Rabu, Julai 10, 2019
Amanah alu-alukan SPRM berhenti amalan baju oren
KUALA LUMPUR: Parti Amanah Nasional (PAN) mengalu-alukan keputusan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menghentikan amalan memakai baju oren lokap ke mahkamah untuk mereka yang ditahan untuk siasatan.
Amanah menyeru peruntukan undang-undang yang membolehkan amalan tersebut diubah. Amalan baju oren dianggap memalukan mereka-mereka yang hanya masih dalam siasatan.
Presiden Amanah, Mat Sabu meluahkan kegembiraan dengan pengubahsuaian polisi SPRM.
"Sekurang-kurang ahli-ahli akarumbi tidak rasa malu untuk memakai baju oren warna parti Amanah.
"Selama ini ramai ahli keliru. Kami memperjuangkan kerajaan yang bersih dari rasuah dan amanah menjalankan tanggungjawab. Baju kami pula sama warna dengan mereka yang sedang disiasat untuk rasuah, " kata Mat Sabu.
Ditanya wartawan mengenai persamaan dengan warna pakaian Sami Hindu dan Buddha, Dr Mujahid Yusof berkata tiada masaalah.
"Ia bersesuaian dengan pendekatan Islam yang diamalkan Amanah berkonsep Rahmatan Lilalamin. Islam yang membawa rahmat kepada sekelian alam.
Tambah Mujahid lagi, "Lain kata, Amanah membolehkan semua yang dahulu tidak dibolehkan atas alasan merahmatkan alam." - Agensi Husin Lempoyang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
Ada terbaca..di mana tk pasti...dalam islam..elakkan memakai pakaian yg berwarna mirip..oren(warna baju sami)
Rahmatan Lil Alamin bagi yg follow ajaran Islam.
ha ha terbaik, lawak spontan.
Catat Ulasan