Rabu, Ogos 15, 2012

Laman Web paling power


Internet sudah jadi begitu powerful dan boleh membawa perubahan sosio-politik. Maka laman-laman web di Internet mula mengadu domba dan tunjuk terer mengaku masing-masing power dan berpengaruh terhadap dunia.

WIKIPEDIA: "Aku tahu semua, beb. Aku pandai!"

FACEBOOK: "Aku pula kenal dengan semua orang. Aku boleh mempengaruhi ramai orang."

FRIENDSTER: "Alah Facebook, semua kenalan kau tu, kau curi dari aku! Aku yang terer sebenarnya."

MYSPACE: "Kami musuh anda wahai Facebook. Kami akan kejar kamu hingga jadi leboh kuat dan berpengaruh!"

TWITTER: "Takpe Facebook, aku back-up kau. Aku sebenarnya yang berkuasa dan berpengaruh."

GOOGLE: "DIAMMM SEMUA!!! Aku ada semua yang korang ada dan semua orang rujuk kat aku. Akulah yang berkuasa dan berpengaruh!"

MOZILA: "Eh eh ... jangan kerek ye. Tanpa aku, korang tidak boleh diakses dan search."

INTERNET EXPLORER: "Wei Mozilla ... jangan jadi durian lupakan kulit. Sindiri ingat ye ...  Semua terhutang budi pada bapak gua Microsoft, Gua kan ada lagi bro!"

MOZILA: "Lu pehal? Kacau line orang jer!"

INTERNET EXPLORER: "Gua dulu la mamatttt ... jangan nak mengaku lu sorang jer boleh akses pada diaorang tadi!"

INTERNET: "Sudahlah Yob... Jangan gaduh-gaduh! Kalau aku takde, korang lagi la takde! Power tak aku?"

FACEBOOK: "Hmmm, akulah yang paling ramai di kunjungi . Jadi gua yang terbaekkkkk!!!"

YAHOO: "Facebook, jangan riak. Kalau aku takde, mana boleh buat email!"

GOOGLE: "Yahoo, gua kan boleh buat email gak!"

MAXIS, CELCOM, TMNET, DAN TELCO LAIN: "Ehem! Lu org ingat kami ni kayu?" (dengan serentak)

RAIS YATIM: "Kau orang ni semua dengar baik-baik. Aku Menteri dan akulah berkuasa. Dalam Kementeriaan aku, nak beli pensel pun kena cari aku untuk luluskan beli. Puluh juta punya Din  Sirap ada untuk kira macam penyamun dalam gua.

Aku tak perlu kau orang. Sampai nak reka slogan, logo dan lagu Merdeka pun aku boleh karang sendiri.

Semua Ketua Pengarah hanya jadi aku punya pengiring Majlis dan ekor aku ke sana ke mari. Semua takut dan kena akur dengan aku. Nak apa-apa mesti ampu aku.

PM suruh tayang wayang Tanda Putera pun aku boleh perlecehkan tayangan bila aku dengki. Najib dan Rosmah dah aku kelentong orang seolah-olah aku dan Maznah pegang!!!

Penerangan dan Multimedia dalam tangan aku. Wayang dan TV aku pegang. Internet ni aku yang  berkuasa atas MCMC. Kau orang banyak sangat fitnah, aku boleh saman dan akhirnya Sharpshooter masuk penjara. Aku boleh buat undang-undang baru.

Akulah yang power dan berpengaruh... muahahaha..."

Tiba-tiba petir turun dari langit yang cerah dan tidak hujan. Suara bergema dari langit dengan cahaya keluar macam lampu kelip-kelip keluar ... 

JIBRAEL: "Hoi tangan sotong dan otak layak masuk museum! Tak payah nak berlagak siapa paling power... Alam ini ALLAH yang buat dan dialah yang paling berkuasa dan berpengaruh!!!"

4 ulasan:

Unknown berkata...

sinis dan benar

Jawa Paradoks berkata...

hehehe. Tapi memang benar kan? DS Rais ni suka sangat buat benda tak signifikan tanpa buat kajian. Mungkin sebab beliau ada PhD kot, tak perlu lah rujuk kat pendapat orang lain dulu.. :)

Satu perkara yang saya tak rasa penting, DS Rais ubah irama rentak lagu negaraku dari rentak march ke rentan slow macam sekarang. Budak-budak nyanyi time perhimpunan sekolah rasa mengantuk. Kenapa nak ubah, irama March zaman Dr. Mahathir dulu kan bagus.

usin kencing berdiri berkata...

Bukan ke lagu dan tema hari kemerdekaan tu keputusan kabinet? kalau ente nak marah ente marah le Najib. Ade bran?Ente banyak munyik le usin

Tanpa Nama berkata...

well come back husin lempoyang.

sentuhan mu mula kembali.