Khamis, Oktober 28, 2010
Batu Sapi elak PRK dalam PRK
SANDAKAN 27 Okt. - Pilihanraya Kecil Batu Sapi hampir tertunda apabila calon Parti Keadilan Rakyat, Ansari Abdullah terbabit dalam dua peristiwa yang hampir mencabut nyawanya hari ini.
Ketika sedang berkempen di sebuah kampong nelayan di Sandakan, Ansari terjatuh dalam laut apabila jeti kayu yang dipijaknya runtuh.
Susulan dari peristiwa yang memalukan ini, Ansari dan orang-orangnya terlibat semalam dalam satu pergaduhan dengan orang-orang Tamrin, calon yang tidak terpilih mewakili PKR di lapangan terbang Sandakan.
Kempen Ansari juga bakal berhadapan dengan masaalah dalaman PKR yang lain lantasan keputusan pucuk kepimpinan parti mengenepikan calon tempatan, Hassnar Ebrahim.
Dengan terselamat Ansari, pilihanraya kecil Batu Sapi dapat diteruskan.
Menurut satu sumber Suruhanjaya Pilihanraya, keadaan boleh menjadi rumit jika apa-apa berlaku terhadap Ansar. Kemungkinan pihak SPR perlu mengadakan Pilihanraya Kecil untuk menentukan calon untuk mewakili PKR.
Katanya lagi, insiden begini tidak pernah berlaku dan pihak SPR ada mengkaji peraturan sebaik didengar khabar angin Ansari mati jatuh dari jeti.
Ada kemungkinan PRK Batu Sapi perlu ditangguhkan untuk satu PRK dalam PRK diadakan bagi menentukan calon untuk PKR. Ini berasaskan trial within trial yang diamalkan dalam mahkamah.
Pegawai SPR bertugas memberitahu pihak SPR sentiasa sedia dengan segala kemungkinan luar biasa. Ini memandangkan parti yang bertanding adalah PKR yang sering melakukan sesuatu luar tabie. - Agensi Husin Lempoyang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
17 ulasan:
Letihlah ... banyak sangat pilihanraya kecil.
kalau sudah jatuh laut tu,,,faham2 ajelah,,,maknanya "Penengan Pendekar MUSTAR",,,,,akhirnya semua akan dibawa arus deras dan hilang dilautan luas,,,,,,,,,
Dapatkan Buku Penutup Perdebatan Islam Alaf Kedua Dunia Melayu : http://wp.me/piAx4-3hs
PENGAJIAN KITAB SIYARUS SAALIKIN SYEIKH FAHMI ZAM ZAM : http://wp.me/piAx4-3eO
Kemuliaan Membaca Surat Al Ikhlas – Habib Munzir : http://wp.me/piAx4-3eK
10 Sahabat yang Dijamin Masuk Surga : http://wp.me/piAx4-3fV
3 Cara Bertaubat : http://wp.me/piAx4-3gQ
40 Mutiara Nabawi Fadhilat al-Quran al-Karim : http://wp.me/piAx4-3h8
Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut : http://wp.me/piAx4-3gS
berat dosa tu....
dia sudah kena loceng daa
Saya ni ,nak tergelak pun ada ,nak menangis pun ada ,nak ketawa pun ada . Tak tau nak kata apa pasal kempen kat Batu Sapi dan Galas.
Hiaran bin ajaib,masa ni lah semua parti dok berkumpul,berkempen,dan macam macam janji,alah ,macam macam ada .bila salah satu parti menang ,terus diam ,janji mana ,apa apa pun tarak ,Selama ni, minah minah dan mamat mamat,pakcik pakcik dan juga nenek nenek orang asli ada ka dia orang peduli ??? Tarak kan .Itu lah politik kat malaysia ni ,macam macam ada .
Betul tak ,cuba renongkan lepas abih ,tunggulah mana mana calon mati,masa tu berparti dan berjanji lah lagi ,macam macam janji dan macam macam ada. Penat lah gan politik Malaysia ni .
Mengikut undeng undeng kecil,kalau le ansar kiok, maka secara otomatik nya RPK jadi calon PKR untuk PRK Batu sapi.
haha...pak husin mmg wowww!!!!
pkr=plt
I m sick of our politician. Seeing them on tv campaigning, with all the promises, hug and caring the poor, are they really sincere? If not for the election / tv coverage, will they do it. Most of them will come during important events, esp election. Then all are forgotten. Hipocrites, just for the sake of getting the votes
Assalamualaikum sein
Dorang tu dtg kempen hanya untuk kenalkan diri(Tunjuk muka)supaya korang tak salah pangkah, kang kok muka usin lak korang pangkah.
Projek tu adelah kot sket sket, tapi bukan la nak dtg bagi kat depan umah...kena la usaha yop... pi cari keja, bukanya dok je melepak.
salam bang usin,
yg aku tahu, kerajaan tidak pernah berhenti berusaha meningkatkan taraf hidup rakyat dgn mengadakan berbagai program, besar & kecil. cuma terpulanglah kpd rakyat mcm mana nak rebut peluang yg ada. jika lalai & kurang ilmu serta segan berusaha, pendek kata, pendatang haramlah yg dapat rebut semua peluang tuh!
disekolah, pljr2 diajar berbagai m/pelajaran tetapi bukan semuanya boleh digunapakai utk mencari rezeki bila habis belajar nanti. sekali lagi, terpulanglah pada pljr atas nasihat guru/ibubapa macam mana nak sesuaikan dgn kelayakan & keupayaan yg ada. sebab tulah ilmu saja tidak menjamin kejayaan sebab jika malas ketinggalan lah jawabnya...
anaon 8:36
janji2 pilihanraya adalah manifesto sesebuah parti. jika rakyat termakan dgn janji2 manis tanpa gula tu bukanlah salah sesiapa. yg penting 'tepuk dada, tanya iman..mana lebih dipercayai?' yg boleh bagi janji atau yg boleh menepati janji?
anon 19:22
if you are sick & tired of politickings, better switch off the political channels and deviate to other options you can find in the media..entertainment? sports? travelling? designing? or better still..religious lessons!!! this will heal you....
most of the politicians will promise you moon & stars but at the end of the day, it's you who decide what to and what not to pick! it's your choice since this is what democracy is all about. take it or leave it...as simple as that ( special for those who do not want to burden your mind with all the ridiculous mind boggling affairs in politics!!)
apa2pun, berpijaklah di bumi nyata dlm apa jua tindakan! itulah yg paling baik jika kita mengetahui..
anti boh mau,
memang kita guna akal dan fikiran ,saya setuju dengan pendapat awak,tapi berapa ramai kah yang ada kepala otak macam awak??? Kureng kan ??
kerajaan memang ada sediakan macam macam ,itu bukan saya pertikaikan,kita kena rebut peluang ,tapi nak rebut peluang gan tangan kosong kaHHHH???
Kawan saya nak rebut peluang ,sampai kena bergadai nak kena bagi komisen ,itu lah politik kita sekarang ni ,bila yang benar terkeluar "ITU FITNAH".macam kes MCMC. klass itu .
Tidak menperkatakan apa yang parti kerajaan mau pun pembangkang buat ,persoalan nya ,bila ada pilihan raya baru lah nampak muka muka ahli politik baik pembangkang atau pun parti lawan .SAMA saja ,masa 2 ,3 bulan lepas ada kah kisah nak tabur janji ,??? Jawap lah .jangan suruh orang baca buku kalau awak pun tak tau apa yang dia orang dok cakap.
Saya bagi contoh ,sekarang ni lah
kata lah salah seorang ADUN (tak kira lah parti mana pun) di kampong X ni meninggal dunia,selama ni kampong X ini ada macam macam hal ialah susah katakan kampong terpinggir sampai ADUN yang berkenaan semasa hidup ada lah jugak jasa sikit ,minta itu ini untuk kampong X berkenaan melalui parti yang diwakili olih ADUN tersebut, jawapan yang diberikan olih pimpinan parti ,)tak kira lah parti apa) ialah masih dalam KIV. Bila ADUN berkenaan meninggal dunia ,HAHHH tetiba kampong X terus jadi perhatian dan mula lah semua parti dan orang orang politik mewakili parti masing masing tak senang duduk ,KAMPONG X terusan jadi GLAMER kerana akan ada pilihan raya kecil kan? percaya tak dalam politik kita kat Malaysia ni COPY CAT ,BERULANG KALI BENDA YANG SERUPA ,DI CETAK LEPAS TU LUPA ,NAK GUNA CETAK BALIK. Ini contoh je ,fikir fikir kan lah ,kalau penat nak fikir ,buat macam kata anda ,swicth off,baca buku porno,ke buku hiburan artis kawin gan dato ,tan sri lagi bagus kan ?? hehehehhehehe ,macam macam ada .Macam macam orang dengan bermacam macam perangai . Bermacam macam kerenah bila ada pilihan raya kecil sana sini,semua nya nak tunjuk muka aku lah orang yang perihatin ,kalau tak ,nampak bayang pun tarak.
Tergelak lagi aku, hilang penat dalam sesak dengan jammed tadi kat Jalan Tun Razak.
Tuan Husin tolong lah perli sikit YB YB yang pemalas..
Malas baca buku, malas buat research, malas melawat rakyat, leka dengan tugas sendiri, malas berhujah..
Ini semua akan merusakkan negara akan datang.
Ansari harus dilarang ke Pulau Pinang takut nanti jambatan Pulau Pinang runtuh bila dipijak oleh Mamat nih...ha...ha..ha
cakap pandaila hangpa..
mai kat aku laaa...tau apa aku nak buat..
Sekali-sekala tergerak juga hati ini untuk berkata " bagus juga kalau tok-tok wakil ni (YB) ni ada yang mati dapat juga projek dan orang kampung dapat jual air tebu kat tepi jalan.Sekurang-kurangnya ada rezeki yang datang.....bergolek walahualam...mungkin jual manusia lagi cepat untung....idea ante cukup bagus kah..kah...kah...
Catat Ulasan