Sabtu, Julai 20, 2019

CyberSecurity kata tulin, tak sahkan Mahathir ke Retreat PKR


Husin terima gambar-gambar Tun Dr Mahathir menghadhiri Retreat PKR dan merasmikan acara tersebut.

Entah ya ker tidak.

Ada kawan beritahu di Grup WA kata CyberSecurity dah sahkan gambar-gambar tersebut tulin tetapi tidak dapat pastikan Mahathir yang hadhir dan berucap.

Betul juga, audio seorang yang bunyi macam Anwar Ibrahim pun tak dapat pastikan betul atau tidak.

Lain macam dia lambung Mahathir macam tahun 1998.



Husin pun heran betul ker Mahathir jika berucap dengan teks yang disediakan dan tersebar ke grup-grup WA.

Dia selalu berucap off-the-cuff sebab dia boleh ingat macam-macam. Memang tak mungkin itu Mahathir. Mesti ada Hantu Raya berpura-pura.


Tak mungkin Mahathir akan sebut kita dan kata dia tak campur pergaduhan dalaman PKR.

Ucapan pun recycle dan cliche. Dia ajak bersatu, kembali tujuan perjuangan dan benda-benda biasa.

Adalah dia sebut opportunis dan diterjemah penganalisa sebagai amaran buat Anwar dan sindiran kamu tak cukup kerusi.

Selagi, CyberSecurity tak sahkan itu Mahathir atau tidak. macam mana Polis nak siasat.


Itulah kenyataan Dato Hamid Bador berhubung video,... alah video mana lagi kalau bukan yang itu, adalah tulen.


Tetapi, dan ini menjadi masaalah persepsi, pelakun-pelakun dalam video tak dikenalpasti oleh CyberSecurity.

Dalang boleh polis cari ke lubang cacing, tapi video kenalah CyberSecurity.


Masaalahnya, orang ramai dah anggap pasangan yang belum mengaku adalah orang yang pernah panggil IGP baruah UMNO.

Kalau Husin, tak mahu jadi pembawa berita (messenger) ini.

Baik lari ikut Jho Loh di China, dari kena shoot the messenger. Tahu-tahulah zaman sekarang ramai Pakar FB.





Ekoran itu, timbullah kritikan terhadap Datok Hamid Bador.



Boss lama pula bersuara:


Sebab Hamid ada kata


Berita Harian pula nak jadi sensasi dan putar alam untuk tokok tambah macam Malaysiakini.


Dahlah ada bekas Editor K. M. sanggup tipu kawan sekolah untuk "semburit" duit nak bawa ke kubur.

Cuba baca balik Dr Shamser Singh Thind, dia ada kata:
P.S. CyberSecurity jangan lah bagi jawapan bodoh kepada IGP. DNA dan cap jari pun tak boleh bagi 100% kepastian. Apa-apa kaedah yang boleh bagi 90% kira okaylah. Campur pula dengan pengakuan Haziq, rakaman CCTV hotel dan juga pakaian Haziq dan Azmin, saya rasa boleh dibuktikan beyond reasonable doubt siapakah pelaku-pelaku dalam video itu.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2348173862064401&id=2151812461700543

Memang betul orang kena curi kereta beri gambaran rupa wajah pencuri, polis boleh lakar dan guna lakaran sampai tangkap, dakwa dan penjara.

Bila video, polis kena rujuk pada CyberSecurity.


Tak boleh memandai sebab ada pakar. Kena faham banyak orang pelanduk dua serupa.


Kesian IGP. Namun begitu, janganlah marah-marah.


Pakar-pakar FB cerdik mengalahkan Menteri.

Dan pakar-pakar CyberSecurity kena lebih cekap dari App yang ada di Play Store.


Tolong kenalpasti betulkah Azmin tak hadhir Retreat?

Ada kata dia tak hadir sebab Atoq dah cukup SD. Anwar pula tarik brake sebab saja-saja, orang Anwar kata dia dah cukup. Cuma berlakun.

Wow! Nak jadi ahli politik, baik belajar seni lakunan




1 ulasan:

Awanama berkata...

CyberSecurity ada ker teknologi facial recognition? Biometric yg ada cuma dua tiga saja...