Resat Raji ini seolah-olah syok sendiri dengan pelbagai fakta dicurahkan tapi kesimpulannya lari lojik.


Dia memberi sebab budaya keislaman yang diterap dalam askar menjadi sebab bukan Melayu tidak sertai ketenteraan.

Alahai Pak Aji.. rajin lagi ker berkunjung masjid Sungai Kantan?

Takkanlah nak kembali ke zaman beer dan arak disediakan dalam majlis-majlis tentera dan kedai NAFI menjual dengan murah seperti zaman British Army.

Resat Raji pulak sebut kelemahan keupayaan pemohon Melayu dalam bidang sains dan matematik menjadi penyebab bukan Melayu lebih ramai menyertai Navy dan Air Force.

Jika demikian, berapa peratusan bukan Melayu dalam Navy dan Air Force berbanding peratusan penduduk kaum tersebut?

Dia nak komen pasal bukan Melayu, tapi begitu ramai Bumiputera bukan Melayu dan bukan Islam ada dalam tentera?

Entahlah apa asas Resat Raji nak komen pasal bukan Melayu dalam tentera atau askar. Dalam Regimen Askar Melayu, mestilah Melayu!

Dia nak bersuara untuk membela bukan Melayu dalam ketenteraan tapi ironinya, dia sendiri tak masuk Navy atau Air Force dan masuk Askar Melayu!

Buku sejarah Resat Raji

Namun, eloklah menegur NGO yang tidak tepat kata orang bukan Melayu tidak memperjuangkan kemerdekaan. Memang bukan Melayu ramai teribat dalam pasukan bersenjata ketika itu.

Baca juga buku sejarah yang bukan buku Pak Maon. Ketika itu, kebanyakkan bukan Melayu belum dapat kerakyatan.

Mereka takut menjadi stateless bila merdeka kerana ada suara-suara Melayu tidak mahu pendatang diberi kerakyatan. Akhirnya Tunku Abdul Rahman setuju beri 1 juta kewarganegaraan sebelum merdeka.

Entah jawatan apa Resat Raji ketika bekerja di Pejabat Perdana Menteri. Apa yang dia faham?

Resat Raji dan ada satu Kapten Bersuara pentaksub Mahathir. Husin pernah dengar kata-kata, "I'll take a bullet for the man". Mahathir kritik Tunku beri kewarganegaraan pada Cina dan India.

Satu lagi Resat Raji tak konsisten

Terbaru, Resat Raji kritik Najib kerana sebut di satu mesyuarat bahagian UMNO bahawa UMNO yang menentang melawan komunis.

Katanya tiada seorang ahli UMNO atau entiti UMNO yang rasmi angkat senjata untuk sertai pasukan bersenjata menentang Komunis.

Jangan perasan hebat sangat skot. Zaman emergency mula tahun 1948 kamu dah askar ker belum?

Dah dipanggil bodoh di FB...


Belum lagi cerita, orang perseorangan Melayu dan juga ahli UMNO yang menjaga keselamatan kampung dan daerah ketika itu.

Cerita Kiyai Salleh tu tak ada orang Melayu terlibat ker...

Jangan hairan kebanyakkan penyokong UMNO. Memang Yang DiPertua UMNO tahan dari terus mara dan lakukan pembunuhan beramai-ramai. Kemudiannya YDP keluar UMNO.


Elok saja Najib jawab balik.

Resat Raji ini hanya seorang yang taat dan akur cakap ketua tanpa fikir atau budi bicara atau soal.

Dalam isu Rome Statute, jelas sekali perlakuan tersebut di mana dia setuju tandatangan tapi akur dan faham keputusan kerajaan. Dia yang sebenar rak faham!

Dah gitu, cium saja tangan Mat Sabu tu...

Wow! BONGLES...!!!

5 ulasan:

Ghaz Spyro berkata...

Orang bodoh jangan dilayan

Tanpa Nama berkata...

Memang ramai tin kosong bersuara zaman PH. Mentri Pertahanan TIN KOSONG jadi bahan lawak dunia. Sebagai rakyat Malaysia aku betul betul !

Rahmah Mohd Rashid berkata...

Memang ramai TIN Kosong sekarang. Menteri TIN KOSONG berlambak! Memalukan! Buka mulut saja sudah tahu hanya cari salah orang lain! Kerena diri diri tak mampu perform!

Tanpa Nama berkata...

Hanya nak siarkan ulasan P Ramlee setepek kat muka org tua tu...

https://www.youtube.com/watch?v=NG3aPXMSB10

Tanpa Nama berkata...

Ish Ish...Bang Mat...Hang tu nasib baik ja jadi Menteri...jangan dok aksyen la. Hang ingat orang hormat hang ka...perut pun boroi...sudah lah...pi mampossss