Selasa, Januari 10, 2012

Wacana Sinar HAIRAN


"... baiklah tanpa membuang masa saya tujukan kepada YB Nurul Izzah dan Datin Seri Dr Wan Azizah sebagai ahli keluarga Dato Seri Anwar Ibrahim. Apa perasaan sekarang setelah Anwar lepas dari jangkaan ramai bahawa dia akan dipenjarakan?"

Sebagai YB, Nurul menjawab dahulu, "Pertama, saya kini yakin bahawa sistem kehakiman tidak setempang yang saya kata. Kedua, ini adalah satu kelegaan kami yang telah berjuang berhadapan dengan fitnah ini selama lebih 10 tahun dan pengorbanan saya yang tidak dapat menghayati hyat muda saya."

"Kak Wan?" Wan Saiful dari kumpul ultra liberal IDEAS menujukan soalan.

"Alhamdulillah ... saya rasa syukur. Pengorbanan kami sekeluarga membuahkan hasil. Namun, saya masih lagi tidak lega sepenuhnya. Pihak pendakwaan masih boleh merayu dan ada banyak lagi laporan polis terhadap Anwar yang boleh bertanya diguna untuk menganiayainya.

"Buat setakat ini, biar saya luahkan ucapan terima kasih .... isy isy ... yang teramat sangat pada pihak yang telah .... bersama kami menyokong .... isy isy isy ...membantu ... Maaf saya terlalu sayu untuk meneruskan."

Nurul pun kelihatan mula nak menitiskan air mata. Lalu Wan Saiful terus mencelah.

"Tak apa Kak Wan .. Nurul. Banyak bersabar ... Banyak lagi kita nak berbincang ni.

"Baiklah, kita tanya pula saudara Shamsul Iskandar yang terlibat mengerakkan 901."

Sam Kemetot hanya memberi signal tangan meminta ditujukan soalan kepada ahli panel yang lain. Dia kelihatan turut serta menangis teresak-esak.

Rupanya disebalik misai yang menjadikan wajahnya garang, Sam Kemetot seorang yang sensitif rupanya.

"Tok Guru Dato Seri Haji Hadi Awang ... apa pandangan Tok Guru dengan keputusan ini?"

"Saya turut tersentuh juga dengan nasib keluarga Dato Seri Anwar Ibrahim. Akhirnya keadilan ditemui buat dirinya yang mana ... setelah meninggalkan UMNO, tidak henti-henti ....... berhadapan dengan fitnah dan tomahan... "

Haji Hadi berhenti sekejap mencari saputangan dari poket seluarnya dan dihenbus hidungsnya.

"Isy isy isy ... mintak tanya dulu Dato Zaid Ibrahim ... "

Dah Hadi pun sama sebak.

"Dato Zaid ... mungkin nak cuba soalan yag sama."

"Buat diri saya, mahkamah sudah buat keputusan dan saya sebagai peguam dan pengamal undang-undang, akan menghormati keputusan itu sebagai sebahagian dari proses perundangan. Walaupun saya pernah secara terbuka mengatakan Anwar mungkin telah melakukan ... isy isy isy ... yang mana saya kesali dan harap Kak Wan sekeluarga sedia maafkan, ... isy isy isy ..."

Zaid pun turut bersedih dan tidak upaya menghabiskan ayatnya.

Wan Saiful pun segera tujukan soalan kepada Tengku Razaleigh, "Saya tanya soalan lain. Tengku ... kenapa ahli-ahli panel semua sayu dan sedih?"

Ku Li menjawab, "Mereka ini semuanya bukan apa. Semua mereka mengharap Anwar masuk penjara supaya ada peluang untuk mereka kalahkan Najib dan jadi Perdana Menteri. Saya dah lama dalam permainan ini, dah 40 tahun sebagai wakil rakyat Gua Musang yang tidak pernah kalah. Saya tahu ... sebelum awak lahir saya sudah wakil rakyat ...

"Isy isy isy ... saya pun nak juga. Isy isy isy ... ini juga peluang terakhir saya nak jadi Perdana Menteri ...isy isy isy ...."

Akhirnya Tengku Razaleigh pun turut serta menangis.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tengku Razali Hamzah mmg real negarawan. Respek lah dia. :)

Tanpa Nama berkata...

NASIB BAIK AMANAH BELUM DECLARE SOKONG PR.MASIH BOLEH BUAT U-TURN.

Tanpa Nama berkata...

Ambo ramalkan Anwar akhirnya akan jadi PM juga setelah benteng UMNO diruntuhkan dari dalam oleh "PKR sleepers" dalam UMNO. Masa tu Anwar dah separuh buta, nyanyuk..macam Gusdur yang pernah satu ketika dulu jadi President Indonesia semasa era kejatuhan Suharto..

Nik Rahmoh

azman berkata...

Assalamualaikum..sein.

Semua mereka nangis sebab hajat tak kesampaian la ye..tapi kak jijah yang paling sedih, kenape?

Die jawab dalam hati je, sedangkan dalam cell die bole buat tut**** inikan pule dah lepas bebas..Ikan sepat kering ni tak laku laaa.huhuhuhu

Tanpa Nama berkata...

isy..isyy... hoooreyyyyyy

Quantum Metal Consultant berkata...

Anwar dah tahu lama sepak terajang UMNO..

Dia tahu, lepas bebas bermaksud lepas ni dia akan kena sepak lagi..

Siap badan je lah nuar oiiii..

Tanpa Nama berkata...

bagus satira tuan husin ini, buat pengubat duka lara kerana ingatkan selama ini anwar akan pi ke sungai buloh, rupanya menuju ke putrajaya.
Sia-sia saja tuan husin duk hidang karipap dan kunyit kat kita semua selama 3-4 tahun ini.

Siddiq sepakrage berkata...

rosak program aku... ish ish ish.

Dot berkata...

setiap sorang ada niat & hajat masing2...

kalaulah kambing boleh terbang tentu kambing tu dah terbang!