Selasa, Julai 30, 2019

Siapa pegawai PMO tukar susunan kerusi majlis pertabalan?


Kini kecuh di media sosial tentang pegawai PMO yang memandai menukar susunan kerusi tidak mengikuti protokol untuk halang kehadhiran Dato Najib.

FMT melaporkan PMO menafikan dan ada laporan mengatakan mereka menyalahkan pihak Istana.

Susah untuk dipercayai pihak istana tidak mengikuti kehendak DYMM SPB Yang DiPertuan Agong.

Menurut Facebooker, pegawai tersebut datang pada pukul 7 pagi sebelum daif-daif terhormat datang pukul 8.30 dan mengatakan Tun Dr Mahathir enggan datang jika Najib diduk dekat dengannya.

Pemakan dedak Tun Daim berkata ini dendam balas kerana Mahathir tidak dijemput ketika pertabalan Sultan Muhammad sebagai Agong sebelum ini.

TPM dan mantan TPM tidor? 

Ini tidak logik kerana Mahathir sedia duduk dua kerusi saja dari Anwar Ibrahim. Kedudukan bekas PM adalah di kerusi 10.

Tambah lagi, Mahathir perlu bertentang muka dengan Najib di Parlimen.

Pelbagai pihak menganggap pegawai PMO tersebut mahu lindung boss dari termalu.


Entah apa yang Mahathir perlu malu.

Di PMO, ada pegawai yang macam berok diberi bunga.

Ada pegawai PMO jenis lebih sudu dari kuah yang masih pakai tie hingga ke tengah malam untuk dilihat hebat tetapi bodoh hingga melawat rumah rakyat pun masuk dengan kasut.

Ada pegawai PMO jenis budak muda kuat main-main tetapi tidak peka dan ambil mudah dalam pelbagai hal.

Ada pegawai PMO yang kuat memandai hingga membuat keputusan tanpa izin mana yang dia tiada ilmu dan pengalaman mengendali hal-hal sedemikian.

Ada pegawai PMO yang memandai hingga semua hal dia boleh beri penyelesaian dalam sepintas masa tetapi bila ditugaskan, hanya menimbulkan kemarahan dan menyusahkan PM.

Ada pegawai PMO yang berdegar-degar di atas pentas tapi pass LCE saja dan kini tukang collect tol.

Tidak menolak kemungkinan, ada pegawai PMO ditugaskan pihak luat PMO untuk jadi tukang sabotaj untuk mengeruhkan keadaan agar urusan PM gagal.

Zahid Hamidi memberi tiga syarat kepada Mahathir selepas Haji Hadi menyatakan kesediaan UMNO dan PAS untuk Mahathir habiskan sepenuh penggalnya.

Mungkin ada pihak dalam PMO yang tidak mahu PM kekal lebih 2 tahun.

Ingatkan Atoq marah pasal TTTTTT

Wow! Jual orang lagi untung dari jual unta


Dirgahayu
Daulat Tuanku!

10 ulasan:

bumi-non-malay berkata...

najib pun tolak Tun Dr M masa pertabalan Sultan Russia Kelantan dulu...INI Amalan Islam Arab Supremacist Melayu Mlaaysial....tak ada kebaikan langsung..>Tolak Islam Hidup penuh Maruah tanpa batasan!!

NamaSamaran berkata...

Pegawai PMO tu BANGSAT .

MAT berkata...

Sudah sudah cerita isu yang tidak meningkatkan ekonomi pun tak puas hati 4 tahun lagi undi lah parti anda semua suka. Jangan terlalu menghina kakitangan pmo atau istana.

Tanpa Nama berkata...

PAK HUSIN sukalah kamu tengok kalau PMO bergadoh dgn ISTANA.NAJIB is nobody now DIA ADALAH ORANG YG TUDUH .

Joo berkata...

Kikiki,tahi politik sila masuk dalam lubang taik

Senandung Semalam berkata...

Masa tu istana yg tak jemput lah..

Tanpa Nama berkata...

Di susun semula duduk kerusi dengan di tiada kan kerusi mana lagi hebat? Sehingga dipanggil nya orang tua dengan kepala bapak kau diikuti dengan ketawa sinis....baru sedar nasib diuntung pahlawan...aku dah bilang tupai jatuh ketanah tuh memang adat hidup pepatah melayu....tapi pernah lihat tupai tuh hangus terbakar tatkala berlari diatas tali eletrik dek renjatan karan....si bugis belum masuk lagi pun......kira belum kena karan lah!

Tanpa Nama berkata...

pak husin awat yang hang sebok sangat tentang tukar susunan kerusi majlis pertabalan.we did not miss his handsome face.without him also the ceremony was grand and smoothly run.he already got a special seat in jalan duta court. agung dont get one like him not even mahathir.Do you want a special seat also?

Tanpa Nama berkata...

Aku ingatkan,,korang pilih mahathir pd pru14 kerana beliau lebih baik dari ds najib,,rupanya semacam ja pun. Bahkan mahathir lagi teruk,,baruwah cina ja. Teruk la pemikiran puak2 ph yg tak boleh beza antara kaca dan permata.

Tanpa Nama berkata...

Karma