
Tan Sri Syed Hamid Albar baru dilantik Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam. Selepaskan digugurkan dari kabinet, dia mengharapkan jadi Pengerusi GLC tapi belum dapat lagi.
Pencen manalah cukup. Itu yang dia nak cilok aset MAYC masuk ke Yayasan yang dia kuasai. Dapatlah masyuk sikit untuk menampung pencen.
Syed Hamid berazam untuk lakukan jawatan Suruhanjaya ini supaya adalah peluang-peluang lain. Kalau dia
fail, mesti dia tidak ada peluang lagi. Banyak orang tak suka dia.
Masaalahnya dia tidak ada pengalaman langsung dalam sektor pengangkutan, terutama sekali pengangkutan awam. Pengalamannya dalam pengangkutan hanya selalu menaiki kapalterbang semasa memgang jawatan Menteri Luar Negara.
Sebaik saja dilantik, Syed Hamid bertemu Dato Nazri Aziz untuk memahami isu-isu pengangkutan awam.
Nazri yang mengharap jawatan itu agak terkilan kerana tidak dilantik. Yang dilantik pula, yang tidak tahu apa tugasan Pengerusi Pengangkutan.
"Habib ... gini aje, kau bawak teksi aku seminggu. Sekejap aje
you faham masaalah pengangkutan awam.
"Aku kasi kau guna satu dari ribuan permit teksi aku. Kau cuma bayar sewa seminggu."
Nazri beri cadangan.
Syed Hamid setuju kerana cara
hands-on yang membolehnya meihat sendiri masaalah pengangkutan awam. Dia terus bayar sewa untuk seminggu pada Nazri.
Masuk hari keempat, Syed Hamid dah bosan. Dia sudah faham masaalah pengangkutan awam. Tapi dia perlu bawak sampai hari ke tujuh pasal nak
cover balik sewa yang dia dah bayar pada Nazri. Siapa tidak tahu Syed Hamid ini Arab yang kedekut.
Sedang dia memandu-mandu berlegar mencari penumpang, dia terserempak seorang jururawat yang rupanya macam Syahrizat menahan teksi. Segera dia berhenti dan jururawat itu masuk. Dia pandu ke tempat yang ditujukan.
Sambil memandu, Syed Hamid asyik tengok cermin belakang. Dia teringat mesyuarat kabinet pada hari Rabu. Dalam mesyuarat, dia selalu jeling-jeling tengok Syahrizat.
Selalu sangat dia jengok cermin untuk tengok jururawat itu sampai dia sedar. Dia hairan lalu bertanya, "Kenapa encik asyik tengok kat saya?"
Tersentak Syed Hamid termalu ditanya jururawat itu. Merah blushing muka dia sebentar.
Dengan rasa termalu, dia berkata, "Maaf. Tak ada apa-apa. Awak mengingatkan saya pada seorang yang saya pernah ada hati ... "
"Oh ye ke ...," jururawat itu berkata.
"Siapa dia tu?"
"Dia teman sekerja saya. Kami biasa berkawan dan berborak tetapi belum sempat saya berpeluang menyuarakan rasa hati, saya sudah diberhentikan kerja oleh majikan."
Temberang Syed Hamid.
"Rupa dia macam awak. Bibir dia pun bengkak dan cantik macam bibir awak. Teringin saya nak cium bibirnya."
Bertambah berani Syed Hamid.
"Oh begitu! Kesiannya ...
"Kalau begitu, untuk melepaskan rindu Encik, saya sedia beri Encik untuk cium saya," jururawat itu menawarkan.
Pucuk dicinta ulam mendatang. Kecil tapak tangan, nyiru aku persembahkan. Melonjak-lonjak hati Syed Hamid kesukaan.
Dalam hatinya, padanlah Nazri
playboy itu nak sangat jadi Pengerusi Pengangkutan Awam. Rupanya banyak peluang-peluang sedemikian.
"Tapi Encik .... saya ada syarat. Encik mesti masih
single," kata jururawat.
Syed Hamid terus mengaku bujang.
"Iya iya ... saya masih single. Walaupun saya nampak tua, saya tak pernah kahwin lagi."
Teksi itu berhenti di satu jalan sepi di Taman Tasek. Syed Hamid pergi ke belakang dan terus mencium jururawat yang rupanya macam Syahrizat selama 10 minit.
Sebaik selesai, mereka pun meneruskan perjalanan kembali.
Tiba-tiba Syed Hamid teresak-esak.
"Maafkan saya Cik. Saya merasa bersalah. ...
"Sebenarnya saya sudah berkahwin. Cucu pun dah ada."
Mendengar pengakuan pemandu teksi itu, jururawat itu pun tersenyum.
"Sudahlah Encik. Tidak ada apa-apa yang perlu di bimbangkan. Saya juga rasa bersalah."
Sedap hati Syed Hamid.
"Saya juga bukanlah seorang jururawat...."
Cepat Syed Hamid menjawab, "Takpa ...
Jururawat itu meneruskan, "Sebenarnya saya seorang Mak Nyah yang suka memakai baju jururawat ..."