Isnin, Januari 09, 2012

Winnable candidate untuk Najib


Najib boleh letakkan Anwar bertanding di Permatang Pauh. Dia dah winnable candidate ...

Jumaat, Januari 06, 2012

Otak mahasiswa


Selepas demo di UPSI, seorang mahasiswi bergegas memanggil ahli bulan sabit merah. Kononnya, seorang mahasiswa terlantar cedera.

Mereka mendapati mahasiswa itu dan dimasukkan dalam ambulan untuk dihantar terus ke hospital. Mahasiswi itu ikut sama.

Di dalam ambulan, mahasiswi ditanya apa sakitnya mahasiswa itu.

"Otak dia tercedera," mahasiswi itu beritahu.

Selepas diperiksa kepalanya, dilihat tiada ada apa-apa yang cedera. Ditanya balik, "Kepala dia okay saja. Kenapa awak kata otak dia sakit?"

"Cuba periksa lututnya..."

Kelihatan lututnya berlumuran darah. Oh ... disitu terletak otaknya.

Selasa, Januari 03, 2012

Saifuddin Nasution akan tentang RPK


Rancangan Gerakan Bebaskan Anwar 901 sudah berjalan lancar. Rancangan mereka nak dapatkan seramai yang boleh datang ke mahkamah pada hari keputusan kes Anwar pada Januari 9hb.

Buat sementara ini, disebarkan secara diam-diam risalah dan diadakan ceramah untuk bangkitkan kemarahan rakyat.

Kali ini, ahli olitik kurang terlibat. Mahasiswa dikudakan. Tujuannya untuk ambil peluang menimbulkan kemarahan orang muda terhadap kerajaan.

Itu yang demo Tanjung Malim macam pemain bolasepak Piala Dunia yang kena sikit, menggelimpang macam dihempuk kayu balak bila terkena sikit. Tujuannya supaya mereka kelihatan sebagai mangsa polis.

Semua berjalan lancar ikut skrip hingga timbul kenyataan Raja Petra.


Pandangan RPK dalam wawancaranya di New Straits Times betul-betul kacau pelan.

Sebagai Setiausaha Agung dan Pengarah Perang Saraf PKR, Saifuddin Nasution perlu merancang suatu kempen siber yang lebih canggih. Dia telah menggajikan beberapa pakat perang siber untuk melawan RPK yang kononnya telah dibayar UMNO.

Saifuddin sendiri berkata, dia akan terlibat secara terus dalam kempen ini. Sesampai di pejabat, dia membuka PC barunya.

Lepas dia dah log-on, Saifuddin terus segera keluar ke gate depan untuk melihat peti surat. Dia tengok dalam dan tidak kelihatan sebarang surat. Kecewa sedikit dia.

Lalu dia kembali masuk ke pejabat. Tapi beberapa minit kemudian dia keluar lagi untuk melihat peti surat.

Saifuddin lakukan ini sampai lima kali dan jiran sebelah rumah operasi pun tegur, "Kamu menunggu surat penting ke?"

"Tak," Saifuddin jawab.

"Saya sedang berkerja di komputer. Tiap-tiap kali ianya memberitahu "I have mail". ..."

Wow! Rupanya Saifuddin macam pemimpin UMNO. hebat berbicara pasal dunia siber, tapi tak ada email dan tak mengikuti Internet pun.


* Ide dari sini

Jumaat, Disember 23, 2011

Fidlot Unta Nasional


Husin dapat tahu sahabat ana Rockybru dapat RM10 juta dari laman-laman blog yang membantu menyebarkan secara halus laporan Keadilandaily ini.

Ana rasa pelik lah. Sejak bila kata-kata dari akhbar Keadilan dipercayai?

Sepatutnya badigol-badigol ini ada tolor untuk bersemuka dan tanya terus pada empunya badan. Mungkin badigol ini belum sampai kematangan sedemikian. Ana pernah talipon satu badigol untuk terangkan sesuatu kesalahanggapan mereka tapi badigol takut nak angkat talipon.

Takpalah ... kalau penakut untuk bersemuka, kita tak boleh jadikan dia berani serta merta.


Kalau benar sahabat ana itu Rockybru dapat RM10 juta, ana mahu tumpang suka dengan kejayaannya dan bukan cemburu. Sahabat ana itu memang layak kerana dia lebih bijak, lebih pandai dan lebih bermaklumat.

Tentu dia lebih pandai memanafaatkan dana sedemikian dari mereka-mereka yang setahun dua baru nak belajar menulis.

Ana teringin juga nak dapat duit macam gitu. Jadi ana mahu ajak itu Rockybru buat biznes sama ana. Kasi labur itu wang.

Husin Lempoyang biznes apa lagi dia tahu kalau bukan biznes unta.... Kita bikin itu Fidlot Unta Nasional (FUN).

Cuma Husin tak akan buat macam ada orang itu ...

Ana tidak akan buat fidlot yang impot binatang dari luar negara, digemukkan di padang lapang yang tanah pun susah mahu dapat dan dagingnya pula terlalu mahal dan kualiti untuk pasaran Malaysia.

Itu bodoh punya kerja. Tak tahu biznes ternak binatang punya orang.


Kalau Husin buat, kita akan belanjakan wang kasi bina makmal dengan alat canggih dan moden, bayar dan ajak professor tempatan yang pandai-pandai buat research, kasi mereka share, cari baka baik dan kacukkan, dan hanya jual air mani dalam tiub ujikaji.

Dari impot dan ekspot binatang dengan modal besar, kita hantar air mani unta saja untuk disuntikkan ke unta betina. Kita cari unta betina di tempat yang ada tanah, dan gembala untuk bela baby unta sampai besar dengan harga murah. Makanan pun kita supply.

Tak perlu belanja besar sampai kena beli kondo untuk binatang di Bangsar dan Singapura. Tak perlu cari tanah beribu ekar. Tak kena labur dalam restaurant. Tak perlu jalan ke luar negara selalu sampai terbeluk dari urusan kerja ke holiday pula. Tak perlu mintak gomen ratus-ratus juta. Tak perlu sampai PM dulu salahguna kuasa.

Itu kerja seorang penyamun bodoh yang terlebih makan budu.


Bila ada untung, kita bayar lembu-lembu tolong pertahankan projek setiap kali Rafizi mahu kacau projek fidlot unta ana...

Lembu-lembu, selidik dan faham lah dulu isu sebelum pertahan. Dah orang lihat kita macam orang tak pirigi sekolah.

Hehehe ... terjual pulak orang.

Selasa, Disember 20, 2011

Zuraidah mahu wanita dilayan seperti bola ragbi


YB Zuraidah Kamaruddin, ahli Parlimen PKR untuk Ampang dijemput memberi ucapan dalam satu kursus program motivasi kepada bakal-nakal pengantin.

Imej Zuraidah agak tercemar sejak digelar blogger sebagai hantu Mak Lampir sebagai membayangkan karakter Ketua Wanita PKR yang aggresif dan lantang. Tetapi ramai tidak tahu bahawa Zuraidah adalah aktivis Islam dari perkumpulan Jemaah Islah Malaysia (JIM).

Sebagai aktivis wanita, Zuraidah memberi peringatan kepada bakal-bakal suami.

"Tuan-tuan pasti sayang bakal isteri tuan-tuan sekelian sekarang. Saya takut perasaan itu akan berubah mengikut masa dan keadaan dan tuan-tuan mula berubah anggapan terhadap wanita kemudiannya.

Katanya, "Tuan-tuan, wanita itu bukan TISU untuk anda sudah sedap lap hingus dan buang."

Tersentak hadirin mendengar pembukanya.

"Wanita itu bukan BAJU untuk setiap minggu anda mahu nak tukar yang baru. Wanita itu bukan PATUNG untuk anda layani dengan enteng setelah anda mendapatnya sebagai pasangan."

Zuraidah terus dengan kata-kata provokatifnya.

"Dan, wanita itu bukan PELACUR untuk anda guna, bayar dan tinggalkan saja!"

Pooh tersentak orang-orang bujang yang dengar. Terperanjat bercampur takut masing-masing.

Zuraidah meneruskan lagi, "Wanita itu bukan ROKOK untuk anda hisap dan dibiar dibuang dan pijak lepas habis dipakai. Wanita itu bukan TV untuk hanya sekadar untuk menghiburkan anda ketika kelapangan."

"Tuan-tuan dan puan-puan sekelian, wanita bukan itu semua.

"Jadikanlah wanita macam BOLA RAGBI. Apabila dapat, DILINDUNG...SAMPAI ke gol! Dan ketika tidak dapat, KEJAR SAMPAI DAPAT ..."


* Satu lagi dari sumber ilham ku Wayne Rossi.

Selasa, Disember 13, 2011

Punggungku dan Perutku


Wahai anak Adam!

Setiap hari bumi akan memanggil manusia dengan 10 panggilan:

1. Kamu berjalan di atas punggungku, tetapi tempat kembalimu adalah di dalam perutku.

2. Kamu melakukan maksiat di atas punggungku dan kamu disiksa di dalam perutku.

3. Kamu bergurau di atas punggungku, tetapi kamu menangis di dalam perutku.

4. Kamu makan benda haram di atas punggungku, tetapi seluruh cacing akan makan kamu di dalam perutku.

5. Kamu bergembira di atas punggungku, tetapi kamu akan susah di dalam perutku.

6. Kamu mengumpul harta haram diatas punggungku tapi kamu hancur dalam perutku.

7. Kamu sombong di atas punggungku, tetapi kamu menjadi hina di dalam perutku.

8. Kamu berjalan megah dan sukaria di atas punggungku, tetapi kamu jatuh kesedihan di dalam perutku.

9. Kamu berjalan dalam cahaya di atas punggungku, tetapi kamu akan duduk dalam kegelapan di dalam perutku.

10.Kamu berjalan beramai-ramai di atas punggungku, tetapi kamu akan sendirian dalam perutku.
Subhana-ALLAH..ALLAH MAHA ESA

Hari ini, hanya peringatan WayneRossi46 buat kita semua.

Sabtu, Disember 10, 2011

Wanita dan Ancaman


Lebih empat tahun dahulu, Husin menceritakan mengenai lelaki dan kehidupan dalam posting lama, Tidor, Bangun dan Hidup.

Kali ini, Wayne Badut, salah seorang sumber jenaka Husin mutakhir ini baru beri satu jenaka yang ada kaitan dengan jenaka yang Husin tulis pada Ogos 2007. Ia berkenaan dengan Wanita dan Ancaman.

Pada usia mereka 20 - 30 tahun, perempuan ini mengancam. Maknanya cantik, genit, lawa dan manis. Pria yang melihat mereka berdebar dalam ancaman.

Naik ke umur 30-40 tahun, mereka dah jadi macam-macam. Dari yang bermacam fesyen, macam kerenah, dan macam jalan hidup.

Sampai ke umur meningkat ke 40- 50 tahun, mereka dah berubah dari macam-macam menjadi mula terancam. Terancam dengan persaingan, atau terancam dengan kecuaian dan kealpaan sendiri.

Cecah saja 50-60 tahun, betul-betul dah diancam. Sampaikan bila dah lebih saja 60 tahun, dah tak cam .... hahahaha.

Macam Kak Ijat yang lahir tahun 1953 sebelum merdeka, umur dia menghampiri 60. Ramai meletakkan beliau agak luar biasa sebagai agak mengancam pada umur sedemikian rupa.

Bila Tun Dr Mahathir kata berundurlah, cecah 60 nanti akan habiskan masa jual lembu sampai ramai yang tak cam. Kesian ... semua suami dan boss lama punya pasal.

Wow! Masih untung jual orang dari jual unta. Yang pasti perlu dipelajari, janganlah ada kaum keluarga ahli politik jual lembu. Akhirnya dilembukan.

Rabu, Disember 07, 2011

Asal bukan saya


Sebuah Yayasan yang ditubuhkan Dato Dr Mashitah mengajakan program mengenai kekelurgaan. Dr Mashitah merupakan penceramah utama.

Para hadirin ramai orang lelaki, maka isu amalan poligami timbul.

Dr Mashitah‎​: Tuan-Tuan dan Puan-Puan, jangan salah faham. Saya tidak pernah tolak hukum poligami.

Hadirin: Wah, hebat Dr!

Dr Mashitah‎​: Saya tidak pernah melarang para suami nikah lagi.

Hadirin: Wah, benar-benar understnding, YB kita ni.

Dr Mashitah‎​: Yang penting...

Hadirin: Yang penting...adil eh Dr?

Dr Mashitah‎​: Bukan. Yang penting...bukan suami saya!!!

Jamaah: =))

Isnin, Disember 05, 2011

Nizar Nizar ...


PKR tuduh:
  • Keluarga Menteri, Shahrizat dapat kontrak kerajaan dalam NFC
  • NFC beli kondominium mewah RM9.8 juta
  • Shahrizat guna RM800 ribu dana NFC melancong luar negara
Si Nizar pulak tuduh:
  • Shahrizat guna duit NFC beli seluar dalam RM23,000
Hehehe ...ke situ pula dia.

Jumaat, Disember 02, 2011

Ah ... tembak saja


Dato Seri Najib berkata dalam ucaptama di PAU semalam:

80. Kita bukan seperti pihak lawan. Contoh pertama, Parti A, jawatan Ketua Umum, sudahlah tidak dipilih secara demokratik, lebih berkuasa pulak dari Presiden parti. Contoh kedua, Parti B sebuah parti yang memakai gelar demokrasi, namun, langsung tidak demokratik. Apakah demokratik namanya kalau perwakilan cawangan memilih 20 orang ahli jawatankuasa pusat dan kemudian ahli jawatankuasa pusat tersebut pula, memilih kepimpinan tertinggi parti? Ini jelasnya, tidak sama sekali mencerminkan kehendak ahli terbanyak.

81. Manakala contoh ketiga, adalah Parti C, yang kononnya memperjuangkan negara kebajikan. Lahawlawala...., jawatan Mursyidul Am pun, tampaknya tidak diundi secara demokratik, tetapi ternyata lebih berkuasa dari Presiden. Sama jugak dengan Parti A.Tambahan lagi Parti A itu, suami, Ketua Umum, isteri, Presiden, anak perempuan sulung, Naib Presiden, Timbalan Presiden pulak ..... hrmm ... tak payah lah kita cerita.
Nak pilihanraya Tok. Apa lagi nak ABC.

Tok Jib kena fitnah lagi teruk. Bukti tak ada, saksi tak ada, bicara tak layak, tapi semua main teka-teka dan andaian belaka.

Apa nak tunggu? Belasah saja ...

Hai, baik sangat.

Sabtu, November 26, 2011

Kehebatan luar biasa seorang Haji

Gambar berhenti bermiqat di Bir Ali, di luar Madinah dalam perjalanan ke Mekah

Alhamdulillah, Husin sudah kembali ke tanah air. Tengahhari semalam pun dah dapat makan ikan asam pedas dan ikan patin tempoyak.

Sehari dua ini, kami asyik tidor saja. Baru tahu betapa penat kami. Maklumlah selama lebih 45 hari, kami banyak berjalan, tidor tidak menentu dan makan minum pun tak menentu.

Jadi bila kami tidor terganggu oleh keluarga yang datang berziarah, itu perkara biasa.

Ada seorang ahli keluarga yang datang yang agak Tok Lebai memberi nasihat. Dia kata mabrur atau tidak haji seseorang banyak bergantung kepada pembawaan apa yang dilakukan di Mekah dan Medinah ke dalam hdup kita di sini.

Pembimbing ibadah kami, Ustaz Badrul pun ada kata.

Dia kata, "Kita tidak boleh lakukan banyak perkara apabila dah haji... "

Ini Husin tak setuju tapi Husin diam saja.

Tok Lebai itu kata, "Apabila kita dah Haji dan Hajah, kita jadi contoh dan ikutan ramai."

Baik, yang ini Husin setuju.

Dia sambung, "Kita dah di kira orang tua, maka banyaklah kita tak boleh lakukan."

Husin mencelah, "Tapi Tok Lebai ...."

Tok Lebai bertanya, "Tapi apa Tuan Haji?"

Lain macam saja bunyi dipanggil orang sebagai Tuan Haji.

Husin jelaskan, "Sebenarnya lagi kita dah Haji, lagi macam-macam perkara kita berupaya lakukan dan kita harus lebih berani mencuba dan meneroka benda-benda dan pengalaman-pengalaman baru. "

Tok Lebai memberi respons macam tak setuju, "Hmmm ...."

Husin menerangkan, "Kepada kebanyakkan Haji dan Hajah, mengerjakan Haji adalah amalan yang baru. Kita melakukan amalan ibadah yang tidak pernah di lakukan. Kita mengalami tempat dan budaya baru. Ianya seolah-olah kita telah melepasi garisan psikoloji baru ..."

Tok Lebai mengangguk seolah-olah bersetuju.

Husin sambung, "Lagi pun Tok Lebai, sesiapa yang sudah mengembara dari Medinah ke Mekah, berjalan-jalan dalam Masjidil Haram dan bandar Mekah, dan mengililingi kaabah dan berjalan dari Safa ke Marwah ....

"... dengan hanya memakai tuala tanpa memakai seluar dalam bisa lakukan pelbagai benda baru."

Ketawa sekeliling orang yang mendengar. Ada pula mencelah, "Nasib tuala kau tak lucut depan kaabah ... satu dunia dapat lihat melalui laman Live Kaabah."

Lagi terbahak-bahak kami ketawa.

Husin meneruskan, "Eh jangan lawak. Kawan Husin pernah hampir terlucut depan Kaabah pasal ada perempuan Nigeria terpijak kain ihramnya. Pasal kain ihram di pakai terlalu rendah."

Terbahak lagi kami ketawa.

Husin menyimpulkan, "Maka itulah hebatnya mereka yang sudah mengerjakan haji."

Tok Lebai geleng kepala tak sangka sudut itu yang Husin boleh lihat.

Rabu, November 09, 2011

Perlunya mengikuti kursus

Husin di Padang Arafah sebelum bermulanya Haji (diambil dari blog Haj 1432.com sini)*

Alhamdulillah, semalam Husin selesai mengerjakan lontar jumrah di Mina atau disebut juga Muna oleh orang Arab.

Atas sebab tertentu, kami terpaksa melakukan Nafar Awal atau hanya melontar pada Zulhijjah 11 dan 12hb dan tidak melontar pada hari ketiga pada Zulhijjah 13.

Kita merancang, Allah jua menentukan. Rupanya tak sempat juga. Terpaksa Husin tunggu beberapa hari untuk sama-sama menghabiskan haji bersama isteri dengan melakukan tawaf dan saei Haji.

Mengerjakan Haji ini sebenarnya mudah dan ada banyak kemudahan bagi situsi-situsi tertentu. Untuk dapat menggunakan kemudahan tersebut, perlulah ada 'ilmu atau lebih mudah cerita, faham bab haji dan menghadiri kursus haji terlebih dahulu.

Selain itu, hindari dari dengar-dengar dan ikut-ikut cakap orang. Perlu tidak mempedulikan dan terpengaruh sangat apabila "ada orang kata". Tanya terus pada guru bab haji atau pembimbing ibadat Tabung Haji sebarang kemusykilan. Jangan bergantung dengan "ada orang."

Lebih baik sekali, sendiri perlu boleh menentukan apa yang "ada orang kata" itu betul atau tidak.

Caranya adalah memahami betul-betul bab haji sampai tahap yang boleh dapat A SPM. Ianya dengan menghadiri kursus, banyak bertanya dan berbincang dengan yang mahir dalam bab haji, dan mentelaaah makalah dan buku yang diberi

Kenalan baru Husin dari Tabung Haji, saudara Rizzal sedang menjalankan tugas mengelilingi perkhemahan Malaysia di Arafah untuk memantau operasi Masy'ir 1432

Ini mengingatkan kisah benar yang berlaku pernah berlaku pada seorang nenek saudara Husin. Nenek saudara ini adalah kakak ipar pada nenek ana.

Nenek pergi Haji pada satu tahun itu. Dia ada hadiri kursus dan ikut muasasah Tabung Haji. Tapi entah macam mana, antara "ada orang sudah" beritahu atau nenek salah dengar, nenek sudah difahamkan bahawa terkentut membatalkan haji.

Bagi menjaga kesuciaan haji, nenek berusaha menahan kentut. Dia sudah berhenti makn kacang-kacang yang banyak dalam makanan arab. Dia kurang minum air. Macam-macam cara nenek menahan kentut.

Bersama-sama rakan selepas melontar jumrah kali kedua dan terakhir kerana perlu Nafar Awal*

Setelah beberapa minggu hingga sebulan menahan kentut, akhirnya nenek jatuh sakit dan langsung dibawa ke klinik maktab. Mula-mula nenek malu nak beritahu, akhirnya doktor bertanya nenek ada kentut atau tidak?

Nenek hanya beritahu dia dah hampir sebulan tidak kentut. Doktor hairan dan tanya kenapa. Baru diterangkan "ada orang" kata kentut membatalkan haji. Tahulah doktor bahawa nenek sakit keran tahan kentut.

Nak ketawa, malu nanti nenek, lalu doktor pun cuba tidak ketawa menerangkan kentut tidak membatalkan haji tapi hanya membatalkan wudhu. Itu sepatutnya tidak jadi masaalah kerana wudu yang terbatal boleh ambil sekali lagi.

Doktor jelaskan pada nenek bahawa tiada larangan dalam haji yang menyebabkan haji terbatal. Kalau ikut syarat-syarat, sahlah haji. Bagi yang ada langgar pantang larang, cuma bayar dam.

Lalu nenek diberikan ubat kentut. Sehari dua, kesihatan nenek pun pulih.

Apabila pulang, orang tanya nenek akan kesihatan di tanah suci. Nenek memang orangnya lucu. Tanpa segan dan silu, dia ceritakan kisah dia tak kentut sebulan kerana takut batal haji. Semua ketawa dan kisah ini diketahui ramai di kampung.

*Maaf Husin terpaksa tutup muka kerana tidak tahan debu dan bau tertentu

Isnin, November 07, 2011

Ditukarlah Red Devil dengan Manchester City


Kekalahan 1-6 Manchester United di tangan Manchester City temppuh hari terus mnjadi sebutan jemaah haji yang muda-muda.

Ramailah peminat dan penyokong Manchester United yang terperanjat. Ada seorang peminat hingga berkata, "Nanti ana akan berdoa di Masjidil Haram supaya United akan bangun dari kekalahn ni dan kembali kuat."

Belum pun habis kekalhan ini, peminat United dikejutkan lagi oleh ceramah ustaz Samion. Satu malam lepas maghrib, ustaz memberitahu, "Di Mina nanti, kita akan membaling batu di Jamrah untuk membuang syaitan dari dalam jiwa kita."

Peminat United diam saja mendengar kata-kata ustaz. Mereka sedih tetapi menerima hakikat mereka terpaksa membaling batu ke arah simbol pasukan mereka "Red Devils."

Lepas ceramah, kelihatan peminat yang mendoakan United di Masjidil Haram melakukan sembahyang sunat.

Peminat taksub ini berdoa, "Ya Allah, jika kau boleh tukarkan Nabi Ismail dengan seekor kambing di saat terakhir, apalah kiranya kau tukarkanlah di saat terakhir nanti Red Devil dengan Manchester City..."

Sabtu, November 05, 2011

Kisah tak nampak Kaabah


Ada kawan Husin menceritakan member dia balik ke Mekah segera selepas membaling Jamrah Aqaba pertama pada 10 Zulhijjah.

Tujuan dia adalah untuk membersihkan diri sebelum balik menghabiskan baling batu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Tahulah orang Melayu kan pembersih. Sebelum keluar ihram, dia sudah memakai ihram sama dari masa pergi ke Arafah, berwukuf, malam di Muzdalifah dan akhirnya berkhemah di Mina.

Lalu dia sembahyang di Masjidil Haram. Tiba-tiba dia terkejut tak nampak kaabah.

Tahulah, bila tak nampak kaabah atau tak jumpa jalan pintu, mungkin satu petanda tidak baik atau dugaan tuhan.

Hehehe ... Mana tidak dia tak nampak kaabah?

Masa dia mari balik ke mekah, Kaabah sedang di gantikan kain hitam kiswah. Maka kelihatan hanya batu bata.

Sila lihat gambar-gambar kaabah di tukar kain di blog sini.

Jumaat, November 04, 2011

Selamat Hari Raya Eidul Adha


Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Waillahilham

Dengan tulus ikhlas, Husin Lempoyang ingin mengucapkan

Selamat Eidil Adha kepada para pembaca budiman sekelian di Malaysia

Hari ini, kesemua jemaah Haji Malaysia di Mekah akan memulakan rukun Haji dengan perjalanan ke Arafah pada petang ini selepas asar.

Kami di sini memohon doa anda semua agar perjalanan kami selamat, diberi kekuatan dan kesihatan, dan selamat dapat menyempurnakan ibadat Haji.

Labbaikallah humma labbaik ...

Khamis, November 03, 2011

Petugas Padang Mahsyar


Husin jatuh sakit beberapa hari lepas.

Selama tiga malam, ana berada di Pusat Rawatan Syisyar yang ala hospital pakar yang diurus Tabung Haji dan dijaga oleh doktor, pharmacist, dan jururawat hospital kerajaan dari Malaysia.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, ana sudah berunsur pulih. Insya Allah, besuk ana akan bersama jemaah Malaysia untuk ke padang Arafah. Hari sabtu ini wukuf.

Sempat ana bersembang-sembang dan bertanya-tanya jururawat-jururawat ini yang turut sama mengambil peluang mengerjakan Haji.

Mereka ini dipilih dari ribuan yang memohon untuk berkhidmat ikhlas untuk memastikan semua bakal haji dapat berada dalam keadaan sihat untuk mengerjakan haji. Teruk juga mereka kerja - 7 jam kerja, 7 jam rihat - sepanjang masa.

Jadi janganlah ada buruk sangka, petugas-petugas ambil kuota haji.

Bila hari wukuf, mereka pun akan pergi ke padang Arafah pada hari Sabtu tetapi sebentar saja. Mereka akan kembali segera bertugas dan melontar jumrah akan dibuat bergilir-gilir.

Orang kata Padang Arafah itu meyurupai Padang Mahsyar. Ini buat ana terfikir.

Kalaulah Tabung Haji ada buka permohonan untuk mejadi petugas jururawat di Padang Mahsyar, Husin ingin nak pohon. Jadi sekejap saja di Padang Mahsyar.

Pasal masa keliling tawaf, ana pun ada mohon doa diberikan balasan syurga tanpa perlu hisab.

Ahad, Oktober 30, 2011

Sembahyang prepaid dan postpaid?


Seorang sahabat Husin beritahu sebelum ke Mekah supaya rajin-rajin sembahyang jemaah di Masjid.

"Fadilat sembahyang di Masjidil haram tu 100,000 lebih dari Masjid yang lain." katanya.

"Banyak tu," jawab Husin.

"Ente sembahyang berjemaah sudah dijanjikan 27 kali ganda dari sembahyang seorang diri."

"Wah ... itu dah 2,700,000 kali ganda," Husin gandakan.

"Lepas itu, sebagai orang yang sudah berumahtangga, sembahyang ente diberi 40 kali ganda ganjaran berbanding ganjaran untuk orang bujang."

"Macam gitu sudah 108,000,000 kali ganda."

"Itu satu sembahyang, belum kira lima waktu satu hari, pahala ente Allah kasi seolah-olah satu sembahyang bersamaan ganjaran 108,000,000 hari atau kurang dari 300,000 tahun punya sembahyang," Kawan ana terangkan.

"Macam pahala sembahyang seumur hidup. Pahala sembahyang prepaid ...."

Husin hanya terkata, "Alhamdulillah, baguslah itu. Tapi macam mana pula yang post paid? Pening fikirkan dosa tinggalkan sembahyang yang banyak ..."

Khamis, Oktober 27, 2011

Husin Lempoyang melawat ladang korma

Sejak bertolak dari Malaysia pada Oktober 9hb, hari ini sudah kira hari ke 18 Husin meninggalkan Malaysia untuk mengerjakan ibadat haji yang mana wukuf dijangka jatuh pada hari Sabtu November 5hb bersamaan 9 Zulhijjah 1432H.

Husin sudah 9 hari berada di Mekah, selepas berada selama 8 hari di Medinah. Sepanjang masa, terutama di Medinah, Husin dan isteri hanya menghabiskan masa sembahyang lima waktu di masjid.

Mekah ada susah sikit la ... hotel jauh sikit dari Masjid. Selain itu, Husin cubalah buat ibadat sedikit, termasuk mengerjakan Umrah sunat dan tawaf, untuk menydiakan diri untuk hari wakaf dan melontar jamrah.

Sambil itu, Husin ada jalan-jalan buat ziarah sedikit. Masa di Medinah, kami di bawa ke sebuah ladang tamar atau korma. Ingin Husin berkongsi dengan para pembaca beberapa gambar.

Boleh dilihat, pokok korma tidak jauh beza dari pokok kelapa sawit. Di merata bandar Medinah, ada kelihatan pokok korma diguna menghiasi jalanraya. Kenapa kita tidak hiasi jalanraya kita dengan pokok getah dan kelapa sawit?




Macam pokok korma hidup dalam tanah gersang padang pasir? Di atas kelihatan, penggunaan sistem perairan yang mengekalkan lembap di tanah.

Di hujung ladang korma yang bernama Ladang Rashid ini, ada kedai untuk membeli korma dan lain-lain barang jualan.


Kelihatan penjual berada di tengah-tengah di kelilingi oleh barangan dagangan seperti korma, gula-gula, kacang-kacag dan kueh-kueh arab seperti halwa dan lain-lain.



Sebagamana di Malaysia, mereka yang melakukan kerja sedemikian adalah orag Indonesia.

Pelawat juga dihidangkan dengan teh arab untuk di minum di bawah redupan pohon-pohon korma.


Di Malaysia, kenapa tidak mahu minum-minum berkelah bawah pokok kelapa sawit?

Kelihatan gambar di bawah pelepah-pelepah korma di kumpulkan untul jadi atap seperti juga di guna pelepah kelapa di Malaysia.


Apabila kita menghampiri bas untuk pulang dan sembahyang zohor di Masjid, ada pula seorang penjual minyak unta. Penjualnya pun orang Indon.

i
Sepuluh riyal saja, minyak unta boleh sembuhkan semua penyakit, Pak.

Lain kali, ada gambar dan benda menarik akan Husin siarkan di sini.

Ahad, Oktober 09, 2011

Husin Lempoyang cuti ... naik haji


Maaf Husin lama tidak berblog. Malahan bakal lama juga ana tidak berblog selepas ini kerana sibuk membuat persediaan. Betul kata Anak Merdeka sini, ana akan berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan ibadat haji.

Pengembaraan ini amat penting, Sebagai orang Islam, mengerjakan haji adalah untuk mencukupkan pengerjaan rukun Islam yang ke 5.

Antara yang penting dalam rukun haji adalah berwukuf di arafah. Initipatinya, berkumpul di padang arafah menyerupai berkumpul di padang mahsyar di hari akhirat menunggu pengadilan tuhan.

Sejuk kaki memikirkan ....

Di Arafah adalah tempat kita bermuahasabah dan menilai diri kita agar diterima Allah sebagai hambanya.

Husin berdoa dan memohon doa anda semua semuga ditunjukkan jalan yang lurus, dimudahkan untuk beribadah, diterima taubah dan lain-lain.

Mohon dijauhi dari keadaan di mana membaling di jamrah menyerupai kawan baling kawan. Nauzubika min zalik.

Insya Allah, Husin akan memohon untuk kesejahteraan anda semua, keamanan dan kesejahteraan negara dan rakyat semua.

Panjang umur kita berjumpa lagi ye ....

Labbaikallahu humma labbaik ....