
Husin melihat episod pembangkang mempolitikkan isu BR1M dengan kisah orang Arab yang jarang merasa hujan.
Bila satu isu telah dipolitikkan, sebarang hujah ada saja jawabnya. Kalau gini, gini jawabnya. Kalau gitu, begitu pula jawabnya.
Begitu juga isu pemberiaan RM500 dari kerajaan kepada setiap rakyat yang jumlah pencarian sebulan untuk seisi rumah yang bawah RM3,000. Tujuan adalah membantu untuk meringankan perbelanjaan dari kenaikkan harga barang. Sepnuhnya tidak dapat, tapi sebahagian.
Masalaah kenaikkan minyak dan harga barang tidak boleh ditahan lagi, pasaran komoditi dan minyak dunia dah naik dan jumlah subsidi dah terlalu banyak. Kita menipu diri kita untuk percaya ianya boleh diturunkan atas sebab ketirisan saja. APa langsung dia memerintah ketirisan boleh turun ke taraf sifar?
Nak tunggu Meodel Ekonomi Baru berdasarkan pendapatan yang tnggi belum lagi menjadi, hanya di peringkat atas-atas saja. Peringkat bawah perlu justifikasi kenaikkan produktiviti tapi belah atas lagi rugi lagi naik pangkat dalam Khazanah dan GLC.
Kita pergi dulu ke kisah hujan turun disebuah negeri Arab.
Hujan jarang turun di negeri Arab tapi bila turun sangatlah lebat. Berlarilah orang Arab mencari teduh melainkan orang Malaysia yang dah lama rindukan hujan seperti di Malaysia.
Orang Malaysia siap bermain dalam hujan. Mereka pergi ke teduhan yang ramai dengan orang Arab dan kutuk mereka.
"Apalah ente ini semua? Hujan itu air saja. Air membawa rahmat kepada kamu. Hasil pertanian subur. Cuaca kurang panas. BUat minuman menyambung hidup.
"Kenapa ente semua lari dari rahmat?" tanya orang Malaysia.
Lama orang Arab itu berdiam. Akhirnya dia bersuara, "Ya Sheikh ...
"Ana bukan lari dari berkat dan rezeki. ANa tak mahu memijak barkat dan rezeki dari Allah. Maka ana tidak mahu memijak berkat dan rahmat dari Allah."
Baik punya spin Pak Arab ni. Apa sekali kita kata, ada jawabnya. Itulah politik. Banyak hujah tapi fakta ellekkk ....
Reaksi dari pembangkang terhadap BR1M pun bagai dijangka macam arab berlindung bawah hujan. Padahal mereka yang berslogan "merakyatkan ekonomi" dan bukannya seperti BN yang bukan memberi ikan tapi membantu rakyat mengail ikan selama-lamanya.
Ada antara mereka kata BR1M ini rasuah, jangan ambil. Ada kata dikasi ambil, tapi undi belum tahu. Itu fatwa Nik Aziz membolehkan ambil rasuah.
Tak kasi nanti dikata kerajaan macam-macam. Bila kasi macam-macam pula mereka berdalih. Memang betul macam kisah Arab lari dari hujan.
Takpe biasalah pembangkang. Itu pasal dengar tak apa tapi ikut jangan pembangkang ini. Tak akan selesai masaalah, menambah adalah.
Namun bagaimana pun, banyak-banyak dalih pembangkang, tidak tak sehebat satu puak yang suruh ambil BR1M, tapi kasi sebahagian kepada parti.
Ini bukan pandai dalih tapi baruah punya kerja.