Khamis, Julai 11, 2019

Tak mahu minta petua dari Tun Siti ker?


Tun Dr Mahathir menyambut hari jadi ke 94 semalam Julai 10hb. Esuk Julai 12hb pula adalah hari jadi Tun Siti.

Lazimnya kedua-dua Tun meraikan hari jadi mereka pada Julai 11hb.

Dalam gambar yang keluar di IG Sarena Mukhriz, kelihatan M Nasir yang kehadhirannya pasti bagaikan suatu hadiah buat mereka berdua.

Dua puluh tahun dahulu M Nasir pernah berkata, "Siapa itu Mahathir?"

Bila diminta komen oleh wartawan, M Nasir kata tak ada hasil untuk komen benda lama. Mungkin benda baru dah bawa hasil.

Pada hari jadi kali ini, Tun M memberi penghargaan pada ibunya membentuk sifatnya.

Ada kata biarlah roh ibunya dalam keamanan. Jangan pula dia dipersalahkan.

Setiap kali hari jadi, Tun M mesti ditanya dan diminta petua oleh wartawan tentang menjaga kesihatan. Dia masih kelihatan sihat dan kuat pada umur yang sangat lanjut.

Entah, kenapa tiada wartawan yang mahu tanya dan minta petua dari Tun Siti?

Pada umur 93 tahun, dia masih lagi dapat mengekalkan kehitaman warna rambutnya.

Wow! Belum pun 60, kita dah penuh putih


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Teringat dua baris lirik lagu si janggut bauk ni'

♫ ♪ DI MANA BUMI DIPIJAK, DI SITU LANGIT DIJUNJUNG..
ALANG-ALANG MENYELUK PEKASAM BIAR SAMPAI KE PANGKAL LENGAN.. OH OH OH ♫ ♪

kih kih kih