
KUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar mengulangi ketegasan bahawa individu dalam rakaman video seks fitnah bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Suara Keadilan melaporkan Nurul menyifatkan ini sebagai usaha jijik dan terdesak Umno-Barisan Nasional untuk menghancurkan Pakatan Rakyat.
“Kami tidak akan tunduk ataupun takut dengan taktik sedemikian,” kata Nurul Izzah ketika mengulas sedutan kedua rakaman video fitnah yang ditayangkan di internet oleh bloger pro Umno-BN hari ini.
Nurul, yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai menegaskan bahawa beliau serta ahli keluarganya tetap berdiri teguh bersama Anwar dalam menolak fitnah jahat berkenaan.
“Ini usaha paling terdesak yang terbaru bagi memusnahkan semangat juang kami dari landasan reformasi yang sangat diperlukan bagi negara ini,” tegasnya.
"Kami tidak terdesak langsung. Umno-Barisan Nasional yang terdesak."
Beliau menyeru rakyat Malaysia supaya bangkit melawan politik kotor Umno-BN.
“Kami menyeru semua rakyat Malaysia, abang dan adik, ibu dan bapa untuk bangun melawan politik jijik ini. Mari kita berusaha untuk merealisasikan satu negara Malaysia yang lebih baik,” tegas anak sulung kepada Ketua Umum KEADILAN itu.
Dalam klip video pertama, Nurul menolak individu dalam video itu adalah Anwar Ibrahim kerana perutnya buncit, ayahnya tidak berjanggut dan dahi berbeza.
Bagi video ini, Nurul jelaskan kemaluan dalam video bukan kemaluan ayahnya.
"Ianya terlalu besar," jelas Nurul

Ditanya bagaimana Nurul tahu, "Ahh tidak ... ibu beritahu. Semestilah saya tahu kerana saya berasal dari situ."
Nurul turut ditanya berkenaan gambar yang jelas menunjukkan tangan individu yang dipercayai ayahnya tidak kelihatan jam Omega yang diwar-warkan dan dipercayai dipinta oleh ibunya.

"Jam tersebut ada dirumah. Buat apa kami nak tunjuk-tunjukkan."
Justeru itu, Nurul turut mendesak supaya individu yang menyebarkan dan menayangkan video seks fitnah berkenaan- diheret ke muka pengadilan.
“Dalam semua keadaan, secara undang-undang, Islam dan undang-undang semulajadi- penjenayah sebenar adalah siapa yang menyebar video itu kepada awam,” tegas nya.
"Hukum menayang dan menyebar video lagi salah dan haram dari perbuatan berzina dengan pelacur dan meliwat kaum sejenis."
Ditanya samada Nurul mempunyai rujukan fatwa mana-mana, kata Nurul, "Itu yang ayah ajar kami cakap." -
Agensi Husin Lempoyang