Selasa, Ogos 28, 2012

Janji Atuk pada "cucu" ditepati

Perayaan kemerdekaan tahun ini nampaknya meriah betul. Ada pelbagai macam-macam poster kemerdekaan.


Poster ini menunjukkan kanak-kanak tersenyum yang membawa mesej rakyat suka dan gembira apabila kerajaan telah tepai janji kontrak sosial yang diperlembagaankan 55 tahun dahulu ketika nak merdeka. 



Poster ini menunjukkan pelbagai hadiah buat rakyat hasil dari menepati janji antara rakyat dan kerajaan di mana kerajaan yang memerintah menjanjikan kemajuan, kejayaan dan kebanggaan, manakala rakyat yang diperintah menjanjikan sokongan dan taat setia untuk hidup aman dan damai.

Selain dari dua poster di atas, dipercayai ada tiga lagi poster 55 tahun merdeka janji ditepati yang telah dibangunkan.


Selain itu, ada poster Janji Ditepati yang merupakan sebahagian dari poster kempen parti menjelajahi tanahair. Ada pula yang tidak fikir dalam-dalam lalu main ambil buta tanpa fikir panjang untuk guna slogan politik orang lain sebagai slogan kemerdekaan ...


... yang sepatutnya lebih menjurus kepada mesej patriotisma dan bersatu. Mesej itu macam boleh ditafsirkan hinggakan kata tak setuju dengan slogan 1Malaysia



... tapi akhirnya 1Malaysia. Malah ada kata ianya elemen kristianisasi dan merpati merah bermakna Jesus Christ selamatkan umat manusia dengan darah.


Ada pula di Kedah tidak guna slogan Sebangsa, Senegara, Sejiwa atau 1Malaysia tapi guna slogan Teruskan berbaki. Eh eh ... design ciplak juga. 


Itulah Husin katakan apa-apa saja boleh ditafsirkan dari slogan dan simbol tapi bila macam-macam poster dan slogan semua ini menjadi seolah-olah negara kita bercerai berai.

Yang ingin ditanya juga ialah macam mana poster, slogan dan lagu standard budak sekolah boleh digunapakai?


Kalau mesejnya Atuk sayang "Cucu", jangan guna slogan Janji Ditepati.


Kasi malu sama Dato Najib saja.

Wow! Lagi untung "cucu" buat dan pasang poster dari jual unta.

7 ulasan:

aadn (Ada Apa Dengan Nama) berkata...

Lepas tu ada hati nak keluar TV buat ucapan sendiri aktiviti-aktiviti Hari Merdeka. Buat senarai dan paparkan sahaja sudah memadainya.

Inikah kualiti pemimpin-pemimpin kita tatkala ini?

Tanpa Nama berkata...

Jika "cucu" yang dimaksudkan itu chairman finas, dia pun "atuk" yang ada director ahmad idham sebagai "cucu".

Buat filem pakai duit finas juta2 pun tak laku. Finas punya first rm1 million pun tak dapat.

Mcm mana filem malaysia bila rais letak bahalol mcm dia

Tanpa Nama berkata...

Semua ini brrlaku kerana najib pemimpin yg tidak tegas, takut utk bertindak segera dam mahu jadi populis.

Kalau gini, takyah jadi pm tapi jadi suami karaoke popular.

Tanpa Nama berkata...

Jgn sampai tahun depan bn berslogankan akhir sebuah impian

Tanpa Nama berkata...

apa saja yg rais kasi kat 'cucu' nya mesti jadi sampah. lepas bagi logo..rais kasi cucu nya buat lagu plak..last2..lagu pn ciplak dari lagu gereja..tok e..tok e..

Jelobak Ko Jobolu berkata...

Cari duit pencen utk jago cucu ko, rais . . .

jebat berkata...

Rais dah tua !! Dah mula nyanyok !!
Gaik berundur sebelum terrlambat !!
Rais oh Rais !!, Ana benci Rias !!