Jumaat, Januari 06, 2012

Otak mahasiswa


Selepas demo di UPSI, seorang mahasiswi bergegas memanggil ahli bulan sabit merah. Kononnya, seorang mahasiswa terlantar cedera.

Mereka mendapati mahasiswa itu dan dimasukkan dalam ambulan untuk dihantar terus ke hospital. Mahasiswi itu ikut sama.

Di dalam ambulan, mahasiswi ditanya apa sakitnya mahasiswa itu.

"Otak dia tercedera," mahasiswi itu beritahu.

Selepas diperiksa kepalanya, dilihat tiada ada apa-apa yang cedera. Ditanya balik, "Kepala dia okay saja. Kenapa awak kata otak dia sakit?"

"Cuba periksa lututnya..."

Kelihatan lututnya berlumuran darah. Oh ... disitu terletak otaknya.

20 ulasan:

Anak Lenggong berkata...

Kebebasan apa yang mahasiswa perjuangkan?

DIEZA
Ampang, Selangor

SAYA amat kesal dengan tindakan sekelompok mahasiswa yang berdemonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini atas alasan memperjuangkan hak dan kebebasan pelajar yang dikatakan disekat oleh kerajaan.

Timbul satu persoalan di fikiran saya, kebebasan apa yang disekat? Saya juga adalah bekas mahasiswa universiti. Dalam tempoh empat tahun pengajian saya tidak nampak kebebasan sebagai pelajar disekat.

Kebanyakan pelajar masih bebas bergerak, bersosial mahupun menyertai organisasi yang ditubuhkan di dalam universiti.

Jadi kebebasan apa yang dituntut? Adakah kebebasan pelajar bergiat aktif di dalam politik itu sesuatu yang sangat wajib dan dituntut oleh agama?

Buat mahasiswa-mahasiswa berkenaan, kita bukan lagi berada di zaman reformasi sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi pelajar. Era abad ke- 19 berbeza dengan era abad ke-21. Persaingan dan survival masyarakat, terutama bangsa Melayu dan agama Islam, adalah sangat penting demi meneruskan kelangsungan agama Islam, budaya dan juga ekonomi bangsa Melayu.

Apakah dengan mendapat kebebasan berpolitik di kampus segala aspek yang saya sebutkan tadi dapat diperjuangkan oleh mahasiswa berkenaan?

Realiti masyarakat Melayu pada masa kini adalah mereka sebenarnya lupa tentang adab Islam, akhlak yang baik dan juga pentingnya ilmu sebagai tunjang membangunkan bangsa dan umat Islam.

Kepada mahasiswa yang terlibat, seorang pemimpin akan menjadi lebih berkualiti jika mempunyai ilmu dan kefahaman yang sangat tinggi terhadap ilmu yang dipelajarinya.

Sehubungan itu, adalah lebih baik untuk mereka menumpukan perhatian terhadap penguasaan ilmu yang realitinya pada masa kini kita masih ketinggalan daripada bangsa yang lain.

Jika keadilan yang diperjuangkan, maka anda semua harus adil kepada diri anda sendiri, agama anda sendiri dan negara anda sendiri.

Sebagai anak Melayu beragama Islam, saya berasa sangat malu melihat tindakan mahasiswa-mahasiswa ini menghamburkan kata-kata kesat, berbaring di atas jalan raya yang jelas tidak melambangkan keperibadian Muslim yang baik.

Ilmu agama mengajar kita dengan akhlak, bukan dengan kebiadaban terhadap saudara sesama Islam mahupun bangsa lain. Insaflah, jangan kerana nafsu ataupun hasutan melulu daripada sesetengah pihak merosakkan masa depan anda semua.

Saya mengingatkan kepada semua ibu bapa, para pemimpin politik, para tenaga pengajar untuk sama-sama menggalakkan anak-anak kita supaya menggunakan peluang yang ada untuk menuntut ilmu sebaik-baiknya. Peluang untuk berpolitik dengan lebih matang akan terbentang luas selepas menamatkan pengajian.

Tanpa Nama berkata...

Otak depa kat lutut

nak demo di tempat orang sampai turunkan bendera orang. Itu namanya biadap.

Demo sampai klinik pecah

Tak peduli exam week

Elleh ... nak tuntut hapuskan AUKU. Masa Anwar menteri pelajaran, ada student dibuang sekolah kerana berdemo.

Tanpa Nama berkata...

Dri kasi mahasewel yang masih mentah dan mudah dipengaruhi, lebih baik beri kebebasan pada masyarakat luar.

Student ni tahu apa?

manjung berkata...

kesian mak dia yang lahirkan anak otak kat kepala lutut...huhuhu

Tanpa Nama berkata...

Alahai UPSI, tak pasal-pasal tercalit dek mahasiswi yang otaknya terletak di kepala lutut.

Lain kali bila pilih calon-calon pelajar, pastikan betul-betul otak calon itu berada di kepala dan bukannya di lutut.

hero bera berkata...

mahasiswa skrg dah terlebih bebas, apa lagi kebebasan yg mereka mahu hinggaka ada yg mengamalkan sex bebas pun, byk sungguh kesnya tak kira di ipta atau ipts

Tanpa Nama berkata...

maysuk ribu-ribu tu yang dok jadi anjing gila wohahaha

helang berkata...

Hahaha. . . Lutut sungguh pemikiran mahasesel ni. Mari kita sama2 talkin kan bro sg buloh. 3 hari je to go.

Tanpa Nama berkata...

esok kalu anak murid biadap jangan marah haaa...

Tanpa Nama berkata...

UPSI yang dihormati telah dicemari oleh para mahasiswa/i yang akai letak kat pala lutut...sungguh memalukan!
Apakah tindakan pengurusan UPSI? Diam tak terkata?

Mahasiswa camni ke nak ajar anak-anak kami?

Tanpa Nama berkata...

Buat apalah kau orang tulis komen panjang2 kutuk budak2 tuh? Kan kau orang dah tau otak pembangkang, macamana sekali pun kau orang tegur, dia orang tak akan peduli, memang itu sifat mereka.

Biarkan mereka terus sesat, takde orang yg akan menanggung mereka nanti selain dari ibubapa pembangkang mereka jugak. Biar mereka gagal dalam pelajaran, pastu dibuang dari IPT, padan muka.

Tanpa Nama berkata...

ABUkan AUKU, ISA, NFC..

Chegu berkata...

Haha... Nais tuan haji

Tanpa Nama berkata...

ABAI ...ABAI ...ABAI ...ABAI ...ABAI ...ABAI ...ABAI ...ABAI ...ABAI ...ABAI ...ABAI ...ABAI ...ABAI ...ABAI ...ABAI ...ABAI ...ABAI ...ABAI ...ABAI ...ABAI ...ABAI ...ABAI ...ABAI ...ABAI ...ABAI ...ABAI ...ABAI ...ABAI ...ABAI ...ABAI ...ABAI ...ABAI ...ABAI ...ABAI ...ABAI ...ABAI ...ABAI ...ABAI ...ABAI ...ABAI ...ABAI ...ABAI ...ABAI ...ABAI ...ABAI ...ABAI ...ABAI ...ABAI ...ABAI ...ABAI ...ABAI ...ABAI ...

mahasitua berkata...

Usin,

tak boleh salahkan mahasewel yang ada dilahirkan kat IPTA sekarang.

sebabnya kebanyakkan mak bapak depa ni dulu pun adalah generasi mahasewel zaman anwar.

yang lain tu ikut buta aja sebab sebelum ni duduk bawah ketiak mak.

bila baru dapat bebas duduk kat hostel tak ada mak bapak nak control, jadi lah macam beruk dapat cincin.

Ni lah orang tua dulu kata bodoh tak boleh di ajar.

Tanpa Nama berkata...

Warith Hussein
Den Mohon izin saya masuk:

Umum tahu bilangan penduduk Malaysia terdiri dari 28 juta rakyat (MYKAD BIRU), dan 2.4 juta warga asing pekerja asing dan pati terdiri dari 1.3 pat yang belum daftar di program 6P yang berakhir hari ini januari 6.

Termasuk dalam 28.5 juta penduduk warga negara malaysia ialah 7.0 juta belia dan kaum muda mahasiswa dan golongan Jenerasi Y.

Juga ada 100,000 warga asing dari afrika Iran cina india bangla indon filipine vietnam yang di beri pas pelajar olih KDN,yang di sokong olih KPT(Khaled dan Saifudin).

Jenerasi Y termasuk mahasiswa telah hanyut laghra lupa daratan dan hidup untuk hari ini dengan pembiyaaian ibu bapa dan PTPPN.

Trajedi hidup Jen Y dan mahasiswa akan bermula apabila sudah sampai masa untuk berdiri kari, adakah prasarana negara dapat memberi pekerjaan high income blue ocean liberal kelainan bertunjang ciri ciri kepimpinan dan dan kemahiran akademik Jen Y untuk 7 juta orang yang akan menghadapi cabaran world view global dan glokal?

Trajedi yang ke 2.:
7 juta Jen y di suntik dengan impian mimpi bayangan yang lukis olih semua pempinpin politik di persada politik Malaysia.

Adakah 1M yang lebih inclusive dan liberal untuk di contohi olih 7 juta Jen Y lebih baik dari laungan ABU atau 901 dan "Academic Freedom" ?

Trajedi yang ke3 :
Taraf kePempimpin Malaysia sudah jatuh rendah kerana para saintis kata sudah banyak "inbreeding" berlaku dan "gene pool" kita sudah mengecut bagi semua parti politik besar dan kecil.

Trajedi ke4 :
Kalau Najib bolih kita gelar pemimpin atau saorang yang menunjol watak kepimpinan, tiada ruang dan peluang untuk PLAYSAFE Mr KOOL engagement futsal,tapi menunjukkkan inklusive nya.

Trajedi yang ke5
Dalam kalangan rakyat 28 juta sudah tentu ada bala pempinan negara tapi mereka awal awal sudah kerjajaya yang lain , Corporate ,Ketenteraan, profesional perbankan Nazir dan biznes ACCIM now every can fly dan juga perkhidmtan pendidikan atau kerajaan, Azman dan Danny, atau lompat parti lain dah tak dapat peluang...

Akhir kata ,kita di beri peluang
selama 55 tahun dan lebih, dan kalau buat bandingan dengan negara yang mula sama dengan Malaya /Malaysia,kita bangga dengan subsidi demi subsidi yang menguntung kan warga negara asing, bangga cuti umum yang terbanyak sekali,bangga dengan KLCC dan korridor,bangga terbuka pintu sebesarnya kapada warga afrika dan iran dan pompuan china doll dan bangga dengan senyuman selamat datang kapada warga asing di KLIA yang sedludup dadah dan bangga dengan kemurahan hati kapada 2 juta warga Indonesia yang menghantar pulang RM6 billionRM hasil duit subsidi...malaysia.

Saya minta lah, sesiapa pun, kalu Najib,Najib lah, "carpe diem," "no to playsafe", pakai lah chain saw , ta guna pakai pisau pembedahan untuk meminpin negara,bukan jadi mr kool untuk 7 juta kaum Jen Y dan mahasiswa yang memerlukan kerja dan "the right to work".
Soal produktiviti mudah aje,tak susah kurang kan cuti umum dan hantar pulang 2.3 juta pekerja asing.

Najib perlu fikir dan bertindakk untuk mendapat kan pekerjaan untuk 7 juta orang.
Kalau Najib tak mampu, amal kan "lead ,follow or GET OUT OF THE WAY".
Dapat lesen besar 1M
arjuna waspada
chabgkat lobak.

Tanpa Nama berkata...

...Sin ... Tibo2 doktor tu cakap '..kek lutut pun tak jumpo otak eh ...macamano ?' ....nak kono sambung part two cerito ni ...! Keh ...keh ...

Tanpa Nama berkata...

Kononnya nak menentang AUKU. Tapi AUKU dah dihukum mahkamah tak mengikut perlembagaan - maka tak boleh dikuatkuasakan. Nak berdemo pasal apa? Memang betul otak mahasiswa kat kepala lutut

Rabbit

Tanpa Nama berkata...

Otak mahasiswa Melayu yang suka berdemo adalah otak dah bodoh lagi stupid. Tak pandai belajar. Dapat masuk universiti pun rating nya third class.

Tanpa Nama berkata...

rating mahasiswa Melayu yang berdemo adalah rating HAPRAK danHP6!