Masaalah utama untuk UMNO Selangor adalah untuk mencari seorang tokoh yang boleh menandingi kehebatan Menteri Besar yang ada, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Walaupun Khalid kini sedang bermasaalah, biodatanya susah untuk ditandingi pemimpin Selangor yang ada.
Tanpa seorang tokoh sedemikian serta berupaya memimpin UMNO Selangor, selagi itu semacam ada kekangan bagi UMNO Selangor memulakan gerak kerja.
Perkara ini sudah lama jadi perbincangan dalam UMNO Selangor.
Akhirnya UMNO sudah ketemu tokoh yang sedia dan boleh menandingi keupayaan Khalid Ibrahim. Sila lihat video berikut:
Betul tidak Husin katakan sedia tandingi keupayaan Khalid? Dua-dua macam serupa. Calun kita sudah sedia pakai kot dan tali leher pun.
Kedua-dua menghadapi keadaan sama di mana penyokong-penyokong resah dengan perjalanan parti. Mereka berdua seolah tidak memahami permasalahan parti dan penyokong akarumbi masing-masing.
Yang anihnya, kedua-dua berhadapan dengan situasi yang sama di mana lain masaalah, lain pula cara menangani masaalah.
Kedua-dua juga memberi reaksi negatif terhadap penyokong. Khalid menghina ahli-ahli yang meninggalkan PKR kerana hilang keyakinan terhadap Khalid. Manakala, Noh Omar memanggil blogger yang menegur sebagai Musang Berbulu Ayam.
Tertinggal satu lagi persamaan. Dua-dua gagap ke?
P/S Oleh kerana Husin menegur, masuklah juga Kelab Musang Berbulu Ayam.