Khamis, Mei 15, 2008

Banyaknya Wang Ehsan!


Padanlah Michelle Yeoh
Sanggup bahu pinggang diraba
Walaupun yang pegang si tua
Dalam majlis kaki tido saja

Sini boleh beri sentuhan
Di sini sanggup mahu pegang
Asal dapat sikit dah sakan
Banyak rupanya wang ehsan

Patrick Lim kaut merata
Buat surau harga ratusan juta
Lorong Monsoon repair tiap2 tahun
Harganya dalam pulohan juta

Idris Jusoh pun ada syarikat
Enterprise saja tapi keliling sebat
Yg cari makan halal tak dapat
Di blkg Kamaluddin byk rembat

Jawatan Pak Lah tetap selamat
Bila pemimpin telor tak kuat
Yg rugi tetap rakyat
Yg miskin tetap merempat

Siri pantun ini luahan hati Husin di Rocky Bru apabila Dato Amirsham Aziz menjelaskan Wang Ehsan Terengganu berjumlah RM7.364 billion untuk 3 tahun! Pada pukul rata, jumlah tahunan adalah RM2.45 billion!

Berbanding dengan budget tahunan negeri Selangor sebanyak lebih kurang RM1.2 billion, jumlah itu banyak. Perbincangan dalam posting Rocky Bru menarik.


Maaf, tiada yang menjenakakan di sini.

Husin sedih memikirkan kesusahan dan masa depan orang Terengganu akibat keseronokan untuk kemajuan yang hanya mahu membandarkan. Mereka mungkin tidak sedar kerana dilekakan dengan slogan Islam Hadhari dan duit 'rasuah' raya tiap-tiap tahun.

13 ulasan:

Abas berkata...

Ubah perangai jangan sombong,
Agar UMNO disokong semula,
Melayu dapat riuh sekampung,
Yang melalaknya Melayu juga.

Melayu dapat riuh sekampung,
Yang melalaknya Melayu juga,
Hasad dengki kalau dikendung,
Alamat Melayu takkan ke mana.

Hasad dengki kalau dikendung,
Alamat Melayu takkan ke mana,
Wang ehsan Terengganu beruntung,
Seorang kaya nikmatnya semua rasa.

Wang Ehsan Terengganu beruntung,
Seorang kaya nikmatnya semua rasa,
Kalau ada kong kalikong,
Dihukum bila mati dihidupkan semula

Kalau ada kong kalikong,
Dihukum bila mati dihidupkan semula
Cina dapat bangsanya sokong,
Tak mengorek jatuhkan airmuka.

Cina dapat bangsanya sokong,
Tak mengorek jatuhkan airmuka,
Sekiranya hendak buka pekung,
Janganlah sampai Melayu diketawa.

A Voice berkata...

Abas

Adakah anda mahu orang berdiam dari penyelewengan kerana untuk menyelamatkan pemimpin UMNO yg melakukan? Ugama Yahudi pun tak ajar moraliti sedemikian!

Isunya bukan pasal melayu dapat dan orang cemburu tetapi penyelewengan dan ketirisan besar2an.

Adakah kita patut berdiam kerana perkara demikian? Sepatutnya UMNO yg memperjuangkan bangsa menentang perkara2 sedemikian. Dulu kita tentang British.

KIta patut menyelamatkan UMNo dengan bisingkan perkara demikian supaya pemimpin UMNO tak berani buat demikian.

Tak belajar dari PRU12 lagi?

Berita dari gunung berkata...

Wang Ehsan perlu dibelanjakan. Di Terengganu, banyak projek bermotifkan pelancungan. Tidak semestinya membazir.

Yang untung besar adalah syarikat yang dapat projek tersebut. Mana-mana CEO akan mengawal projek yang besar, yang kecil dilepaskan pada orang bawah. Perdana Menteri tentu tidak terkecuali. Idris tidak terkecuali.

Politik negara kita berdiri atas sokongan. Sokongan perlukan timbalbalik. Projek adalah salah satunya.

Cuma di Terengganu, kendaliannya agak tidak tertib. Orang Terengganu, baik rakyat, baik raja tidak diendahkan. Orang sana sudah tunjukkan rasa hati mereka. Mereka tidak segan silu, sebab era Pak Lah adalah era Terbuka.

Politik, walaupun ganas, ada etikanya. Tidak cukup etika yang ditunjukkan dalam Wang Ehsan Terengganu.

Tanpa Nama berkata...

Sekarang meter kemarahan rakyat trengganu dah naik. Jika dibiarkan juga si Dolah dan kabinet dapur terus berkuasa, alamatnya satu negeri lagi jatuh ke tangan pakatan roket, bulan dan sebelah mata.

Ya Maulana Husin yang berniaga orang lagi untung daripada berniaga unta, kasi jual la si Dolah ni kat mana2 arab punya negara. Memang la effeciency si Dolah ni tak seberapa, tapi kalau jadi khadam buat jaga pintu apa salahnye!

Piggy Singh

Bung Karno berkata...

Sdr Husin,

Ini ada sedikit sandiwara ringan-ringan. Jgn bai tau Paklah nanti dia buat modal lak. Cerita ni saya sebarkan juga ditempat lain.

WALAUPUN BANYAK penafian, berita Ahli Parlimen berpaling tadah menyertai PR yang diketuai
'PM-in-waiting' DS Anwar Ibrahim tidak akan reda sehingga benar-benar berlaku. Jika yang melompat adalah ikhlas, tanpa tekanan, tanpa sogokan, untuk perjuangan, maka PR akan masih bersih suci.

Tetapi jika melompat kerana tawaran jawatan dan sogokan wang maka PR akan menerima sekutu-sekutu yang terpalit dengan imej mata duitan dan mudah dibeli dan kesucian PR ternoda. PR seolah macam Pak Haji membela pelacur. Bak kata Husain Lampoyang ' berniaga orang lebih untung dari berniaga unta.'

Jika lompat melompat ini melibatkan sogokan wang, bererti pemberi sogokan juga pengamal budaya yang sama.

Apapun, jika 'PM-in-dreaming' masih lalok lagi anggaplah lompat melompat ini akan berlaku dan kita kena bersedia dengan senario yang amat menarik.

1. DSAI tak dapat jadi PM sebelum September sebab tempoh pantang larang diadakan pilihan raya kecil tak habis sehingga 8 September 2008. Takcaya tanya Rashid kat SPR tu.

2. Oleh sebab bulan puasa dan raya dimana kempen yang ada kutuk megutuk ditegah, (kecuali jika Nik Aziz dan Haji Hadi memfatwakan o.k) DSAI hanya ada harapan selepas Oktober.

3. Jika tak ada AP dpd PKR yang memberi laluan untuk by-election pada DSAI, beliau kena tunggu AP UMNO beri laluan, samada dengan sogokan wang atau tunggu siapa yang mati.
Kalau yang mati dpd MCA atau MIC, DSAI juga melepas sebab calon DAP akan bertanding.
Biasalah sebab politik kita masih lagi berasas kaum.

4. Kalau bertanding dekat kawasan ramai Melayu, Jawa dan Bugis peluang DSAI adalah tipis.
Kalau di kawasan ramai India ada harapan. Permatang Pauh atau Klana Jaya paling selamat.

5. Sementara menunggu DSAI, isteri dia jadi PM sekejap, kalau yang melompat tadi dah jadi 40 + 82 AP PR sedia ada. (Majoriti mudah 112 shj) Itu pun kalau Nik Aziz dan Hj Hadi boleh terima arahan dpd wanita sebagai khalifah.

6. Yang melompat tadi pun tak senang jugak sebab, manalah tau, disebabkan terlalu takbur, DSAI kalah by-election. Itu pasal dia kena cari tempat selamat.

7. Bila dah jadi PM, DSAI kena lantik 5 jawatan Timbalan PM : Hj Hadi untuk jaga umat Islam, Lim Kit Siang untuk jaga kaum Cina, Gobalakrishnan untuk jaga kaumIndia, (seperti cara pembahagian harta di Pulau Pinaang) DatukAnifah untuk Sabah, dan seorang wakil dpd Sarawak untuk Saerawak (sebagai upah melompat parti).

8. Karpal Singh dilantik speaker Dewan Rakyat.

9. Sebagai PM, DSAI kena turut arahan DAP dan parti-parti bukan Islam sebab bilangan
mereka 67 (DAP 28 + PKR 12 + Parti-parti Sabah 12 + parti-parti Sarawak 16) berbanding
bilangan AP Islam hanya 55 (PAS 23 + PKR 19 + Datuk Anipah + kawan UMNO 12 )

10. Sebab bukan Islam lebih ramai Karpal akan paksa Nik Aziz umum Malaysia bukan negara Islam

11. Semua jawatan penting di khas untuk DAP dan bukan Islam, macam di Pulau Pinang, Selangor dan Perak. Menteri Kewangan dan segala jawatan berkait ekonomi pergi pada DAP.
(Macam sebelum tahun 1970an dimana Bendahari persatuan dan hal-hal beniaga diberi pada Cina sebab Melayu tak pandaikira-kira dan beniaga. Lagipun Melayu tak boleh tengok duit, nanti rasuah dan songlap. Cina takpe sebab dia orang bukan hantu duit)

12. PAS diberi jawatan Menteri Agama Islam dan Menteri Sumber Asli (hasil balak je).

13. PKR dapat jawatan PM, cukuplah. Itu yang diidamkan. Hanya Azmin Ali saja dapat jawatan, sebagai Menteri Perhubungan Awam (Kementerian baru)

14. Sabah dan Sarawak ? Dah lupa semula.

15. Setiap hari akan diadakan demonstrasi jalanan sebab ini perjuangan PR yang dipelopori oleh DSAI sejak zaman penuntut lagi. Bagaimanapun yang ada dijalanan ini hanya pengikut-pengikut Melayu dan India sahaja. Pengikut Cina seperti TianChua tak main dijalanan sebab dah jadi Menteri Dalam Negeri. Selama ni memang kaum Cina kurang demo di jalanan tetapi lebih di coffee house.

Banyak lagi senario yang menarik yang akan meyusul kemudian.


Posted by Bung Karno at 12:05 AM

RAFIDI berkata...

abas,

Kita ni berada dalam sebuah bas yang sama. Kalau tersesat jalan, bukannya salah bas tu, kita pun sayang bas kita. tapi bila dah nampak pemandu bas mula melencong ke jalan lain, cepat-cepatlah orang yang tahu memandu tu ambil alih kawalan stereng tu. Bukan apa, takut dah tersesat jauh nanti, tak dapat nak pulang lagi. Nanti bila dah minyak kering, terpaksa pula kita menumpang kenderaan orang lain. Pada masa tu, ke mana mereka nak bawa pun, terpaksa ikut je lah, dah kereta dia.

Yang menyusahkan sekarang ni, bukan apa, pemandu kita tu kawan kita juga, tapi bodoh sombong sikit. Dah tak tahu tengok peta tapi berkeras nak bawa juga. Bila ditegur, dikatanya orang nak rampas kuasa. Bila dinasihat, dia buat tak peduli apa. Bila dipukul dalam PRU12, dia kata tak apa, tak rasa apa, kita masih berkuasa.
Bang bil suruh kita pikiiir lah sendiri...

Monster Mom berkata...

Dia mentadbir penuh ehsan
Sebab tu rembat wang ehsan
Cuma jangan lupa satu pesan
Tengok-tengoklah batu nesan, ingat Tuhan!!!!

Zubli Zainordin berkata...

Menarik! Kelihatan dalam gambar, masing-masing pakai topi yang sama. Apa maknanya. Jikalau di zaman Husin Lempoyang, mereka pakai Tarbus kan? Komen secebis ini untuk mu yang semacam kesedihan...Total cheers!!!

Abas berkata...

Salam a voice:-

Pada a voice terimalah kasih,
Komen pasal wang ehsan,
Berkocak ikan di koleh,
Mungkin tahu betina atau jantan.

Berkocak ikan di koleh,
Mungkin tahu betina atau jantan,
Bila kering air tinggal buih,
Dah tahu niat dan tujuan.

Bila kering air tinggal buih,
Dah tahu niat dan tujuan,
Bukan berdiam tapi merintih,
Bangsaku dah lupa daratan.

Bukan berdiam tapi merintih, Bangsaku dah lupa daratan,
Dituduh UMNO seleweng pitih,
Macam parti lain tak mata duitan.

Dituduh UMNO seleweng pitih,
Macam parti lain tak mata duitan,
Kalau benar bagai dilondeh,
Mana bokti tolong tunjukkan.

Kalau betul bagai dilondeh,
Mana bokti tolong tunjukkan,
Sudah dapat lain kekasih
Jasa UMNO dah dilupakan.

Sudah dapat lain kekasih,
Jasa UMNO dah dilupakan,
Pengantin baru ditabur bertih,
Pengantin lama ditabur kemenyan.

Pengantin baru ditabur bertih,
Pengantin lama ditabur kemenyan,
Mengundi PR sokongan beralih,
Ketuanan disanggah baru padan.

Mengundi PR sokongan beralih,
Ketuanan disanggah baru padan,
Macamanapun bak kata mat salleh,
"UMNO is still relevan".

Salam monster mom:-

Jangan terburu geram dilepas,
Takut tuduhan tak tepat,
Tuduh melulu tanpa asas,
Kata takut bila di akhirat.

Tuduh melulu tanpa asas,
Kata takut bila di akhirat,
Jangan jadi orang PAS,
Halal semua asalkan turut dapat.

abghalim berkata...

Aku heran pada PAS
Lama berpolitik
Lama berjuang
Tapi jawatan Pm nak bagi orang

Aku heran pada PAS
Sanggup kata ya
Pada dia
Hati penyokong terluka

Aku heran pada penyokong PAS
Sokong kuat pada PAS
Jawatan PM nak bagi PKR
Dimana JANTAN mu

Aku lagi heran pada pimimpin PAS
Beli pun belilah
Janji Anwar jadi perdana menteri
Bukan dia yang jadi

Tak Layakkah
Hj Hadi
Nik Aziz
Mat Sabu

QOPLA JINGGA

Tanpa Nama berkata...

Dengan nama Allah, bagaimana kalau kita sembelih semua umat manusia yang khianat.

Yang hidup kita seorang-orang

Letting the time pass me by berkata...

Tak tahu nak kata apa. Aku rasa kita kena ambik pemimpin yang jujur, amanah dan ikhlas....

Aku rasa lagi lama aku duduk layan blog nie lagi poning kepala dibuatnya...

Isu-isu yang ade nie dah macam tempat longgokan sampah... menimbun-nimbun banyaknya....

Bila nak selesai? Bila bangsa melayu nak maju...

Kerajaan Rakyat berkata...

Saya bukan ahli politik, tetapi saya membaca sifir politik melalui pemerhatian serta pengamatan tindak-laku dan sandiwara para pelakonnya. Pelakon sandiwara politik adalah mereka yang menjadikan lapangan politik sebagai sumber pendapatannya.

Slogan dan retorik yang beraneka adalah skrip sandiwara kutu-kutu politik ini. Samada kutu-kutu ini mementaskan sandiwara politik mereka di peringkat nasional, negeri, daerah atau desa, matlamat dasar mereka adalah meraih perhatian, simpati dan sokongan rakyat demi meliliti mereka dengan kekuasaan yang lumrahnya berakhir dengan matlamat sebenar mereka – menggunungkan harta kekayaan dan wang ringgit.

Sejarah banyak membuktikan, terlalu banyak mereka yang telah berpuluh tahun berkhidmat sebagai guru atau pengetua atau pegawai PTD yang hanya mampu memiliki sebuah rumah kediaman yang sederhana dan hanya termampu memiliki kereta paling hebatpun mungkin Proton Perdana atau Honda Accord 2.0 atau Volvo secondhand.

Manusia yang sama apabila terpilih sebagai wakil rakyat samada sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Dewan Rakyat dalam jangka masa 4 atau 5 tahun telah berubah menjadi jutawan dengan hartanah, kereta dan perniagaan yang berbagai dalam nilai jutaan dan mungkin puluhan juta ringgit.


http://kerajaanrakyat.blogspot.com/