
Husin baru balik dari jemputan dari seberang laut untuk kerja-kerja khusus yang boleh membantu dilakukan dari sini. Semua sukarela dan tiada sesiapa kasi arahan atau jadi boss atau ketua untuk kasi arahan.
Kami buat kerja diam-diam. Tak suka riuh-riuh kerana lebih mudah kerja jadi. Tak famous pun takpa, janji tercapai tujuan.
Ada beberapa orang penting dapat kami berjumpa untuk dapatkan gambaran makro yang jelas. Perkara mikro bukan ruang minat kami.
Sebagai media alternatif, biasalah persoalan yang ditimbulkan atau soalan yang diajukan tiada selindung-selindung dan sembang-sembang agak terlalu santai.
Sayang sekali, keterbukaan itu tidak dapat dibezakan oleh orang tertentu yang tidak perlu kami jumpa tapi mahu juga ikut-ikut jumpa. Akhirnya rahsia diriuhkan dan sendiri nanti yang akan rugi.
Itulah kedangkalan pemikiran sesetengah Melayu apabila diri itu kekurangan ilmu dan jiwa kosong semasa mengejar sesuatu, maka mudah tertiup rasa hasad dengki.
Sayang sekali kerana Melayu itu pandai dan kadangkala bijak kalau mahu berfikir dan tidak diselubungi kegelojohan. Bila Melayu berhelah, lagi hebat dan halus berbanding kaum lain.
Ikut semangat 1Malaysia, kisha Melayu ini sesuai untuk semua warga.
Ini meingatkan Husin kepada cerita seorang rakan mengenai tiga orang rakan - seorang Melayu, India dan Cina - yang setelah berjalan mahu duduk rihat di sebuah warung.
Malangnya warung makanan itu kurang bersih persekitaran dan banyak lalat. Tetapi pasal kaki sudah penat, maka mereka terpaksa duduk juga di warung itu.
Rakan India kata biar dia bunuh dahulu lalat ini. Badannya memang tegap dan sasa. Orangnya memang kuat dan laju lumba lari.
Setelah beberapa lama dia mengejar dan menepok bunuh lalat, akhirnya dia letih dan hanya dapat bunuh 20 ekor lalat.
Masih banyak lalat lagi dan rasa kotor untuk order makan.
Rakan Cina pun bantu. Dia sangat pakar dengan chopstick dan macam aksi Jet Li dan Jackie Chan, dia gunakan chopstick untuk tangkap.
Akhirnya dia penat dan terpaksa berhenti. Banyak juga lalat dibunuh. Ada dalam 50 ekor. Tapi masih ramai juga lalat.
Tinggal si Melayu.
Dia fikir-fikir lalu dicucuk jari ke dalam duburnya dan dia angkat tangan. Ini bukan kesalahan meliwat ye ...
Berkerumun semua lalat ke jarinya dan rakan-rakannya terus membantu membunuh semua lalat. Dia lah hebat.
Baru mereka bertiga dapat order minuman. Melayu itu harap tidak lupa cuci tangan dahulu.
Maksud cerita ini adalah kalau Melayu itu mencari jalan menyelesaikan masaalah atau mengambil peluang dari keadaan, dia boleh mengguna otak untuk berfikir dan lakukan dengan baik.
Itulah sayangnya ... alangkah baiknya jika Melayu pandai selesaikan kerja yang lain dari melibatkan lalat dan dubur.