Sabtu, Mei 10, 2008

Menyokong Tindakan Terhadap Karpal Singh



Hah hah hah ... belum belum belum. Jangan salah faham. Husin belum cium tangan lagi.

Walaupun tidak nampak logiknya untuk dia arah Tengku Adnan buat repot polis, namun setuju tindakan dibuat terhadap Karpal Singh si Kepala pu-Sing.

Ini bukan pertama kali Karpal buat lancang mulut. Baca Rocky Bru di sini.

Malah, suatu masa dahulu dia pernah ditampar dalam mahkamah oleh Allahyarham Kiai Arshad kerana memperkecil-kecilkan orang Melayu. Dia bukan jenis manusia yang akan minta maaf.

Lim Kit Siang semasa berarak yang akhirnya menimbulkan reaksi Melayu hingga terjadi 13 Mei 1969 pernah memijak-mijak bendera Malaya. Semasa DAP berarak, mereka bukan meraikan kemenangan tetapi mengejek-ejek dan menghina orang Melayu.

Dalam ada antara kita yang berbaik dengan puak-puak ini, ada yang sedar betapa kurang asam mereka ini.

Harap si boroi sedar, kawan mereka dah mainkan mereka. Di Pulau Pinang, dia diberi satu kerusi exco. Padahal di Perak, mereka dapat lebih banyak berbanding kerusi yang dimenangi. Lantaklah, kalau suka dimain-mainkan.

Oh ya, Pak Lah.

Tolong suroh Tengku Adnan buat follow-up 26 repot polis ini kerana ada Menteri Persekutuan bahalol yang menentang keputusan Sultan yang mana permintaan sudah diberitahu dari bulan November lagi.

16 ulasan:

Pemuda Pelapis berkata...

Salam Brader Husin,

Kita seakan-akan serupa daripada berjuta secara kebetulan. Hari ini dalam sejarah Pemuda Pelapis juga pertama kali turut menyokong usaha Pak Lelah kerana bertindak ke atas Kapal-sink.

Itu pun lepas kita semua dah sama-sama lelah bersuara di sana sini.

Tetap tak lupa nak ucapkan terima kasih dan syabas pada TG Nik Aziz setelah beliau bingkas bangun untuk bersuara lepas puas Pemuda Pelapis kecam sehabis-habisan kerana bersikap "play safe" sebelumnya.

Inilah kecaman paling memuncak sebelum TG Nik Aziz mula berani bersuara. Moga-moga ramai lagi puak-puak pemimpin mereka menyambut baik langkah Mursyidul Am PAS ini dan tidak berterusan menjadi "keldai bisu".

Amin!

Nota: Harap Brader Husin ikutlah waktu Malaysia GMT+8 supaya selaras... Jangan mare!

Anak Malaysia berkata...

Brader Husin,

Cuba kaji balik statement Karpal dan fikir sejenak: adakah benar dia menghina Raja atau orang Melayu, atau adakah benar dia menyoal secara sah isu kuasa Sultan berdasarkan perlembagaan?

Kadang-kadang owang kita lekas bertindak mengikut emosi.

Satu lagi, apa bukti atau sumber saudara mengenai isu memijak-mijak bendera Malaysia dan menghina orang Melayu oleh Lim Kit Siang itu?

Adakah ini cuma bisik-bisikan yang saudara dengar dari orang ini atau orang itu?

Kejadian 13 Mei 1969 dan butir-butir terperinci mengenai apa yang terjadi masih diperdebatkan. UMNO buat cerita satu versi, manakala para yang mengkaji sejarah telah menulis dalam buku mereka versi yang agak berlainan.

Saudara baca versi yang mana?

Bertenanglah dahulu. Walau apa pun, mari kita tentukan apa kandungan hujah Karpal, atau sesiapa saja, dan tentukan kesahihannya dahulu sebelum bertindak mahu menghukum. Mari kita ikut cara Nabi Muhammad SAW.

Sekian.

Tanpa Nama berkata...

Bekas Ahli Jawatankuasa Kampong dan lain-lain di Negeri Selangor sekarang sedang disoal Parti Barisan Rakyat dengan bermacam-macam tuduhan dan tohmahan, sedangkan masa itu mereka penduduk sekampong, semasjid dan sekongsian dalam kenduri kendara dan senasib apabila berlaku kematian.

Jadi apakah makna kemenangan Parti Barisan Rakyat sebenarnya?

Tanpa Nama berkata...

Mereka sedang menjadi garang dengan Parti Pemerintah (dulu pembangkang) menjadi ala komunis sedang mengamuk tak menentu aturan. Hentam Kromo!

Jadi apakah makna kemenangan Parti Barisan Rakyat sebenarnya?

Tanpa Nama berkata...

Cara yang mereka amalkan walaupun mereka sesama melayu ialah ibarat orang-orang cina masa itu selepas pemerintahan jepun kalah, telah membunuh ramai melayu dan orang kampong kononnya penyokong Jepun.


Jadi apakah makna kemenangan Parti Barisan Rakyat sebenarnya?

Tanpa Nama berkata...

Parti Pemerintah baru di selangor ibarat macam komunis itulah... buat pengadilan sendiri, tidak menggunakan polis untuk menyiasat, tidak menggunakan mahkamah untuk menjatuhkan hukuman, tetapi menggunakan kuasa mengikut nafsu nafsi.

Jadi apakah makna kemenangan Parti Barisan Rakyat sebenarnya?

Tanpa Nama berkata...

Jika kezaliman ini berterusan, apakah tidak mungkinkah akan bangkit satu kumpulan yang membela keadilan di kemudian hari untuk menghukum manusia yang sedang gila macam itu? Jika itu berlaku... mustahilkah nyawa akan hilang tetapi kubur mereka tidak dijumpai?

Jadi apakah makna kemenangan Parti Barisan Rakyat sebenarnya?

Tanpa Nama berkata...

Saudara Husin, nampaknya dah ada juga pengundi yang menyesal mendirikan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.
Banyak juga ahli Majlis baru yang dilantik telah memberikan maklumat kepada Tan Sri Khalid sebab nak jadikan ahli Majlislah katakan tetapi kebanyakkan maklumat yang diberikan sebenarnya berunsur fitnah.
TS Khalid seharusnya meneruskan agenda menepati manifesto PRU12 daripada cuba membalas dendam.
Apa tindakan TS Khalid pada sepupu beliau Dato Arip selaku PWN (SFino) yang carikkan kertas hari tu. Mungkin tengah melindungi beliau kot. Emak TS Khalid dan emak Dato Arip adalah adik beradik. Publisiti murah TS Khalid sehari selepas PRU12 sudah dihidu oleh orangramai. Bau dah keluar beb

Tanpa Nama berkata...

Sdr Husin,
Bila org kata melayu mudah lupa, ramai melayu yg melompat!Tapi nampaknya itulah kenyataan.
Sebenarnya org melayu memang sangat baik,very accomodating,very tolerant tapi tak kurang yg ignorant.
Sejarah itu sangat penting, kerana ia bolih berulang.Dalam tulisan sdr, komen2 yg dibaca,nampaknya masih ada yg ingat 13 Mei,14 hari selepas Jepun, alhamdulillah masih ada melayu yg tidak lupa.
Buat baik berpada2, buat jahat jgn sekali.
Jgn menang sorak kampung tergadai.
Yg manis tak semestinya gula.

Tanpa Nama berkata...

Salam Brader Husin...

MASUK BARISAN ...
UNDI PAS....
DEMI KEADILAN....
DAP YANG SEDAP...

LA NI KARPAL MENGGANAS...
LKS TENGAH WARMING UP...
WAK KHALID TENGAH KIRA BABI....
MELAYU SELANGOR KENA HUKUM...

CUKAI PINTU MASIH CAM TU GAK...
RM 1,000 UTK STUDENT "U" SURE UNTUK ANAK PAS , PKKR & DAP NYE...

WASSALAM..

Tanpa Nama berkata...

Kpd Semua Melayu Yg Bakup Karpal;

Pasal apa nak mati2an bakup ini Singh & DAP.

Melayu @ Muslim @ Bumi yg sokong ini DAP & ini singh memang bodoh.

Tujuan DAP ditubuhkan untuk hapus hak Melayu/Islam/Bumi di bumi asal usul Melayu.. & Juga menagtakan ChinPeng hero...

Kali ni depa buat kacau mungkin sbb nak dapatkan bisnes, beras & kelapa sawit..

Tanpa Nama berkata...

Salam Brader Husin...
Mana pergi Aji Adi??? Dulu macam marah sangat dgn ini Pak Bai..La ni sengap...Mana Mat Sabu ??? Tak kan kalah dgn nenek kat KT dah merajuk...Terus diam..
Sebenarnya ini semua
politik...sekarang ngan orang kapir dah leh pelok pelok...tak cam tu aji ...Opp Aji Adi tak baca Brader Husin nye blog laa...sorry no..Tapi talibarut dia tolong laa sampai sampi kan..Anuaq ??? Warden penjara Sg Buluh dah kenai dgn perangai luu....sakit tengkok dah baik ke??? sakit Belakang dah ok ke??? alhamdulillah...apa lagi hentam laa Pak Bai ni...Tarok sama dia...Dia hina Sultan Perak...Ooo...Orang Penang tak dak Sultan no...Duduk pun tanah orang Kedah...Ta'apa laa suka hati depa laa...
wassalam...

Tanpa Nama berkata...

Kepada semua pembaca,

Berhati-hati membaca kerana ada yang menulis kat dalam internet ni bukan orang melayu dan islam. Mereka fasih menulis dalam bahasa melayu tapi bila bercakap secara berdepan kita boleh kenal mereka!
Ini adalah satu taktik generasi baru komunis yang diamalkan oleh DAP dan PKR!

Hati-hati Saudara-saudara ku........

suziati berkata...

Wahai husin, tak salah kita sekali sekala "setuju" dengan pak lah. Bak kata chedet kat blog dia pun, "Apa yang dikatakan olehnya bukanlah semuanya salah. Ada banyak kebenaran di dalam apa yang dikatakan."

:P hehe. Jadi takpe, tak perlu rasa pelik.

rem berkata...

betul..kenapa perlu backup karpal singh? sedangkan DAP pun tak kata apa.tapi kita yg melayu ni pulak kalut dok backup..

selagi lagi ingatan,DAP memperjuangkan Malaysian Malaysia.kesamarataan.saya bukan racist,tapi ingat,perlembagaan Malaysia sendiri meletakkan Melayu dan agama Islam di tahap tinggi.ingat melayu,jangan hanya mudah lupa dek ingin kononnya nakkan keadilan utk rakyat,nak hapuskan rasuah etc kita sanggup gadaikan ketuanan melayu.kalau bangsa lain cemburu ketuanan melayu di bumi tanah melayu,apakata mereka ketuanan di singapura skarang yg dahulunya tanah melayu jugak??

Tanpa Nama berkata...

alahai tuan tuan semua
pemimpin ni mana ada yg betul betul nak bantu rakyat...semua pikir nak jadi pemimpin je...sapa yang jadi perdana menteri ke apa ke semua sama je...kita duk macam ni jugak la...tuan tuan tgk macam saya ni cam ni jugak anak sekolah tak dpt bantuan pun...saya cari duit siang mlm nak bagi anak belajar...sapa nak yolong..
ts khalid hasan ali sapah pon tak dak..