Itu Haji Hadi dulu, PAS dulu.
PAS kini sudah lain.
Banyak pendirian dan amalan PAS dari tahun 1981 seterusnya selepas keluarnya Amanat Haji Hadi telah lari dari isi kandung amanat tersebut.
Mana tidaknya, PAS sudah berubah agenda dari Negara Islam dan hukum Hudud ke negara Kebajikan.
Dari tidak boleh berkerjasama dengan kafir, kini mereka pertahankan segala tindak tanduk rakan cauvanis yang anti Islam, DAP.
Dari dahulu wanita tidak boleh bertanding, kini sudah ada ramai Muslimah yang jadi YB ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri.
Abang Haji sudah pakai kot sekarang ... |
Dahulu PAS kata pakai tie, baju batik, baju kot, songkok hitam dan lain-lain pakaian biasa sebagai megikut orang kafir. Kini orang PAS dah pakai tie yang dikatakan dahulu ada salib di leher, Nizar punya banyak baju batik, tak langsung pakai kopiah sekarang, jangan cerita pakaian kot berwarna-warna Husam dan kasut Bally.Elok sekali sempena Hari Krismis dan Khalid Samad kata isu murtad ke Kristian hanya diperbesar-besarkan UMNO supaya Presiden PAS Dato Seri Hadi Awang mengeluarkan Amanat Haji Hadi versi tahun Krismis 2012.
Ia patut berbunyi seperti berikut: .
Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita dah lebih teruk dari UMNO, bukan kerana nama kita PAS. Kita sudah mengikut Barisan Nasional kerana kita pun nak memerintah kerajaan.
Kita pun sama kafir kerana kita pun mengekalkan perlembagaan penjajah apabila memerintah Kelantan, Kedah, dulu Terengganu, sekejap Perak, dan bersama-sama dalam Selangor, mengekalkan undang-undang yang dulu kita panggil kafir, mengekalkan peraturan yang dulu kita panggil jahiliyah.
Oleh kerana itulah kita kena akui mereka betul. Oleh kerana itulah kita harus mengakui cara mereka betul. Oleh itulah kita mesti cuba jadi lebih teruk dari mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita sudah jadi jahat, ucapan kita banyak bohong, putarbelit dan fitnah, derma kita dari sumber haram dengan menyeleweng Tabung Memali, kebas duit ahli Kohilal dan komisyen dari tauke-tauke Cina.
Malu kita nak bergantung kepada Allah dalam menghadapi puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, sia-sia mati katak. Kita tipu diri ngaku aakan mati dalam Islam.
Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita masuk PAS untuk jadi "kafir" dan munafiq yang 'menyalahguna ugama, cakap tidak serupa bikin.'Namun, Husin pegang kata-kata Haji Hadi yang berikut:
Cari-cari dan baca-baca buku berikut untuk tahu benarkah "perjuangani kita benar"?
Wow! Paling untung jual orang yang selalu jual orang
11 ulasan:
Aduhhhh ....kena sepenampar
Takebeer
Sebelum ini bila ditanya kenapa kini boleh kerjasama dengan DAP, jawabnya kerana kita ada tujuan dan hala tuju.
Kalau begitu, bukankah BN ada tujuan untuk negara jadi aman sejahtera dan serta makmur
Menunggu macam mana PAS putarbelit ...
Jeng jeng jeng ... atau dia akan berdiam tidak terkata apa.
NOK NOK
Camner eek, kalo UMNO joint kapir untuk mendirikan sebuah kerajaan di katanya kerajaan Toghut, tapi kalo PAS joint kapir gak untuk bentuk kerajaan di katanya pejuang agama???
Yang pasti Nik Aziz akan jawab bagi pihak Hadi tak lama lagi..jawapan yang menyelamatkan Hadi untuk terhutang 'body' dengan Nik Aziz.
Kalaulah Hadi memohon maaf bab kapir ni, di belakangnya tentulah Nik Aziz yang menunggu giliran untuk mohon maaf bab murtad.
UMNO dah lama maafkan mereka, maafkan kerana 'kebodohan' mereka.
Pas dulu dengan pas pok nik kon ni jauh bezanya. Pas dulu jauh dengan dap, pas pok nik kini dap dalam dakapan.
Semoga tuan HJ Husien di beri Pahala...
Amanat Hj Hadi VS Amanat Mahadhir...
1. Tidakkah Mahathir pernah mengatakan pada 14 Julai 1992 bahawa 'apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan?" Tidakkah Mahathir juga yang menyebut pada 3 Mac 1994 bahawa 'hukum rejam kepada penzina adalah primitif...
2.hudud tiada di dalam Al-Quran dan ciptaan ahli fekah...
3.Lebih baik sokong syaitan dari sokong maklaikat....
adalah lebih baik kira nya di terbitkan juga buku amanat Dr mahadhir seperti mana terbitnya buku amanat HJ hadi...
elok buku ini di terbitkan oleh ILMU...ulama muda UMNO...Ahli Majlis Syura ILMU Ustaz Rasul Dahri...
Cuma nak tanya Tuan HJ husien yang baru balik dari Mekah...tentang ayat 45..surah Al maidah
" Dan kami (Allah) telah tetapkan terhadap mereka di dalam (At-Taurat) bahasannya jiwa (dibalas dgn jiwa), mata dgn mata, hidung dgn hidung, telinga dgn telinga, gigi dgn gigi dan luka-luka (pun) ada kisasnya. Barangsiapa yang melepaskan (hak kisasnya), maka melepaskan hak itu (menjadi) penebus dosa baginya. Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim."
sin
ular pas dah mula putaq belit.
umno takde terbit pun amanah mahathir. det takde kafirkan org islam dan pecah belah perpaduan masyarakat.
yg kunun amanah mahathir tu tahun 1992. tunggu rujukan dan bukti.
yg hok kafirkan org islam tu lebih dulu tahun 1880an
bab ayat quran tu sin, takyah jawab. itu ajer ayat yg org pas pisss kencing dan pus nanah tau.
ayat psl akhlak, psl keadilan, psl perpaduan, psl keutamaan melebihi furu tu depa tak tau
bab ayat menkadir org islam, kasilah pas. masa tu, lain dari islam dikira kafir. abim pun depa kapiaqkan.
sori sin
amanat hadi dicetak dan disebarkan pas
umno takda pin amanat mahathir.
amanat hadi ada bukti ceramah tahun 1982. perbetulan
masa tu lain dari pas, semua org dikafirkan pas. semua pertubuhan islam mcm abim, perkim, dll semua kaqiap.
takyah putaq blit la, kaki kencing bernanah.
habiskan muqaddam dam blajar sembah tuhan dulu. hangpa sembah nikaziz dan hadi tu islan ka?
isle kot? muahaha
Hadi the fisherman tak takut sebab the gatekeeper akan bagi dia tiket ke syurga.
Sebabla ahli pas bila kena tangkap berzina atau khalwat terus jumpa the gatekeeper, supaya ada jaminan ke syurga
Satira Limau Tambun (Perak) untuk dapat balak di Gua Musang mungkin elok juga ditulis Haji.
Catat Ulasan