Husin setuju betul dengan Dato Ahmad Shabery.
Rangkaian komunikasi dan kebebasan Internet tidak sepatutnya disalahguna untuk tujuan menyebarkan penipuan, fitnah dan putarbelit. Ia patut digunakan untuk manafaat dan kemajuan rakyat dan negara.
Prinsipnya adalah memberi amanah dan tanggungjawab kepada yang berhak.
Jika mereka ini tidak amanah menjaga dan mengguna sesuatu kemudahan yang mahal harga untuk diguna, kemudahan itu tidak patut diberikan kepada mereka. Kasi orang lain yang lebih berhak.
Cerita pasal prinsip hak ni, jawatan, gaji dan tanggungjawab harus diberikan kepada berhak dan layak.
Harus beringat bahawa sementang seseorang itu makan, tak mesti dia faham industeri makan. Sementang seorang belajar tinggi sampai Universiti dan ada MBA, tak semesti dia faham sektor pendidikan dan pandai. Tak semesti seorang itu baca suratkhabar, dia tahu media.
Tu yang Husin tertanya dan dengar akan kisah seorang badut yang mahu dijadikan penasihat media dalam SKMM. Badut ni memang kelakar dan selalu buat ceramah. Cakap memang pandai. Takut jadi punahsihat makan gaji buta.
Shabery mahu masukkan dalam SKMM dan dibayar pada tahap pasaran. Kalau dia kerja terus dengan Shabery di pejabat menteri, masuklah sebagai pegawai khas dan ambil gaji sepatutnya.
Mana boleh main parking parking sesuka hati. Jawatan tinggi adalah untuk yang layak.
Badut ni perlu sedar bahawa kalau dia nak gaji besar, pergilah kerja dengan korporat atau berniaga. Tak boleh jadi tukang lobi dan makan commission saja.
Ekoran dari itu, kalau tak terdaya, janganlah periok besar hingga pakai kereta ratusan ribu dan semua anak di hantar ke International School.
Dunia dah berubah. Apa berlaku mudah tersebar. Ingatan Internet kuat. Orang tak puas hati tak percaya guna "saluran tertentu." Mereka komplen pada blogger....
Prinsip salah, blogger bantai.
Wow! Badut mahu duit banyak, sila jual orang
9 ulasan:
KALAU X DSALAHGUNA WAHAI DATO SERI,KENE PANTAU MANA2 YG MENGUGAT KESELAMATAN NEGARA.BERITA2 FITNAH.THOMAHAN DN SBGNYE.BKN ASYIK BCKP MANJANG.TINDAKAN X ADA.KAMI RAKYAT SMPI DH NAIK MELUAT CARA PLAYASAFE YG X BERTEMPT NI SMATA2 JD ANGGUK2 GELENG2 NI!
Yang kat dalam SKMM pun ramai yang salah gunakan juga.
Dalam RTM pung ada gak. tapi untuk masuk poket
YB yg berbuih mukut kena belasah dgn nuar aljub tu kah..Elok dia jadi menteri kebajikan aja lah..
Husin
Mamat ni orang perak kan?
Alahai ... cakap omputih pun kelamkabut. Ceramah tak pernah serius.
Ahli politik kecewa yang bertukar jadi opportunis.
Orang pak lah yg pak lah pun tak caya nak bagi bertanding.
Nak jadi penasihat media, mamat ni pernahkah jadi wartawan? Jaga corporate communication?
Apa pengalaman dalam alternative media, blog dan social media?
PM, TPM, Menteri2 BN
MB-MB, KM-KM, Exco-exco BN atau PR
Keliling mu adalah pemberi sumber pada blogger.
Telus dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab.
Shahbery
Awaklah patut paling berhati2 dan telus. Dulu masa Semangat 46 kata macam2 terhadap UMNO. Sekarang nak buat apa yang kamu kritik dulu ke?
Salam takzim, tuan haji,
Jangan salah guna media alternativ?
Macam mana kalau guna medium tu untuk Jual Unta atau Jual Orang? Tak salah kan?
JUAL ORANG LAGI BAIK DARI JUAL UNTA!
Harap Dato Shabery Cheek pantau Red FM sebab pengacara menuduh Melayu racists. Red FM owns by The Star pro Cina DAP. Macamana saluran radio boleh bagi pada Cina DAP?
China telah kehadapan memintas isu2 ini.The Great Firewall satu2nya projek yg memantau kandungan media social terutama yg byk menggunakan akaun palsu spt facebook,twitter &sbgainya.Tidak spt Whatsapp yg menggunakan identiti pengguna itu sendiri.Kalau ditanya pd facebook yg mendakwa ada 500juta pengguna,berapa pula akaun palsu yg wujud?Pasti mereka tak dapat nak jawab soalan ini..Anda sendiri boleh layari laman China Great Firewall http://www.greatfirewallofchina.org/ dan masukan alamat spt www.facebook.com,www.twitter.com dan bandingkan dgn c.whatsapp.net Namun demikian,kita harus ingat syarikat2 telekomunikasi(telcos) tidak mengambil kesempatan keatas pengguna dengan caj2 tersembunyi semata mata nak buat keuntungan..cari idea lain..orang diluar sana byk pakar2 internet,mereka tahu mcmana nak buat...
Catat Ulasan