Jumaat, Julai 26, 2019

Cash dari Allah di Mekah


Sekarang musim orang pergi haji. Banyak pula cerita pasal orang banyak dosa tak nampak Kaabah, tak boleh jijak tanah haram dan berbagai2.

Teringat Husin pergi Haji pada tahun 2011 yang mana Dato Azeez bantu dapat kami pergi tiga beranak sama-sama.

Banyak orang tua-tua, orang-orang kampung dan orang-orang yang keupayaan ekonomi terhad yang pertama kali naik kapalterbang dan ke luar negara.

Ramai mereka ini agak kiasu kerana takut tak dapat atau takut tertinggal. Mereka yang banyak berebut-rebut.

Kita yang faham kena bersabar sajalah tengok gelagat mereka. Cobaan...


Ada satu kisah seorang jemaah Malaysia naik flight Airbus A380 dan baru touchdown Jeddah.

Seperti jemaah-jemaah yang kiasu, dia nak keluar plane segera tiba tiba tak boleh berdiri.

Dia duduk semula, cuba berdiri sekali lagi,  tak berjaya juga. Da terus istighfar untuk memohon ampun dan ingat balik dosa-dosa lama ...

Pramugari tegur jemaah, "Mengapa pakcik? Nampak pucat aje?"

Diam saja dia... Malu akan disalah anggap tak buat taubat di Malaysia dan bawa dosa ke Mekah.

Dengan gemuruh dan terketar-ketar dia jawab, "Pak... Pak... Pakcik tak boleh bangun..."

"La.. Pakcik.. nak bangun kena buka seatbelt dulu."

Husin terfikir firma Yahudi Morgan Stanley akan menentukan masadepan syarikat kapalterbang MAS.

Dulu ramai top management tak ikhlas, tak amanah, dan memfitnah dan menzalimi orang yang nak selamatkan MAS.

Akhirnya tak terbangun-bangun.

Jemaah melambai di sudut tepi pintu

Ada satu kisah pula seorang anak remaja yang ikut ayahnya menunaikan Haji.

Sesampai ke hotel, dia nak terus ke Masjidil Haram untuk buat tawaf dan saei untyk sempurnakan umrah masuk Mekah.

Sampai saja ke Dataran di Masjidil Haram, alih-alih terasa nak buang air. Lalu dia balik ke tempat penginapan yang dalam 300 ela dari Masjid.

Masa dia sampai kat pintu Hotel, Abah dia baru nak keluar ke Masjidil Haram. Ditanya, "Dah balik... Nampak dah Kaabah?"

Dia kata, “Abah, Tak nampaklah Kaabah... ”

Terkejut beruk Abah. Terrcenggang dia sekejap

Lepas tu sambung dengan suara perlahan aje...

"Tak nampak Kaabah sebab ada scafolding..."


Masa tu Kaabah sedang di renovate. Jadi ada scafolding menutup Kaabah

“Bertuah punya anak. Buat aku cemas saja.... "

Tahulah kehebatan Mekah, hal biasa boleh jadi begitu susah. Hal susah boleh dimudahkan menjadi senang.

Salah silap boleh segera petanda atau peringatan tuhan. Yg terlepas cakap. tuhan boleh bayar cash. Betullah cash is king, god can pay cash, tiada COD.


Bercakap benar, jalankan amanah, lakukan kebaikan dan kebajikan, dan bijaksana dalam urusan agar tidak melakukan yang salah dengan sengaja.

Takut tuhan pay cash, jatuh dan kaki kena skrew, dan guna wilcha. Muga bukan itu sebabnya, tapi kena beringat.

Kalau sedar tak apa, dikhuatiri masih rasa tak salah untuk memutarbelit, berbohong dan berlaku zalim.

Lagi bahaya dari tak nampak Kaabah.  Nauzubika min zalik.

Berkhutbah Pak Aji Husin pagi-pagi Jumaat ni...

Wow! Masih baik lagi terjual dari Kaabah tiada dalam hati



4 ulasan:

bumi-non-malay berkata...

Melayu Arab Curi dari Duit Tabung Haji- $25 Billion....Pendekar Islam Sultan -agong...semua diam aje........apa Kesimpulan??

Tanpa Nama berkata...

plagiat ambil cerita orang.

Tanpa Nama berkata...

Pak husin. Yang 1mdb pinjam wang dari goldman sachs itu bukan firma yahudi. Siapa ceo dia bila najib pinjam duit. Apa bolih buat termakan budi dgn azeez.

Tanpa Nama berkata...

Pak husin. Yang 1mdb pinjam wang dari goldman sachs itu bukan firma yahudi. Siapa ceo dia bila najib pinjam duit. Apa bolih buat termakan budi dgn azeez.