Jumaat, Disember 02, 2011

Ah ... tembak saja


Dato Seri Najib berkata dalam ucaptama di PAU semalam:

80. Kita bukan seperti pihak lawan. Contoh pertama, Parti A, jawatan Ketua Umum, sudahlah tidak dipilih secara demokratik, lebih berkuasa pulak dari Presiden parti. Contoh kedua, Parti B sebuah parti yang memakai gelar demokrasi, namun, langsung tidak demokratik. Apakah demokratik namanya kalau perwakilan cawangan memilih 20 orang ahli jawatankuasa pusat dan kemudian ahli jawatankuasa pusat tersebut pula, memilih kepimpinan tertinggi parti? Ini jelasnya, tidak sama sekali mencerminkan kehendak ahli terbanyak.

81. Manakala contoh ketiga, adalah Parti C, yang kononnya memperjuangkan negara kebajikan. Lahawlawala...., jawatan Mursyidul Am pun, tampaknya tidak diundi secara demokratik, tetapi ternyata lebih berkuasa dari Presiden. Sama jugak dengan Parti A.Tambahan lagi Parti A itu, suami, Ketua Umum, isteri, Presiden, anak perempuan sulung, Naib Presiden, Timbalan Presiden pulak ..... hrmm ... tak payah lah kita cerita.
Nak pilihanraya Tok. Apa lagi nak ABC.

Tok Jib kena fitnah lagi teruk. Bukti tak ada, saksi tak ada, bicara tak layak, tapi semua main teka-teka dan andaian belaka.

Apa nak tunggu? Belasah saja ...

Hai, baik sangat.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Betul tu - Tok Jib kena fitnah lagi teruk.

Lebih kesian tak de siapa nak bela dia ... adik saudara pun senyap je ... amaran pun tak sanggup nak kata.

Ade masa depan lagi ke ?

CopyPaste-TembakJerr!!! berkata...

GAMBAR-GAMBAR PAU 2011 D
http://copypaste-tembakjerr.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

hang ingat ni parti koboi ke...
suka-suka tembak

Tanpa Nama berkata...

Betul tu Tuan Hj Husin,saya tengok
Dato' Najib tepat tembak.Yang tak
bestnya dia timbak depan2,tak bijak
lagilah jawabnya ya,,, tapi cerah masa depan,,,,.UMNO/BN .

Yang pandai tembak sampai orang lebai,alim malah banyak rakyat
Malaysia pana' dan biul sebab kena
tembak depan belakang.Itula penimbak yang sangat di sanjong oleh Nike Ajisss,,sampai sanggup kawan dengan iblis untuk menyukong
penimbak tersohor depan belakang,,,, hancur masa depan.

Tanpa Nama berkata...

Pembangkan kutuk najib dan rosmah siap sebut Full Name...Najib masih tak ada telor.. nak berperang mcm mana jika masih berselindung...kita sokong pakatan kang baru najib tau.. takut sangat... dia ingat semua rakyat di luar sana faham , itu silapnya UMNO...org melayu ni bab hiburan, mek atau semua bab politik meka masih samar samar....

Tanpa Nama berkata...

Salah orang nampak selalu, kelakuan sendiri tak mahu disedari akan lebih teruknya. Agak-agak kalau Husin ada power, masih nak buat jual unta ke ?. Atau jual orang lagi bagus, komisennya ADA tinggi !.