Ahad, Mei 25, 2008

Menziarah Makam Tunku

Tun Dr Mahathir mendapat jemputan ke suatu Majlis di Kedah. Jemputan itu waktu tengahhari.

Pada waktu paginya, dia teringin untuk menziarahi makan Tunku Abdul Rahman. Mungkin dia teringatkan Tunku yang meninggal semasa dia bukan ahli UMNO.

Semasa Tun selesai membaca Yaasin dan sedang mendoakan untuk Tunku, kedengaran suara Tunku, "Hang mai Mahadirr?"

"Ya, saya terkenangkan Tunku."

"Kenapa hang tidak mai bawak kuda, saya tahu hang suka naik kuda ...," suara Tunku menyahut dan terus tidak kedengaran lagi.

Tun tidak terasa gentar tetapi hanya hairan dengan permintaan itu.

Semasa dalam syarahantengahhari itu, dia bercerita mengenai ziarahnya ke makam Tunku. Tun berkata pemimpin-pemimpin hebat seperti Dato Onn, Tunku, dan lain-lain pun kena mengundur apabila mereka sudah lari dari perjuangan UMNO dan sudah tidak diterima ramai. Maka tiada masaalah untuk ahli UMNO menukar pemimpin jika mereka sudah lari dari landasan perjuangan parti dan untuk orang Melayu.

Hebatlah syarahan hari itu hingga isi kandungnya disampaikan orang kepada Pak Lah yang sedang melawat kawasan.

Mendengar Tun pergi ziarah makam Tun, Pak Lah hendak pergi. Oleh kerana dia tidak pernah pergi dan tidak tahu di mana, dia pun talipon Tun di rumahnya di Jitra untuk minta tunjukkan tempat. Tun bersetuju tetapi dengan syarat Pak Lah bangun pagi-pagi.

Mereka pergi sama-sama besok paginya. Baru mereka hendak mula membaca Yaasin, Tun mendengar suara Tunku sekali lagi. Suara yang bunyi agak marah bercampaur kecewa berkata, "Mahadirr, Mahadirr, Aku mintak hang bawak kuda, bukan bawak kaldai ....!"

Walaupun Tun terdengar, Pak Lah tidak dengar suara. itu. Tun tidak tahan ketawa dan berdalih untuk pergi ke tandas berdekatan. Sambil menahan ketawa, dia berkata kepada Pak Lah, "Hang dah tau, saya beredar dahulu ... "

Wow! Satu keldai sudah kena jual.

11 ulasan:

Abas berkata...

Salam sdr. Husin:-
Aku dah semacam ketagih melayari blog kamu.Selepas telek punya telek aku dapat selami kamu menjiwai UMNO tapi tak suka Pak Lah dan benci itu BRADER.

Kenapa kamu tak suka Pak Lah?:-
Lembik?/kayakan anak menantu?/dengar cakap KJ?/kuat tidur?/pegang pelakun wanita cina itu?/ atau....dll.

Sebenarnya orang Melayu masih menerima Pak Lah.UMNO menang 79 kerusi Parlimen ( kalau tak silap ). Kecuali Kedah, Perak dan Selangor ( majoriti Melayu) UMNO masih menang di Negeri-negeri lain yang melayu majoritinya.

Yang menyebabkan Kedah, Perak dan Selangor jatuh ke PR adalah kerana pengundi Cina dan India telah dirasuk oleh itu BRADER.

Di Perak PAS hanya menang 6 kerusi di Selangor 8.PKR ( campuran sedikit Melayu tapi ramai India dan Cina) dan DAP yang sebenarnya menang dalam PRU ke 12 kerana Cina dan India paling tadah sebab isu DEB dan kuil.Ini semua orang tahu.

Pak Lah tak perlu letak jawatan. Sekiranya ia letakpun ianya tidak akan menyelesaikan masalah. Sebagai seorang nakhoda yang bertanggungjawab ia tidak akan terjun dulu ke laut sekiranya kapalnya bermasalah.

Biarpun Pak Lah tak kenal aku,KJpun aku tak pernah bersalam tapi aku tak kisah.

Yang aku kisah biarlah bangsaku senang masuk u, senang dapat pinjaman pendidikan/perniagaan walaupun ramai yang tak bayar balik ; bila jumpa YDP/DO aku beri salam dan mereka boleh balas salam ( Tidak akan kata good morning atau selamat pagi..aku harap kamu faham maksudku)

Kita dah tewas dalam perniagaan. Yang tinggal hanya sedikit kuasa politik. Kita dah hilang hak Batu Putih.Janganlah Melayu terus berputih mata lagi.

Jika kamu sokong UMNO bererti kamu bukan SORANG-SORANG.

Sekiranya tidak arwah Dol Said akan cakap pada kamu:" SERANG!!! bukan SORANG!!!

Tanpa Nama berkata...

Husin,
Aku tak suka unta dan tak suka kaldai, tapi aku lebih tak suka Pak Lah sebagai PM dan Presiden UMNO. Habis ? Amacam? Bila kita nak keluar UMNO? Beramai-ramai sebab pemimpin UMNO kata tak ada ahli yang mengikut Tun tak ramai.

Piggy Singh berkata...

Itu keldai dia punya tuan sapa? Singapore kaa...

hantutelur berkata...

kejam!

Tanpa Nama berkata...

Sin,

Tun Dr M dah buka jalan.Mokhzani pun dah ikut.Kau bila lagi??Kau pun takut sorang-sorang ke?Apa pandangan kau.Keluar atau duduk diam-diam?

Husin Lempoyang berkata...

Anon 7:55 PM - Husin bercadang nak bertanding sebagai Presiden UMNO.

Cuma belum mendedahkan samada nama Husin sebenar Tengku Razaleigh atau Najib atau Muhyiddin.

Pasti bukan Ali Rastam atau Khalid Nordon.

Abas - ini blog satira lah, Nak tulis berjela2, baik pergi ke blog lain.

Fakta kamu itu pun putarbelit tak tepat. Macam yang disebut2 oleh propaganda BTN, JASA, KEMAS, Penerangan UMNO, dll.

Sedih bila kamu kata kamu tak kesah dengan Pak lah dan KJ?

Kamu ada mata tetapi tidak guna hati untuk melihat.

Ada telinga tetapi tak ada hati untuk mendengar.

Ada mulut/jari tetapi tiada hati untuk bersuara.

Gunalah hati untuk ada perasaan, barulah otak yang kamu guna untuk berfikir itu ada hasil.

Sekarang, kamu suka Ezam balik UMNO?

Anak Kulim berkata...

ada jasad takdak roh.. itu patung... itu jugalah gambaran umno skrg.. apapun husin, lawak hang makin menjadi-jadi.. dalam lawak ada sinis.. baru la bes mcm ni...

jamal_trex berkata...

hahhahahahahha.. bukan dia bawak labi labi ke?

tombiruo berkata...

Gua suka tidor tapi bukan kaki tidor, gua suka naik belon tapi tak beli belon, gua suka tengok kapal layar tapi tak beli kapal layar, gua pandai lobi tapi bukan untuk sedara gua..... gua suka kuasa tapi kalau orang tak suka gua beLAH.....

Tanpa Nama berkata...

Tuan Husin,

Tunku panggil mahadiq.. (mcm loghat kedah).

Agak agak kalau ini keldai jual kat Bazaar baghdad ada laku ka??

Berapa ..5 dirham, 2 dirham, 1/2 dirham......

-metallurgist88-

Tanpa Nama berkata...

KAH KAH KAH HUSSIN ANTE PUNYE KAPALA BERGELIGA MACAM ANA PUNYA BATU CINCIN DA!!!! TAPI JANGAN LUPA,,,, KALAU ANTE MAU MARI ANA PUNYA RUMAAH BAWAK ITU KALDAI SEKALI ANA MAU KASI KORREEEK DIA PUNYA TERLINGA MANYAK SUMBAT DAA, SEMUA ORANG CAKAP DIA TA"MAU DENGAR. KIRIM SALAM SAMA ANTE PUNYA UNTA. SALAM