Selasa, Mei 27, 2008

Hanya sambut kepulangan Perdana Menteri

Satu surat pekeliling dikatakan telah dikeluarkan oleh Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib kepada Ketua-Ketua Bahagian, terutama di negeri Selangor.

Mei 25hb, 2008

Ketua Bahagian,
Ketua Wanita,
Ketua Pemuda,
Ketua Puteri
Ahli-Ahli Jawatankusa
dan ahli-ahli
UMNO Bahagian

SURAT LARANGAN MENYAMBUT DI LAPANGAN TERBANG

Saya telah diarahkan oleh Presiden Parti untuk memberitahu ahli-ahli UMNO akan larangan mengadakan acara sambutan, secara peribadi atau rasmi, di Lapangan Terbang, melainkan untuk Presiden parti sahaja.

Ini bertujuan untuk mengembeliling tenaga ahli khusus untuk hanya menyambut Presiden pulang dari mana-mana. Sambutan besar-besaran itu penting bagi memastikan Presiden parti dapat dikejutkan dari tidornya dalam kapalterbang.

Dengan memberi tumpuan kepada sambutan Perdana Menteri, kita dapat menyatupadukan sokongan ahli-ahli UMNO kepada pucuk kepimpinan, terutama kepada saya yang ingin merampas kembali jawatan Naib Presiden.

Ahli seharusnya sentiasa diingati bahawa yang penting adalah parti bukan individu. Jika biji buah saga pun menjadi pucuk kepimpinan, kita harus setia kepada biji saga.

Tuduhan menjual negara ke atas Presiden parti adalah satu fitnah kerana ia boleh dibeli balik dengan harga yang lebih mahal dari Temasek seperti Bank Indonesia International atau dijustifikasikan melalui ICJ.

Bagi mengelakkan kekeliruan, ahli harus difahami bahawa keahlian negarawan seseorang itu dilucutkan apabila dia berundur keahlian dari UMNO dan parti-parti Barisan Nasional dan jasa-jasanya dilelong.

Dengan arahan ini, ahli-ahli dilarang menyambut kaum keluarga dari mana-mana Lapangan Terbang, samada untuk tujuan Haji dan Umrah, belajar ke luar negara, urusan perniagaan, tugas kerajaan, dan lain-lain.

Kekurangan ahli UMNO akan membolehkan Lapangan Terbang lain dirobohkan dan akan mempertingkatkan kegunaan LCCT kegunaan Airasia yang dipunyai oleh kaum keluarga Presiden.

Larangan Perdana Menteri adalah konsisten dengan larangan dan surat-surat pekeliling yang pernah saya keluarkan untuk menghalang ahli-ahli untuk menghadhiri Forum-Forum politik, bercakap di Majlis-Majlis anjuran saya dan memaksa Ketua-Ketua Cawangan mendengar ucapan Presiden yang membosankan.

Ahli-ahli UMNO yang patuh akan arahan ini akan mendapat kursus peribadi dari saya tentang "Cara-cara untuk tidak tahu berbahasa Inggeris" yang amat berguna untuk membawa duit yang banyak ke Australia.

Yang menurut perintah

Tan Sri Muhammad Muhammad Taib
Ketua Penerangan UMNO


Sementara itu, Dr Mahathir akan mendarat di Lapangan Terbang Subang hari ini, Selasa 27hb Mei pukul 5:30 petang. Untuk mengelakkan kesesakkan, datang awal sedikit. Sambutan anda memberi rangsangan kepadanya untuk terus berjuang mempertahankan kedaulatan negara.

Dolah dikatakan akan pulang hari ini juga. Kemungkinan pulang di KLIA pada waktu magrib 7:00 petang ... opps 9 petang ... opps 11 ... ops 1 pagi. Mungkin tempat dan waktu itu tidak berapa betul :).

17 ulasan:

bZz berkata...

Ceh, mati2 ingatkan surat betul...
Hahahaha...

tombiruo berkata...

Nice one... hehehehehe

isyak berkata...

Apa paedah lah gamaknya buat posting blog macam ni... Sangat bertanggungjawab.

Zubli Zainordin berkata...

Wow! Ada yang tak nak balik langsung kot...

Tanpa Nama berkata...

hahaha ...

walaupun macam buat lawak, ada message.

Apa yang tak betul mengenai mat taib ni.

magrib berkata...

isyak

siapa suruh percaya?

Ini blog satira.

Jenaka pun kau dah gelabah ... hahaha ... tak ada telor

apis berkata...

agaknye unta si hussin ni yang turun ganti dolah tu...
hahahha
mana tau dolah serba tak tau salah naik flight pi ke rumah australia dia...
sape jual si dolah ye hussin???
huhuu

Tanpa Nama berkata...

memang patut dibuat larangan seperti nie kalu tak..isk kaum kerabat nye aje yg ramai...hehehe..cantik lawak hang lah husin ..

supirteksi berkata...

hang gila lah bro....!!!

Husin Lempoyang berkata...

Superteksi

Biar kita gila, bru.
Jangan tak tahu malu.
Otak besar biji saga
Nak kekal macam Maharaja.

Hahaha ... Wow! Lagi untong jual orang dari jual unta.

azlan berkata...

Saudara Husin,

Saya mengkagumi saudara sebagai tokoh sejarahwan tersohor di Kota Baghdad. Kejayaan saudara menerbitkan buku 'Dato' Dol Said', mendorong saya untuk menghantar manuskrip sejarah Malaysia moden yang antara lain mohon penekanan terhadap butiran yang butiran berikut:-

Tunku Abdul Rahman - Bapa Kemerdekaan

Tun Abdul Razak - Bapa Pembangunan

Tun Hussein - Bapa Perpaduan

Tun Dr Mahathir - Bapa Permodenan

Pak Lah - Bapa Keinsafan

Kerjasama saudara untuk memuatkan butiran di atas amat dihargai demi untuk tatapan dan rujukan generasi yang akan datang.

Husin Lempoyang berkata...

azlan

Terima kasih

Memang insaf di bawah kepimpinan Pak Lah ni. Insaf jangan ada pemimpin semacam dia lagi, jangan ...

Tanpa Nama berkata...

Eloklah tu. Kau terlupa bubuh tandatangan, kalau boleh jangan lupa masukkan logo parti, alamat atau apa saja yang boleh. Ada cerita baru lagi. Buat lagi banyak. Bertambah juga cerita lawak kan. Jangan lupa masukkan cerita burung gagak, cerita arnab dengan kura-kura, cerita Lebai Malang, Pak Pandir apa-apa aja jangji koleksi cerita lawak korang bertambah dan ada komen kan. Kan.

Zubli Zainordin berkata...

Pak Lah - Bapa Keinsafan. Wahai Husin Lempoyang yang kuat Wow nya. Di Baghdad sana, ente ada pernah dengar kah lagu D'Lloyd, Keagungan Tuhan. Itu lagu tema kursus kamilah. Mula baitnya, "Insaflah wahai manusia, jika diri mu bernoda". Tapi, ada negeri berdekatan Kelantan, mereka nyanyi bukan Insaflah, tetapi Isaplah daa. Adoi!

Tanpa Nama berkata...

Azlan,

salah tu, yang betulnya macam ni,


Tunku Abdul Rahman - Bapa Kemerdekaan

Tun Abdul Razak - Bapa Pembangunan

Tun Hussein - Bapa Perpaduan

Tun Dr Mahathir - Bapa Permodenan

Pak Lah - Bapa MERTUA KHAIRI lah

Pegawai Scomi berkata...

Pak Lah - bapa anak dan menantu kaki lesap

jayn2u berkata...

HAHAHA......nice one hussin...geligo otak engk bro...bak kata ogy...mesejnya sampai kat akak!